Thursday, June 30, 2016

Kes Saman Pengawal Keselamatan Akan Dibicarakan Melalui Mahkamah Buruh.


Kes pengawal keselamatan yang lama akan dibicarakan menerusi Mahkamah Buruh di Pejabat Tenaga Buruh Pelabuhan Klang. Kata putus untuk melalui perbicaraan ini dilakukan setelah pihak JMB Bayu Villa meminta kes ini dibicarakan selepas kes tuntutan oleh pengawal keselamatan tidak dapat diterima oleh pihak pengurusan.


Suatu tarikh akan diberikan oleh pihak Pejabat Tenaga Buruh dalam masa yang terdekat untuk menetapkan tarikh yang sesuai untuk membicarakan kes saman pengawal keselamatan yang lama.



Tuesday, June 28, 2016

Clamping Baru Akhirnya Sampai.


Pembelian clamping kereta akhirnya telah sampai setelah terdapat beberapa isu mengenai masalah pembekal. Isu ini sebenarnya dan sepatutnya sudah selesai sebulan yang lepas tetapi disebabkan oleh karenah pembekal yang telah melambatkan proses pembekalan.

Oleh kerana pihak pengurusan tidak dapat menjalankan kerja penguncian tayar maka pembekal baru dilantik. Kos untuk mendapatkan 4 biji clamping ini menelan belanja RM1,640.00 (RM410.00 sebiji) 


Sunday, June 26, 2016

Pemeriksaan Lif-Lif Akan Keselamatan Pengunaannya Oleh Pihak JKKP.


Pada hari Selasa (21.06.2016) yang lepas, pihak pegawai dari JKKP (Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Selangor) datang ke Bayu Villa membuat tinjauan dan pemeriksaan lif lif di Bayu Villa bersama sama dengan Pengurus Canny Elevators, Encik Vincent bagi memastikan sejauh mankan tahap keselamatan lif lif yang sedia ada di dalam Bayu Villa.


Sebanyak 6 unit lif telah diperiksa akan tahap keselamatannya. Segala pemeriksaan pada setiap lif telah ditulis di dalam kertas kerja bagi memastikan lif lif yang telah dikomen mendapat pemeriksaan dan pembaikian secara keseluruhannya. 



Dibawah merupakan komen komen yang dibentangkan oleh pegawai JKKP mengenai isu yang berbangkit. Disini kita dapat lihat bahawa satu jumlah perbelanjaan yang diperlukan bagi memastikan keadaan lif dapat berfungsi dalam keadaan yang baik dan selamat.

Bayu Villa pada bulan ini mengalami krisis kewangan yang mungkin akan mengambil sedikit sebanyak masa untuk keluar dari masalah ini. Kerja kerja penyelenggaraan ini akan menjejaskan aliran kewangan Bayu Villa.




Friday, June 24, 2016

Kes Saman Pengawal Keselamatan Lama Keatas JMB Bayu Villa Melalui Pejabat Buruh


Baru baru ini JMB Bayu Villa telah menerima 3 pucuk surat daripada Pejabat Tenaga Kerja Pelabuhan Klang (Pejabat Buruh).

Kes Samam Ketua Pengarah Kerja antara Pengadu (XXXXX) dengan Defendan (JMB Bayu Villa) berhubung tuntutan sejumlah (tidak dapat disiarkan atas kes ini belum dibicarakan)


Ketiga tiga pengadu merupakan pengawal keselamatan lama yang telah diberhentikan kerja melalui notis satu bulan yang telah diberikan kepada mereka atas sebab sebab yang akan dibentangkan di dalam perbincangan dengan pejabat buruh.


Wednesday, June 22, 2016

Tunggakan Kepada Pengawal Keselamatan Hanya Tinggal RM59,000.00. Krisis Kewangan Bermula Lagi.



Masih ingat lagi tak tunggakan sebanyak RM139,665.60 yang diwujudkan oleh pengurusan lama? Sehingga kini pembayaran tunggakannya masih belum dijelaskan sepenuhnya walaupun setiap bulan pengurusan membayar RM5,000.00 setiap bulan kepada pihak syarikat pengawal keselamatan yang dahulu.

Rujuk kepada link dibawah



Mengikut rekod yang terbaru, tunggakan sehingga hari ini cuma tinggal RM59,000.00. Mulai bulan ini pembayaran ansuran tunggakan ini terpaksa ditangguhkan atau mungkin dikurangkan memandangkan Bayu Villa sedang menghadapi krisis kewangan pada bulan ini. Krisis kewangan kali ini berlaku kerana tahap penerimaan wang penyelenggaraan yang jatuh mendadak dan berkurangan semenjak 3 minggu yang lepas. 

Pembayaran yang terakhir yang diberikan kepada syarikat tersebut adalah pada bulan April 2016 sebanyak RM5,000.00. Pada waktu itu (tahun 2014) caj yang dikenakan oleh syarikat pengawal keselamatan adalah berjumlah RM29,097.00 sebulan. 



Keadaan kewangan sekarang tidak mengizinkan lagi pembayaran tunggakan lama dijalankan kerana masih lagi terdapat banyak bil bil yang belum dijelaskan terutama bil TNB dan bil Syabas.

Seperti yang pernah dinyatakan oleh Pengurusan JMB Bayu Villa, apa diterima dari wang penyelenggaraan pada setiap bulan sebenarnya tidak mencukupi untuk menjalankan aktiviti yang sepatutnya kerana keseluruhannya pihak pengurusan mengalami perbelanjaan defisit pada tahun lepas (2015) dan tahun ini juga akan menghadapi masalah yang sama.

Monday, June 20, 2016

Masalah Penyakit Deman Denggi Bermula Lagi


Masalah nyamuk aedes bermula lagi. Pada hari Sabtu (18.06.2016) yang lepas pihak pejabat kesihatan MPK telah menjalankan kerja penyemburan ubat nyamuk aedes bagi mengatasi masalah penyakit deman denggi yang kini telah mula menular akibat bermulanya sedikit sebanyak musim hujan.



Kerja penyemburan ini dijalankan di sekitar kawasan Bayu Villa dan penyemburan juga ada dijalankan di kawasan Taman Bayu Perdana.




Kerja penyemburan ubat nyamuk aedes ke atas kolam juga dijalankan bagi mengekang pembiakan nyamuk aedes.




Walaupun keseluruhan penyemburan tidak dijalankan 100 peratus tetapi sekurang kurangnya ianya dapat mengurangkan masalah gigitan nyamuk aedes dari berlaku secara meleluasa. 


Kerja penyemburan ini dijalankan oleh pihak kontraktor yang dilantik oleh MPK. 


Sehubungan dengan keadaan yang sedia ada, penghuni di dalam Bayu Villa dinasihati supaya memastikan tiada takungan air yang berlaku di kawasan sekeliling rumah mereka.



Saturday, June 18, 2016

Bil Hasil Cukai Tanah 2016 Telah Dijelaskan.


Untuk makluman anda semua, Cukai Tanah 2016 telah selesai dijelaskan. Tiada lagi tunggakan kepada Pejabat Tanah Daerah Klang. Bil hasil ini merupakan pembayaran yang terakhir setelah melalui pembayaran ansuran sebanyak 5 kali.

Keseluruhan pembayaran berjumlah RM 41,978.00


Friday, June 17, 2016

Motor Boom Gate Masuk Mempunyai Keretakkan Dan Rosak.


Motor Boom Gate masuk ke dalam telah mengalami kerosakkan dan mempunyai keretakkan. Ini disahkan oleh kontraktor yang datang membuat pemeriksaan. Oleh itu harga baru akan diberi ke atas motor tersebut.


Boom Gate keluar telah diperbaiki tetapi cuma dapat digunakan untuk sementara waktu sahaja sebelum ianya rosak lagi.

Wednesday, June 15, 2016

Tantapan Isu Berhubung Kenaikan Wang Penyelenggaraan

Baru baru ini terdapat banyak komen yang dikemukan di dalam "Aplikasi Laman Facebook" Bayu Villa Apartment Klang. Di antara perbincangan yang dikemukan banyak menyentuh tentang masalah isu pengawal keselamatan dan termasuk isu kenaikan wang penyelenggaraan.   


Isu kenaikan wang penyelenggaraan ini bagaikan satu malapetaka bagi penghuni penghuni di Bayu Villa tetapi hakikatnya ianya membawa lebih kebaikan dari membawa keburukan. Ramai penghuni yang tidak tahu menilai keadaan ekonomi yang telah berubah dari masa ke semasa sehingga kos kehidupan setiap individu di negara ini bertambah dari setahun ke setahun.

Semenjak pengurusan baru mengambil alih pada bulan September 2014 sehingga sekarang, Bayu Villa pernah beberapa kali menghadapi sedikit sebanyak masalah kewangan tetapi kali ini kemungkinan masalah kewangan yang lebih besar menanti kita memandangkan JMB Bayu Villa menghadapi perbelanjaan defisit dari sebulan ke sebulan.

Isu tunggakan yang tidak habis habis dan beratus ribu daripada hampir segolongan penghuni telah mengakibatkan aliran kewangan Bayu Villa sentiasa berada dalam keadaan yang tidak stabil. 

Di bawah adalah artikel yang pernah disiarkan pada tahun lepas pada 27hb April 2015 yang mungkin sedikit sebanyak  dapat menerangkan isu kenapa harus ada kenaikan kos wang penyelenggaraan.   

............................................................................................................

Artikel Yang Disiarkan Pada 27hb April 2015


Isu Berhubung Kenaikan Kos Penyelengaraan dan Impak GST 6 Peratus.


http://bayuvillaapartment.blogspot.my/2015/04/isu-berhubung-kenaikan-kos.html


Kepada Penghuni Penghuni Bayu Villa Yang Dihormati,

Kebelakangan ini terdapat isu isu yang merunsingkan pemikiran setengah pihak terutama kepada penghuni yang tinggal di dalam Bayu Villa. Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa merasakan perkembangan sedemikian amatlah tidak sihat dan ianya akan menyebabkan proses pemulihan ke atas Bayu Villa akan terbantut jika perkara ini dibiarkan berlarutan.

Dalam situasi kehidupan yang dikerumuni oleh belenggu kerisauan akibat implementasi Caj GST sebanyak 6 peratus, ramai yang merasakan tekanan keatasnya terutama kepada bagi mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.





1) Pada bulan April 2015, Badan Prengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa telah menaikan kadar wang penyelenggaraan sebanyak 10 peratus bagi setiap unit bagi menampung kadar kos kenaikan penyelengaraan yang semakin tinggi dari masa ke semasa. Jika kita masih ingat pada tahun 2006 caj wang penyelenggaraan pada ketika itu ialah RM110.00 sebulan tetapi akibat daripada desakan penghuni ianya diturunkan kepada RM100.00 sebulan.

2) Secara amnya jika kita menganalisanya secara mendalam semenjak 2006 sehingga 2015, adakah jumlah ini cukup untuk menampung segala perbelanjaan yang harus dilalui oleh JMB Bayu Villa? Isu berhubung kenaikan ini telah lama diperbincangkan semasa Encik Lee menjadi pengerusi JMB Bayu Villa pada ketika itu (JMB Bayu Villa yang tidak sah) sebelum pengurusan JMB Bayu Villa yang baru mengambil alih pada bulan Oktober 2013.

3) Pada waktu yang sama pihak pengurusan penyelenggaraan yang lama Bayu Villa Management Corporation Sdn Bhd (BVMC) tidak cukup kuat dan tegas dalam mengatasi segala masalah yang timbul. Walaupun mereka bertindak sebagai ajen yang menerima wang penyelenggaraan, mereka menjalankan tugas mereka sebagai sebuah syarikat pengurusan yang langsung tidak mempunyai pendirian yang betul dalam menguruskan Bayu Villa kerana mempunyai sepasukan pengurusan yang amat teruk apabila menjalankan kewajipan mereka (tetapi tidaklah seteruk pengurusan JMB Bayu Villa (2013) yang baru mengambil alih, bah kata pepatah "Siapa yang makan cili, dia yang terasa pedas")

4) Perkara yang sama juga berlaku apabila JMB Bayu Villa (2013) yang baru ditubuhkan telah mengewakan kebanyakan penduduk dan penghuni yang mengharapkan merekalah yang akan menyelamatkan Bayu Villa tetapi ianya tidak berlaku seperti yang dikehendaki bah kata pepatah "Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi". 

Kejadian ini berlaku akibat terdapat segelintir penghuni yang tamakkan kedudukan, mengejar kemasyhuran dan menjaga kepentingan diri sendiri dan kawan masing masing sehingga pengurusan mereka cuma dapat bertahan selama 4 bulan. 

Puncanya hari ini Bayu Villa berada dalam keadaan sedemikian disebabkan oleh tunggakan atau dalam erti kata lain "HUTANG"


Yang menyokong mereka pada ketika itu merupakan penghuni yang mempunyai tunggakan beribu ringgit terhadap pengurusan. Bah kata pepatah "Melentur buluh biar daripada rebungnya". Dalam erti kata lain jika kita ingin mempunyai pengurusan yang baik, orang yang mengundi serta membuat pemilihan seharusnya datang daripada pihak yang layak mengundi mengikut undang undang, barulah dapat memilih pengurusan yang baik. 

Bukan setakat itu sahaja, sebelum JMB Bayu Villa (2013) mengambil alih daripada pengurusan Bayu Villa Management Corporation (BVMC), Bayu Villa masih lagi berada dalam keadaan sihat tetapi apabila pengurusan lama telah tumbang (BVMC), Bayu Villa mulai menghadapi sakit tenat yang begitu teruk sekali seakan terkena sejenis virus sehingga terpaksa dihantar ke ICU (insentive care unit) dan terpaksa bergantung kepada oksigen yang sedia ada untuk hidup beberapa bulan lagi. 

Ini disebabkan segelintir ahli jawatankuasanya mempunyai tunggakan beribu ringgit. Jika keadaan sedemikian yang berlaku bagaimana hendak menetapkan hala tujuan Bayu Villa sedangkan segelintir ahli jawatankuasanya pun tidak betul!

5) Perkara ini berubah apabila Ahli Jawatankuasa Bersama (JMC) Bayu Villa yang baru ditubuhkan pada bulan September 2014. Di situ kita dapat lihat bagaimana Bayu Villa mengharungi segala rintangan dari masa ke semasa sehingga hari ini dan kedudukan kewangan dan keupayaan mereka merentasi lautan ombak yang bergelora sehingga dapat berdiri teguh sehingga kini. 

Dengan sokongan padu segelintir penduduk pada saat genting (pemotongan bekalan air) Bayu Villa sekarang jauh lebih baik daripada tahun lepas kerana mempunyai sekumpulan Badan Pengurusan Bersama yang kuat dan berdedikasi.

6) Isu kenaikan 10 peratus wang penyelenggaraan pada bulan April 2015 tahun ini dan 10 peratus lagi pada bulan April 2016 tahun depan bertujuan untuk menyelamatkan Bayu Villa daripada masalah beroperasi dalam keadaan defisit. 

Kami di dalam pengurusan JMB Bayu Villa terutama sebagai salah seorang pemilik juga tidak menyukai kadar kenaikan ini tetapi apabila kami duduk semeja dan berbincang mengenai masa depan dan hala tujuan Bayu Villa, kadar kenaikan ini perlu untuk Bayu Villa terus maju kehadapan. 

Kami JMB Bayu Villa dipilih oleh segelintir penghuni yang layak mengundi (sekurang kurangnya 70 penghuni) serta memberi kepercayaan untuk menjalankan tanggung jawab memastikan Bayu Villa dapat berdiri teguh dan menetapkan hal tujuannya. Isu kenaikan ini juga ada mendapat tentangan daripada beberapa pihak semasa Mesyuarat Agung Luarbiasa (EGM) diadakan pada 15hb Mac 2015, tetapi penjelasan telah diberikan bahawa kenaikan ini akan menyelamatkan status Bayu Villa. 

7) Isu kenaikan ini tidak akan menguntungkan mana mana pihak mahupun kepada mana mana individu yang terlibat. Ianya cuma dapat membantu Bayu Villa sahaja. Jika dinilai dan dikira semula jumlah yang sepatutnya cukup untuk menjadikan Bayu Villa berada dalam keadaan yang selesa iaitu kenaikan wang penyelengaraan sebanyak 40 peratus ke 50 peratus. Jumlah ini merupakan jumlah yang benar benar dapat memberi perkhidmatan yang sepatutnya diterima oleh penghuni. Jadi kenaikan yang munasabah cuma 20 peratus.

Sepanjang 10 tahun Bayu Villa bertahan, dengan kadar RM100 sebulan, Bayu Villa masih dapat mengharungi setiap rintangan tetapi mempunyai tunggakan berjuta ringgit termasuk tunggakan daripada penghuni juga berjuta ringgit atau lebih dekat lagi perkataan "HUTANG"

Keadaan ini jika tiada tindakan susulan diambil ianya akan mengakibatkan Bayu Villa menghadapi suatu situasi dimana kemungkinan kerajaan tempatan akan mengambil alih pengurusan jika pengurusan JMB yang sedia ada gagal memainkan peranan mereka dalam mengurus serta menetapkan apa yang terbaik untuk Bayu Villa. 

8) Bayu Villa hari ini masih lagi berada pada tahap dan layak dipanggil sebagai "Pangsapuri Bayu Villa" atau Bayu Villa Apartment (medium cost apartment). Janganlah bila suatu hari nanti dipanggil sebagai "Flat Bayu Villa" akibat tindakan beberapa pihak yang langsung tidak memikirkan "IMPAK" jangka masa panjang terhadap Bayu Villa.

Sesiapa yang tinggal di negara Malaysia tidak sukakan kenaikan termasuk kami ahli jawatankuasa di JMB Bayu Villa tetapi jika kenaikan ini membawa kebaikan bersama, kita sepatutnya arif dan wajar menyokong usul kenaikan ini untuk kebaikan semua pihak. 

Bagi mereka yang mempunyai perniagaan adakah kenaikan kos pembelian harga barangan, anda tetap tidak akan menaikan harga jualan anda? Contohnya dahulu mee goreng dijual RM4.50 sepinggan sekarang sudah naik RM5.00 sepinggan semenjak GST dilaksanakan. Adakah kita masih masak mee segera (maggi mee) dirumah? 

Jangan pulak ada yang menandatangani program bantahan kenaikan maintanence fees (yang berniaga) tidak menaikan barangan mereka kerana terlalu prihatin dengan kesengsaraan kehidupan rakyat atau pelanggannya. 

9) Jika nak salah, salahkan pihak kerajaan yang bersungguh sungguh memperkenalkan sistem GST. Salahkan ekonomi negara yang semakin meningkat tetapi jangan salahkan Bayu Villa yang menjadi mangsa akibat peningkatan kos sara hidup dan penduduk negara yang dapat merasai, menikmati peningkatan ekonomi negara secara amnya dan mempunyai nilai kehidupan yang lebih baik.


Sepatutnya kita wajar memikirkan bagaimana hendak mencari sumber pendapatan yang lebih bagi menampung kos kehidupan yang semakin meningkat. Bukan menyalahi sesiapa keatas kos kehidupan yang sedia ada. Kita seharusnya menerima apa yang sedia ada di dalam kehidupan kita kerana GST adalah sesuatu implementasi oleh pihak kerajaan yang tidak akan berubah selama lamanya.

Bersedia untuk berubah? Atau nak "Ubahkan" kerajaan yang sedia ada. Tunggu pilihan raya, tak lama lagi.

Persediaan Mengharungi Anggaran Perbelanjaan Yang Akan Datang

a) Caj GST sebanyak 6 peratus yang dikenakan oleh pihak kerajaan termasuk TNB, Syabas dan sebagainya.

b) Kadar air mungkin akan dinaikan lagi.

c) Gaji siling pekerja tempatan dan asing akan dinaikan lagi - Gaji minima RM1,000.00 ke RM 1,200.00

d) Kos barangan naik sebanyak 10 peratus akibat implementasi Caj GST 6 peratus oleh kerajaan persekutuan. 

e) Caj perkhidmatan syarikat penyelenggaran akan naik selepas 2 tahun.

f) Caj perkhidmatan syarikat pembersihan akan naik untuk menampung kos kenaikan barangan serta gaji pekerja.

g) Proses penukaran paip air dalaman yang sedia ada untuk menampung seruan SPAN menukar kepada meter individu - RM30,000.00 - RM50,000.00

h) Proses memperbaiki lif lif yang sedia ada serta rosak - RM95,000.00

i) Proses menaikkan 2 kolam renang yang sedia ada - RM80,000.00

j) Pembaikian tangki tangki air besar di setiap bangunan A,B,C,D dan E - RM50,000.00 ke RM80,000.00

k) Kos kenaikan gaji perkhidmatan pengawal keselamatan dan penambahan pengawal keselamatan.

l) Tunggakan wang penyelenggaran daripada penghuni tidak mungkin dapat dikutip habis sepanjang proses pengurusan mengutip tunggakan. Dijangka RM350,000.00 - RM400,000.00 merupakan tunggakan yang susah dikutip.

Banyak lagi perbelanjaan yang mungkin tak terkira di dalam proses pemulihan yang sedang dijalankan di dalam Bayu Villa.

Perbelanjaan :

1) Syarikat Penyelenggaraan : RM 5,300.00
2) Gaji Pekerja Pengurusan : RM 12,000.00
3) Penyelenggaran Pembersihan : RM 8,500.00
4) Pengawal Keselamatan : RM 16,800.00
5) Penyelenggaraan Lif : RM 4,800.00
6) Perbelanjaan Elektrik : RM 13,000.00
7) Perbelanjaan Pengunaan Air : RM 8,000.00
8) Kos Penyelenggaran Sampingan : RM 15,000.00

Anggaran perbelanjaan : RM 83,400.00

Proses pembayaran tunggakan yang akan mengambil masa selama 2 tahun ke 3 tahun untuk dijelaskan.

Tidak termasuk tunggakan yang lama yang perlu dibayar setiap bulan.

1) Tenaga Nasional Berhad : RM 17,000.00
2) Syabas : RM 10,000.00
3) Reeliance Security Services : RM 5,000.00
4) TS Sun Shine Cleaning Service : RM 2,000
5) Shinyou Elevators Mfg Sdn Bhd : RM 2,000.00

Perbelanjaan tetap setiap bulan : RM 36,000.00

Monday, June 13, 2016

Strata Management Act 2013. (Act 757) Constitution Of Management Commitee

Under the new Strata Management Act 2013 (Laws of Malaysia - Act 757), here are some of the *Constitution of Management Committee* being explain for those looking to become a committee member in Joint Management Committee of Bayu Villa.

There are also some provision mentioning how long can a Chairman, Secretary, Treasurer and the committee members can hold the office.

These are the conditions that been set under the new Act 757.

Page 138 - Provisions For Management Corporation


Paragraph (5) There shall be a chairman, secretary and treasurer, all of whom shall be natural persons, to be elected by the management committee from among its members immediately after the conclusion of the general meeting but no chairman, secretary or treasurer shall hold office for more than two consecutive years.

Paragraph (6) All the members of the management committee of a management corporation shall retire from office at the conclusion of the next annual general meeting. A retiring member of the management committee shall be eligible for re-election but no member of the management committee shall hold office for more than three consecutive terms.



Paragraph (9) to (13) is an explanation whether an individual eligible for election as a member of the management committee of a management corporation.




Saturday, June 11, 2016

Jumlah Perbelanjaan Untuk Syarikat Pengawal Keselamatan Yang Baru.


Berikut adalah jumlah yang perlu dibelanjakan untuk syarikat pengawal keselamatan setiap bulan. 

RM 17,652.18

Jumlah perbelanjaan ini merangkumi 7 orang pengawal keselamatan, dimana 3 orang pengawal keselamatan bekerja di waktu pagi dan 3 orang pengawal keselamatan lagi bekerja di waktu malam. Seorang lagi khas menjaga kolam renang dan sebagainya jika diperlukan (10.00 pagi sehingga 10.00 malam).

Keputusan mengambil dan melantik syarikat pengawal keselamatan yang baru adalah keputusan keseluruhan melalui undi angkat tangan Ahli Jawatankuasa JMC Bayu Villa. 

Keputusan dibuat sebulat suara melalui jawatankuasa setelah meneliti segala aspek yang ada, baik dari segi kebaikan ataupun keburukan yang berlaku semasa perkhidmatan pengawal keselamatan yang lama. 

Pihak JMB Bayu Villa ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada perkhidmatan pengawal keselamatan yang lama. 

Friday, June 10, 2016

Kereta Teksi Dicalar Dengan Teruk.


Minggu lepas terdapat sebuah teksi yang telah dicalar begitu kuat. Pengadu membuat aduan kepada pihak pengawal keselamatan tetapi kes sebegini tidak mempunyai jalan penyelesaian atas sebab kawasan parkir di dalam terlalu luas dan amat susah di jaga.



Kereta teksi yang diletak di dalam telah dicalar ditepi, dibelakang dan juga didepan mengikut kenyataan pemilik teksi ini. 


Beliau merupakan penyewa yang baru di dalam Bayu Villa.



Friday, June 3, 2016

Syarikat Pengawal Keselamatan Yang Baru Telah Dilantik. Pengambil-Alihan Pada 15hb Jun 2016.




Untuk makluman anda semua, sebuah syarikat pengawal keselamatan yang baru telah dilantik untuk menggantikan pengawal keselamatan yang lama. Proses penukaran ini diharap akan meningkatkan lagi mutu perkhidmatan.

Syarikat Pengawal Keselamatan : D-SAFE Force Sdn. Bhd.

Tarikh penukaran pengawal keselamatan : 15hb Jun 2016