Friday, July 31, 2015

Proses Pembersihan Dan Pencucian Di Blok D Dan Blok E Selesai.

 

Kerja pembersihan telah sampai ke Blok D dan Blok E. Pembersihan secara besar besaran ini dijalankan bagi memastikan keadaan dalaman Bayu Villa sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan teratur.





Pencucian juga dilakukan dibahagian Surau supaya nampak bersih.




Proses pembersihan ini memerlukan seramai 6 orang untuk menjalankan proses pembersihan supaya dapat dibersihkan dengan sebaik yang mungkin.





Bahan kimia pencuci lantai juga digunakan bagi memastikan keseluruhan lantai dapat dibersihkan dengan sebaik mungkin.









Pencucian dan pembersihan telah dijalankan di Blok E. Boleh dikatakan keseluruhan kerja pembersihan telah dilaksankan sepenuhnya.




Proses Pencucian Dan Pembersihan Di Blok C Selesai.



Pembersihan kali ini berjalan dengan lancar di Blok C. Blok A dan Blok B telah pun selesai dibersihkan. Keadaan kebersihan nampak jauh lebih bersih berbanding beberapa minggu yang lepas.




Pembersihan yang seterusnya akan dijalankan keatas Blok D dan Blok E. Terima kasih keatas aduan beberapa orang penghuni di lamam Facebook yang membuat aduan tentang kekotoran ini.



Aduan aduan sedemikian dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan syarikat pembersihan di masa akan datang. 





Tempat lalu lalang di bahagian tangga juga dicuci bagi memastikan ianya sentiasa bersih.














Wednesday, July 29, 2015

Proses Pencucian Dan Pembersihan Di Blok B Selesai

 

Kerja pembersihan dan pencucian telah dijalankan di Blok B. Setelah kerja pembersihan dilakukan di Block A kini kerja pembersihan ini akan dijalankan dari satu blok ke satu blok.





Aduan mengenai kekotoran amatlah dialu alukan bagi memastikan tempat tinggal di Bayu Villa sentiasa berada dalam keadaan yang bersih selalu.

 


Walaupun kerja pembersihan ini bukanlah yang terbaik tetapi ianya sekurang kurangnya dapat memberi sedikit sebanyak kesegaran apabila menggunakannya.