Saturday, September 26, 2015

Penghuni Yang Tidak Mempunyai Otak Langsung.


Baru baru terdapat seorang penghuni yang tinggal di Blok D menulis satu perkataan di dalam Lif yang mungkin boleh mencetuskan rasa tidak puas hati di antara kaum. "________ Babi Tat ada otak".  

Isu isu seperti ini timbul akibat daripada pergolakan di dalam politik Malaysia yang lebih kepada isu seperti "1MDB", "Derma sebanyak 2.6 Billion", "Perarakan Bersih 4.0" dan juga "Himpunan Rakyak Bersatu". Puncanya kerana kelemahan Perdana Menteri Malaysia dan bukanlah salah rakyat Malaysia secara amnya. 

Negara kita ini didiami oleh masyarakat majmuk yang sama hormat menghormati di antara sesama sendiri selama ini. Oleh yang sedemikian JMB Bayu Villa mengutuk tindakan setengah pihak yang cuba merengangkan suasana aman damai yang telah dikecapi bersama dengan semua penghuni yang tinggal di dalam. 

Friday, September 25, 2015

Lampu Lampu Baru Dipasang Bagi Mengindahkan Suasana Dalaman.

 
Sebagai usaha memastikan Bayu Villa merupakan suatu tempat tinggal yang cantik serta indah, Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa telah membeli kaca lampu serta menukarkan kesemua lampu yang rosak.


Lampu lampu yang dipasang cuma berdekatan dengan tempat lalu lalang sahaja. Bagi tempat di tapak budak budak bermain bolasepak, pihak pengurusan tidak dapat memasangnya kerana ianya akan pecah akibat terkena bola yang ditendang.


Baru baru ini terdapat beberapa biji lampu yang baru dipasang telah pecah akibat terkena sepakan bolasepak tersebut.


Wednesday, September 23, 2015

Genap Setahun JMB Mengambil Alih. Bagaimana Pencapaiannya???

Genap setahun Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa  baru mengambil alih (21.09.2014) daripada pengurusan lama. Sudah sampai masanya kita menilai sejauh manakah prestasi yang dilalui oleh pengurusan JMB Bayu Villa yang baru. 

1) 24.09.2014 - Berjaya menyelesaikan tunggakan Syabas melalui pembayaran ansuran.

Tunggakan sebelum mengambil alih - RM 392,216.58
Tunggakan sehingga hari ini - RM 207,166.63




2) 02.10.2014 - Berjaya menyelesaikan tunggakan syarikat pembersihan melalui pembayaran tunggakan.


Tunggakan sebelum mengambil alih - RM 32,520.00
Tunggakan sehingga hari ini - RM15,000.00

3) 09.10.2014 - Berjaya menyelesaikan tunggakan syarikat penyelengaraan Lif melalui pembayaran tunggakan.




Tunggakan sebelum mengambil alih - RM 26,100.00
Tunggakan sehingga hari ini - RM 14,000.00

4) 12.11.2014 - Berjaya menyelesaikan tunggakan Cukai Tanah 2013 dan 2014,  Pejabat Tanah dan Galian - RM 47,921.20 


Tiada tunggakan untuk Cukai Tanah bagi tahun berakhir 2014


5) 25.11.2014 - Berjaya menyelesaikan tunggakan syarikat pengawal keselamatan melalui pembayaran ansuran.

Tunggakan sebelum mengambil alih - RM 145,485.00
Tunggakan sehingga hari ini - RM 89,000.00


6) 16.01.2015 - Tunggakan Wang Penyelenggaraan penghuni berjumlah RM 813,252.43 dapat dikurangkan jumlah tunggakannya sehingga dalam purata RM 600,000.00 ke RM 640,000.00 sebulan.



7) Jika dikaji daripada carta dibawah jumlah tunggakan yang sedia ada sehingga 22.09.2015, penghuni di Bayu Villa masih mempunyai tunggakan sebanyak RM 629,220.39


8) 19.01.2015 - Kisah sebenar dipaparkan mengenai puncanya berlaku dan kenapa tunggakan yang sedia ada (TNB) melambung kepada RM 484,149.29




9) 29.01.2015 - Berjaya menyelesaikan isu tunggakan TNB melalui pembayaran ansuran. 

Tunggakan sebelum mengambil alih - RM 484,149.29
Tunggakan sehingga hari ini (anggaran) - RM 270,000.00


10) 15.02.2015 - Walaupun berupaya menjelaskan begitu banyak tunggakan dalam masa 6 bulan tetapi mengikut rekod yang tertera menunjukkan tunggakan kepada pemuitang masih mempunyai RM 934,573.88


Pada bulan Februari 2015 tunggakan kepada pemuitang berada pada RM 934,573.88

Sehingga hari ini tunggakan kepada pemuitang berada dalam anggaran RM 595,000.00

11) 14.05.2015 - Tunggakan Cukai Tanah tahun 2015 dijelaskan sepenuhnya RM 41,978.00



12) 28.06.2015 - Berjaya menjelaskan saman mahkamah daripada TNB sebanyak RM 7,937.49



Ini merupakan hasil ringkasan kerja kerja yang telah dilakukan oleh pengurusan baru JMB Bayu Villa sepanjang setahun mengambil alih. 

Banyak lagi perkara perkara akan dipaparkan sepanjang perjalanan ini. Pihak pengurusan akan berusaha sedaya upaya menaikan Pengsapuri Bayu Villa supaya ianya menjadi tempat yang lebih menarik serta cantik. 

Sunday, September 20, 2015

Bil Semasa TNB Untuk Bulan Julai dan Ogos Selesai Dibayar.


Bil semasa TNB dijelaskan pada setiap bulan untuk memastikan bahawa tidak dikenakan bayaran bunga (interest) yang dikenakan oleh TNB pada setiap bulan.

Sehingga kini pihak pengurusan telah membayar mengikut masa yang ditetapkan supaya di masa akan datang tiada perbalahan atau pertikaian mengenai caj bayaran bunga yang dikenakan. 


Friday, September 18, 2015

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Mulai Membuat Siasatan.


Pada 08.09.2015 (Selasa), 2 pegawai daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) datang membuat siasatan berhubung dengan elemen terdapat kes penyelewengan berlaku keatas JMB Bayu Villa untuk tahun kewangan berakhir 2014.

Kes yang sama apabila lapuran yang dibuat oleh seorang individu yang tinggal di Blok D. Setelah membuat lapuran tersebut kepada unit Jenayah Komersil di Balai Polis Klang serta COB Klang kini beliau mengambil inisiatif membuat lapuran lebih kepada penyiasatan mengenai pemberian kontrak pembaikian lif dan sebagainya. Siasatan juga lebih tertumpu kepada sistem penerimaan wang penyelenggaraan. 


Sebanyak 5 fail telah diambil oleh pihak SPRM sebagai usaha mereka untuk memastikan segala siasatan yang terperinci mengenainya dapat dilakukan.

Banyak perkara diperbincangan dan salah satunya ialah mengenai penyelewengan yang berlaku ke atas pengurusan lama. Atas nasihat daripada pegawai SPRM, mereka menyarankan supaya pengurusan sekarang membuat lapuran mengenai kejadian tahun lepas. 

Kemungkinan besar pihak JMB Bayu Villa akan membuat lapuran bahawa terdapat kes penyelewengan yang berlaku ke atas pengurusan JMB Bayu Villa daripada bulan November 2013 sehingga Ogos 2014. Tetapi perkara ini akan melalui mesyuarat yang akan diadakan untuk mendapatkan pendapat daripada ahli jawatankuasa.

Wednesday, September 16, 2015

Jumlah Wang Penyelenggaraan Yang Berjaya Dikutip Pada Bulan Julai 2015 - RM 169,085.13

Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa sebagai langkah dan usaha menuju ke arah lebih yang lebih transpirasi, memaparkan jumlah kutipan wang penyelenggaraan yang berjaya dikutip pada bulan Julai 2015.


Jika di lihat daripada jumlah yang tertera di atas, jumlah kutipan yang berjaya dikutip pada bulan Julai 2015 adalah berjumlah RM169,085.13 

Satu rekod pencapaian yang amat memberangsangkan. Ianya sememangnya dapat membantu pihak pengurusan menjalankan segala aktiviti yang berfaedah kepada Bayu Villa.


Ringkasan jumlah kutipan wang penyelenggaraan setiap bulan bermula bulan Januari 2015 sehingga bulan Julai 2015.

Monday, September 14, 2015

Kolam Renang Dalam Proses Penyelarasan. Kemungkinan Siap Sepenuhnya Dalam Sebulan.


Kolam renang sedang diisi air untuk persediaan menjalankan kerja penyelarasan supaya dapat memastikan bahawa kolam renang tersebut dapat berfungsi dengan sebaik yang mungkin.


Kontraktor yang baru telah dilantik untuk menjalankan kerja kerja pemulihan supaya ianya dapat berfungsi seperti sedia kala. Diharap dalam masa tiga minggu ini segala proses penyelerasan dapat disiapkan.


Pihak pengurusan juga akan mengadakan pengawalan yang ketat pada masa hadapan bagi memastikan penggunaan kolam renang tersebut akan melalui peraturan yang ditetapkan.

Berkemungkinan besar seorang pengawal keselamatan akan dilantik untuk menjaga kolam renang tersebut dan penggunaan kad penghuni juga akan dilaksanakan bagi memastikan tiada orang luar yang menggunakannya.


Thursday, September 10, 2015

Penyata Kewangan Bank JMB Bayu Villa Sehingga Tarikh 13hb Julai 2015

Untuk makluman anda semua penyata kewangan berakhir 13hb Julai 2015 dipaparkan untuk tantapan semua penghuni. Seperti yang anda sedia maklum kali terakhir penyata kewangan JMB Bayu Villa yang dipaparkan adalah penyata kewangan yang bertarikh 13hb Jun 2015.






Baki sehingga tarikh 13hb Julai 2015 ialah RM55,794.46

Sunday, September 6, 2015

Penyata Perbelanjaan Kewangan JMB Bayu Villa Untuk Bulan Mei 2015


Penyata kewangan untuk bulan Mei 2015 telah dikemaskini. Untuk makluman anda semua, perbelanjaan pada bulan Mei 2015 ialah RM174,384.65 berbanding dengan jumlah kutipan yang diterima berjumlah RM103,083.68.

Rekod perbelanjaan ini berdasarkan kepada perbelanjaan menggunakan cek dan tunai.


Walaupun pada bulan Mei 2015 JMB Bayu Villa mengalami perbelanjaan defisit sebanyak -RM71,300.97, namum pengurusan kewangan JMB Bayu Villa masih lagi kukuh untuk menghadapi segala rintangan yang ada.


Ringkasan Penyata Bulan Mei 2015

Jumlah tunai diterima        : RM 103,083.68

Jumlah perbelanjaan tunai : RM 174,384.65
                                            --------------------
                                             RM -71,300.97

For those who want to join our new Facebook *Bayu Villa Apartment Klang* click the link below.

https://www.facebook.com/groups/633869780048201/

Thursday, September 3, 2015

Bank Statement For The Month Of Jun 2014. Where Did The Money RM32,605.87 Gone?


These are the latest bank statement that we able to trace from the bank. If we check it accordingly we might able to see there are some manipulation going on. 

Inside the bank statement we can see that there wasn't any amount equivalent to the amount stated RM32,605.87 that was bank into the account.


Not only this but the whole month of June 2014 also don't have any cash being bank into JMB Bayu Villa bank account. 

If we check thoroughly the itinerary of the bank statement from the date of 02.06.2014 until end of 30.06.2014, we can't really find there is any huge transaction is being bank into the account? Was it a miracle? 


Based on the bank statement recorded, total amount received and bank into the account for the month of June 2014 was RM8,834.48.


Based on the real recorded amount received for the month of June 2014 collection was RM84,348.63. Where did the money go? From the record itself all the vendors were not been paid at all during the month of June 2014 and onwards. Example like payment to Tnb, Syabas, Pejabat Tanah dan Galian, Security Guard company, Cleaner company and the Lift Maintenance company. 


From here we can see something very fishy is going on during that time. None of the collected amount was reported. Based on the rumors it seems that someone has been keeping all those money and even some of them has wipe out the amount from the account. 

These are the people that have ill intention and manipulating the residents to elect them to run the Bayu Villa management during that time. They are just like superstars (Bollywood heroes) when they manage to took over the management but in the end there are the lousiest actors because in a basket of apples, not every apple is rotten.  

Please refer this  previous blog posted 30th August 2015, (http://bayuvillaapartment.blogspot.com/2015/08/penyata-kutipan-wang-penyelenggaraan.html) for references on daily collection for the month of June 2014. 

Wednesday, September 2, 2015

Meletakan Kenderaan Sesuka Hati. Penguncian Tetap Dijalankan.



Bukan perkara baru tetapi kerja penguncian ini tetap dijalankan bagi memastikan keadaan dalaman sentiasa berada dalam keadaan baik.