Tuesday, March 31, 2015

Penyata Perbelanjaan Kewangan JMB Bayu Villa Untuk Bulan Januari 2015



Penyata kewangan untuk bulan Januari 2015 telah dikemaskini. Untuk makluman anda semua, pengunaan akaun bank JMB Bayu Villa yang selama ini dibekukan telah boleh digunakan pada minggu kedua awal bulan Mac 2015.


Penerimaan wang penyelenggaraan yang selama ini diterima oleh Bendahari JMB Bayu Villa, Encik Lee tidak lagi disimpan atau diterima oleh Encik Lee tetapi terus dimasukan kedalam akaun bank JMB Bayu Villa.




Ringkasan Penyata Bulan Januari 2015

Jumlah tunai diterima :          RM   94,618.80

Jumlah perbelanjaan tunai :   RM 104,882.91
                                              --------------------
                                               RM - 10,264.11

Tunai Disember 2014          : RM     6,002.38
                                             ---------------------
                                               RM   - 4,261.73


Jumlah tunai yang terkurang dibawa ke hadapan (bulan Januari 2015) : RM - 4,261.73

Monday, March 30, 2015

Lif Di Blok E Diconteng Dengan Teruk Sekali. Sikap Yang Teruk Setengah Penghuni.



Tiga hari yang lepas Lif di Blok E diconteng dengan teruk oleh seorang yang tidak bertanggung jawab. Keadaan dalaman lif tersebut diconteng sehinggakan keseluruhan dindingnya calar teruk.



Badan Pengurusan Bersama (JMB) tidak faham kenapa ada penghuni yang sedemikian rupa. Suka merosakan harta benda orang awam.




Keadaan ini bukan sahaja berlaku di Lif Blok E tetapi juga berlaku di Lif Blok A juga. Sedih apabila memandang keadaan dalaman kedua dua lif tersebut.



Sunday, March 29, 2015

Penyelenggaraan Naik 20 Peratus! Bermula 1hb April 2015.


Baru baru ini Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa terpaksa membuat keputusan yang drastik bagi menyelamatkan keadaan kewangan Bayu Villa. Setelah dikira kos penyelenggaran serta kos sampingan yang perlu diharungi oleh pengurusan, kenaikan ini sememangnya tidak dapat diketepikan.

Kenaikan ini tidaklah ketara sangat kerana jika kenaikan sebanyak 10 peratus (contohnya seunit naik RM10.00 - sebulan cuma dapat mengumpul RM7,600.00 secara anggaran) Jumlah ini sememangnya tidak cukup untuk menanggung segala kos kos yang semakin meningkat terutama perlaksanaan GST sebanyak 6 peratus.

Perlaksanaan Fasa Pertama : 1hb April 2015 - 10 peratus

Perlaksanaan Fasa Kedua : 1hb April 2016 - 10 peratus

Kami sememangnya amat arif tentang kenaikan ini yang sedikit sebanyak akan menjejaskan perbelanjaan anda tetapi hakikatnya kita seharusnya kena arif akan kos penyelenggaraan yang semakin mengunung dari masa ke semasa.

Saturday, March 28, 2015

Total Outstanding Dues Until 24th March 2015 - RM 702,210.28



Outstanding Maintenance Fees, Water Fees, Insurance and Quit Rent until 24th March 2015. Here is the latest total outstanding of those residents that still owe to JMB Bayu Villa. 

Total amount due was RM702,210.28 with Installment Plan Outstanding RM33,695.69 and Balance Outstanding RM668,514.59  



Notice of all the outstanding amount due by residents already been put up at every notice board in every block.


Penguncian Tayar Kereta Dilaksanakan Secara Besar Besaran. Hasil Daripada Penguncian Tayar Melebihi RM1,000.00




Penguncian dan perlaksanaan mengunci tayar kereta dilaksanakan secara besar besaran di keseluruhan Bayu Villa bagi memastikan keadaan dalaman Bayu Villa berada dalam keadaan yang bagus.





Bulan Mac sahaja Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa berjaya mengutip melebihi RM1,000 hasil daripada proses penguncian tayar sahaja.






Prose penguncian ini akan dilaksanakan dan terus dikekalkan bagi membendung segala aktivi suka meletakan kereta mereka merata rata.



















Friday, March 27, 2015

Bil Semasa TNB Dan Bil Pembayaran Ansuran Kedua Telah Diselesaikan Tunggakannya. RM25,001.97


Bil semasa TNB berjumlah RM8,025.87 telah dijelaskan. Bukan sahaja bil semasa dijelaskan, pembayaran ansuran bagi kali kedua berjumlah RM16,979.10 juga dijelaskan sama sekali.


Keseluruhan pembayaran yang dapat dijelaskan kepada TNB berjumlah RM25,001.97 

Jelas sekali JMB Bayu Villa buat masa ini dapat menjalankan tugas semasa mereka bagi melaksanakan segala usaha mereka supaya pelan pembayaran ansuran kepada TNB mahupun kepada Syabas tidak terjejas sama sekali.