Monday, June 29, 2015

Surat Akur Janji Pembayaran Ansuran Tunggakan TNB.


Minggu lepas Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa telah menerima surat akurjanji daripada TNB. Mengikut surat perjanjian, tunggakan yang sedia ada harus diselesaikan dalam masa 24 bulan.

Sehingga kini JMB Bayu Villa telah menyelesaikan 5 tunggakan ansuran bermula bulan Februari 2015 sehingga bulan Jun 2015. Anggaran pembayaran tunggakan 5 bulan adalah berjumlah dalam sekitar RM85,000.00

Tunggakan yang terakhir untuk pembayaran tunggakan ansuran adalah pada Januari 2017. Masih jauh lagi kalau hendak merenung masa depan Bayu Villa.  


Sunday, June 28, 2015

Saman Mahkamah Terhadap KLS Housing Sdn Bhd ? RM 7,937.49 Tunggakan Daripada JMB Bayu Villa !!!!!


Tak habis habis dengan kes saman mahkamah. 

Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa yang telah beroperasi semenjak bulan September 2014 sehingga bulan Jun 2015 (10 bulan), telah mengharungi pelbagai rintangan dan halangan. Segala ribut, ombak dan taufan telah dilaluinya dengan keperitan sebelum dapat menikmati kehidupan yang lebih tenteram serta keselesaan.



Jika dinilai dari tahap prestasi sehingga sekarang sememangnya segala halangan dan rintangan telah dilepasi. 

Dua minggu yang lepas pihak pengurusan JMB Bayu Villa terperanjat apabila menerima sepucuk surat saman mahkamah kepada pihak pengurusan kerana tidak membayar sejumlah tunggakan penggunaan elektrik yang digunakan oleh oleh pihak pengurusan JMB Bayu Villa yang lepas (Oktober 2013 sehingga Mac 2014)



Pada permulaan pihak pengurusan tidak tahu menahu tentang saman ini dan menganggapnya ianya adalah satu kesilapan tetapi setelah disiasat dengan terperinci saman ini adalah dikemukakan keatas pihak pengurusan JMB Bayu Villa.



Jumlah yang tertunggak ini adalah hasil dari penggunaan elektrik oleh JMB Bayu Villa yang LAMA kerana langsung tidak membuat sebarang bayaran penggunaan elektrik semasa beroperasi di pejabat.


Jumlah saman atau tuntutan sebanyak RM7,937.49 telah dituntut oleh Tenaga Nasional Berhad melalui saman mahkamah yang akan disampaikan pada 8hb Julai 2015, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur. 


Jumlah yang dituntut cuma merupakan jumlah tertunggak sahaja dan masih belum dikira jumlah perbelanjaan pihak guaman dan sebagainya. 

Beginilah keadaannya apabila kita terlalu mempercayai kata kata orang dan mengundi mereka menjadi ahli jawatankuasa serta memberi kepercayaan (kebanyakan daripada mereka mempunyai tunggakan yang besar di dalam wang penyelenggaraan) menguruskan Bayu Villa sehingga menyebabkan Bayu Villa mengalami kesengsaraan demi kesengsaraan.


Amanah serta wang penyelenggaraan kepunyaan penghuni penghuni di Bayu Villa yang telah diamanahkan kepada mereka telah disalah-gunakan sehinggakan kes penyelewengan berlaku.

Bukan begitu sahaja. Terdapat juga beberapa individu yang pandai bersandiwara dan pandai berkata kata sehinggakan ramai yang masih mempercayai kata kata mereka bahawa mereka tidak terlibat atau bersalah keatas kes penyelewengan yang berlaku.

"Siapa yang makan cili, dia yang terasa pedas"


For those who want to join our new Facebook *Bayu Villa Apartment Klang* click the link below. 

Thursday, June 25, 2015

Mesyuarat Bulanan JMB Bayu Villa - Tindakan Mahkamah Akan Dilaksanakan


Pada hari Rabu (25.06.2015) mesyuarat bulanan JMB Bayu Villa diadakan bagi membincangkan pelbagai isu dalaman yang berlaku.

Banyak isu isu semasa telah diperbincangkan seperti isu pengawal keselamatan, saman mahkamah, kolam renang, perkhidmatan pembersihan, kad akses dan sebagainya tetapi antara perkara yang paling penting dipertikaikan ialah bagaimana hendak mendapatkan tunggakan yang telah lama tertunggak.

Ada di antara tunggakan tersebut mencapai berpuluh ribu ringgit dan ianya amatlah susah dikutip. Untuk memastikan jangka masa panjang supaya Bayu Villa dapat mengharungi segala rintangan serta liku yang sedia ada, pihak pengurusan bertindak membuat keputusan yang terbaik untuk kebaikan Bayu Villa.


Keputusan sebulat suara daripada pihak pengurusan bahawa kesemua tunggakan yang melebihi RM3,000.00 ke atas akan diserahkan nama mereka kepada pihak COB dan seterusnya diuruskan oleh pihak peguam untuk dibawakan kesnya ke mahkamah.


Oleh kerana kata putus telah dicapai, surat pemberitahuan atau notis kepada penghuni yang sedia ada mengenai tunggakan mereka akan melalui proses selama sebulan sebelum nama mereka diserahkan kepada pihak atasan.
Setelah nama nama mereka diserahkan oleh pihak pengurusan kepada pihak COB dan pihak peguam, JMB Bayu Villa tidak lagi mempunyai sebarang kuasa ke atas setiap unit rumah mahupun penghuni melainkan mereka melangsaikan tunggakan mereka serta merta dengan pihak peguam.
Jika keadaan ini berlarutan sehingga penghuni tersebut tidak berupaya membuat sebarang bayaran tunggakan, pihak mahkamah mempunyai kuasa untuk melelongkan rumah tersebut untuk mendapatkan segala tunggakan yang sedia ada.

Monday, June 22, 2015

Penyata Perbelanjaan Kewangan JMB Bayu Villa Untuk Bulan Mac 2015


Penyata kewangan untuk bulan Mac 2015 telah dikemaskini.



Jumlah Yang Diterima Pada Bulan Mac - RM 153,227.32

Jumlah Perbelanjaan Pada Bulan Mac    - RM 145,543.87
                                                                   -------------------

                                                                   RM    7,683.45

Saturday, June 20, 2015

Pembaca Kad Akses Siap Diperbaiki Sepenuhnya.


Pembaca kad akses yang rosak pada tempoh hari yang lepas telah siap diperbaiki. Kos perbelanjaan memperbaiki pembaca kad akses ialah RM220.00.




Walaupun ianya cuma mengantikan sekeping plastic yang rosak tetapi kos kerja memperbaiki serta memastikan litar pembaca kad akses boleh berfungsi sepenuhnya tanpa sebarang masalah.





Walau bagaimana pun kos pembaikian ini ditanggung oleh penghuni yang telah melanggar pembaca kad akses ini. 



Friday, June 19, 2015

Kad Akses Masuk Dan Keluar Akan Tamat Tempoh Pada 15.07.2015


Kad Akses untuk masuk dan keluar akan tamat tempoh pada 15.07.2015 dan tidak boleh digunakan lagi. Kepada mereka yang menggunakan kad akses harus pergi ke pejabat pengurusan bagi memperbaharui kad akses mereka. Jika tidak mereka akan menghadapi masalah di depan "Boom Gate" apabila ingin memasuki kawasan dalaman Bayu Villa.

Kad Akses cuma akan diperbaharui jika segala tunggakan wang penyelenggaraan semenjak bulan April 2015 sehingga bulan Jun  2015 diselesaikan.

Thursday, June 18, 2015

Lapuran Polis Ke Atas Unit C-4-06 Dan Tindakan Seterusnya.



Lapuran Polis terhadap unit C-4-06 yang mengunci keseluruhan kunci meter air dan tidak ingin membayar wang penyelenggaraan.


Wednesday, June 17, 2015

Unit C-4-06 Mengunci Meter Air Bagi Mengelak Membayar Wang Penyelenggaraan.



Perbuatan mengunci keseluruhan mangga dan meter air bagi memastikan pihak pengurusan tidak akan mengambil tindakan membuat pemotongan air. Salah satu tindakan yang bijak tetapi mengundang pihak pengurusan membuat lapuran polis.


Mengikut sumber maklumat yang diterima, tuan punya rumah telah menyuarakan tidak akan membayar sebarang wang penyelenggaraan kerana menganggap tiada sebarang perkhidmatan penyelenggaran yang dilakukan. Oleh yang sedemikian pihak pengurusan akan mengambil tindakan yang keras terhadap No Unit: C-4-06.

Jika dilihat daripada jumlah keseluruhan tunggakan yang melebihi RM6,655.74 sememangnya penghuni tersebut tidak bercadang untuk membayarnya buat selama lamanya .

For those who want to join our new Facebook *Bayu Villa Apartment Klang* click the link below. 


Tuesday, June 16, 2015

Proses Pembersihan Pokok Yang Tumbang Akibat Hujan Ribut.


Minggu lepas terdapat sebatang pokok yang tumbang berdekatan Blok B. Kerja memotong dahan dahan pokok dijalankan bagi memastikan tiada kemalangan yang berlaku.



Puncanya disebabkan oleh hujan ribut yang berlaku pada minggu lepas. Proses pemotongan dijalankan dengan secepat yang mungkin bagi memastikan bumbung kereta yang dihempap oleh pokok tersebut tidak mendatangkan sebarang bahaya.



Pokok tersebut terpaksa dipotong kepada beberapa batang supaya kerja pembersihan serta pembuangan dahan dahan pokok dapat dijalankan.



Inisiatif yang diambil oleh Encik Saiful serta pekerja pembersihan dapat menyelesaikan masalah ini dengan secepat yang mungkin tanpa memberi sebarang gangguan ataupun sebarang masalah. 


Sunday, June 14, 2015

Kepingan Besi Telah Siap Untuk Kemudahan Penggunaan Seorang Pemuda Kurang Upaya


Longkang besi yang dijanjikan telah siap sepenuhnya. Kepingan besi telah ditampal di atas longkang besi tersebut bagi memberi kemudahan kepada seorang pemuda yang kurang upaya yang tinggal di Blok C untuk mengunakannya.




Diharap proses penampalan ini akan memberi keselesaan serta kemudahan untuk beliau jika ingin bersiar siar di taman mahupun berlepak di sana.




JMB Bayu Villa dari masa ke semasa akan cuba menjalankan usaha sebagai badan pengurusan bagi memberi keselesaaan kepada setiap penghuni yang tinggal di dalam jika terdapat kemampuan untuk melakukannya. 



Sebuah Ramp jalan yang juga telah siap akan memberi lebih kemudahan kepada sesiapa yang mengunakannya. 


Friday, June 12, 2015

Satu Ramp Khas Dibina Untuk Seorang Pemuda Kurang Upaya Di Blok C.



Seperti yang kita sedia maklum JMB Bayu Villa telah membina satu laluan khas di Blok C untuk memudahkan seorang penghuni yang menggunakan kerusi roda dapat memudahkan pergerakan beliau.


Inisiatif ini diambil bagi memberi kemudahan kepada penghuni tersebut bergerak tanpa sebarang batasan. Ramp ini dibina setelah mengambil kira akan kebaikannya.


Longkang besi yang sedia ada akan ditampal dengan sekeping besi supaya memudahkan pergerakan beliau semasa beliau ingin bersiar siar di dalam taman. 


Besar kemungkinan kerja melekatkan sekeping besi di atas longkang besi tersebut akan siap sepenuhnya pada minggu hadapan.

For those who want to join our new Facebook *Bayu Villa Apartment Klang* click the link below.