Pagi tadi Bendahari Bayu Villa Encik Lee pergi berjumpa dengan pegawai Syabas Encik Ahmad Nita untuk menyerahkan pelan rancangan pembayaran tunggakan air. Seperti yang sedia maklum pelan rancangan pembayaran tunggakan ini disediakan mengikut kemampuan keadaan Bayu Villa yang sedia ada.
Cadangan Encik Lee kepada pihak Syabas ialah:
1) Hutang Tunggakan sehingga 22.09.2014 - RM 392,216.58
2) Membuat pembayaran terus pada hari ini sebanyak RM 31,500.00 (tunai RM 22,500.00 dan baki RM 9,000.00 dalam bentuk cek)
3) Memohan kepada pihak Syabas agar memberi ansuran bulanan sebanyak RM 10,000.00 untuk jumlah air yang tertunggak sebanyak RM 360,716.58.
4) Memberi komitmen kepada pihak Syabas akan membayar semua bil semasa serta memastikan cek ansuran setiap bulan sebanyak RM 10,000.00 berjalan dengan lancar.
5) Permohonan di tolak.
Cadangan Syabas kepada Encik Lee:-
1) Hutang Tunggakan sehingga 22.09.2014 - RM 392,216.58
2) Membuat pembayaran terus sebanyak RM 35,000.00 (tunai RM 22,500.00 dan baki RM 12,500.00 + RM 100.00 (kos penyambungan))
3) Memberi sekeping cek berjumlah sekurang kurangnya RM 20,000.00 bertarikh 2 minggu dari tarikh hari ini sebagai inisiatif dan niat untuk menyelesaikan masalah.
4) Skim pembayaran ansuran RM 10,000.00 tetap akan dilaksanakan dengan pertimbangan daripada Ketua Wilayah di Bangsar.
5) Memberi komitmen kepada pihak Syabas akan membayar semua bil semasa serta memastikan cek ansuran setiap bulan sebanyak RM 10,000.00 berjalan dengan lancar.
6) Jika terdapat sekali lagi kegagalan membuat bayaran bil semasa. Pihak Syabas memberi amaran bahawa pemotongan kali ini tidak akan di layan sama sekali melainkan menjelaskan keseluruhan tunggakan air.
Encik Lee dengan sebulat suara bersetuju dengan cadangan pihak Syabas tetapi memohon agar pihak Syabas memberi kelonggaran berkenaan cek yang berjumlah RM 20,000.00 yang harus di bayar 2 minggu dari tarikh hari ini.
Penjelasan juga diberikan kepada pihak Syabas bahawa tunai sebanyak RM 22,500.00 adalah hasil kerjasama di antara penghuni yang dapat dikutip semasa Mesyuarat Agung Luarbiasa yang diadakan, semasa krisis pemotongan air dan selebihnya cek yang dikeluarkan kepada pihak Syabas sebanyak RM 12,600.00 adalah wang peribadi Encik Lee.
Setelah mendengar penjelasan daripada Encik Lee, pihak Syabas bersetuju memberi kelonggaran dengan mengenakan kutipan cek sebanyak RM 10,000.00 (tarikh 2 minggu dari sekarang).
Oleh kerana persetujuan telah dicapai, Bendahari Bayu Villa menggunakan wang peribadinya membayar RM 12,600.00 serta mengemukan sekeping cek RM 10,000.00 yang akan diserahkan pada hari esok bersama sama dengan surat pelan pembayaran tunggakan untuk membuat bayaran kepada pihak Syabas.
Tepat jam 5.00 petang kontraktor Syabas bersama dengan pegawai mereka datang membuka saluran air ke dalam Bayu Villa.
Pengerusi Cik Sri Sharmini bersama sama dengan ahli jawatankuasanya menyeru agar mereka yang mempunyai tunggakan datang terus ke pejabat JMB untuk membuat bayaran tunggakan mereka kerana isu yang seterusnya adalah TNB.
Kami ingin mengumpul seberapa banyak wang yang boleh dan membuat temujanji dengan pihak TNB Klang sebelum TNB mengambil tindakan yang seterusnya.
Untuk makluman anda semua Encik Lee tidak mempunyai sebarang keistimewaan di dalam Bayu Villa. Tujuan beliau mengeluarkan wang peribadinya adalah semata mata untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang meluangkan masa keluar menyokong beliau semasa pelantikan ahli jawatankuasa serta prihatin akan kebajikan penduduk di Bayu Villa terutama orang orang tua dan kanak kanak yang perlu bersekolah.
"" The People Make The Place. The Place Never Make The People ""