Tuesday, October 18, 2016

Penalti Sebanyak RM30.00 Akan Dikenakan Setiap Bulan Bagi Penghuni Yang Tidak Memohon Migrasi Air Mulai Bulan November.



Mulai bulan November 2016, pihak pengurusan akan mengenakan caj tambahan atau denda sebanyak RM 30.00 setiap bulan bagi unit unit rumah yang masih belum memohon proses "Migrasi Meter Individu Syabas".

Tindakan drastik ini diambil kerana ianya tidak adil dan munasabah bagi individu individu yang telah pun membuat bayaran dan permohonan masing masing (terdapat 200 unit yang telah membuat bayaran)

Tujuan tindakan penalti adalah untuk meningatkan setiap individu mahupun unit rumah supaya tidak melambatkan proses migrasi yang sedang berjalan.

Selepas caj penalti sebanyak RM 30.00 dikenakan setiap bulan keatas setiap unit rumah, pihak pengurusan tidak akan melayan sebarang rayuan keatas tuntutan penalti tersebut. 

Caj penalti RM 30.00 ini akan dikenakan setiap bulan sehingga anda memohon proses migrasi ini.




Tuesday, October 11, 2016

Tunggakan Lama Bayu Villa Kepada TNB Hanya Tinggal RM 50,928.30 (3 Bulan Lagi)

Masih ingat lagi tak? Pada bulan September 2014 semasa Ahli Jawatankuasa baru mengambil alih, Bayu Villa mempunyai tunggakan dalam anggaran RM 500,00.00 keatas pihak TNB. 



Selepas dibayar sebahagiannya pada penghujung tahun 2014 dan awal tahun lepas 2015 (Januari), Bayu Villa mempunyai hutang atau tunggakan sekurang kurangnya RM 407,429.29 sebelum perjanjian pembayaran ansuran dilaksanakan tetapi sehingga hari ini hutang tunggakan Bayu Villa kepada TNB hanya tinggal RM 50,928.30.


Hanya tinggal 3 bulan lagi pembayaran ansuran tunggakan kepada pihak TNB berjaya diselesaikan sepenuhnya. Untuk makluman anda semua pihak pengurusan JMB Bayu Villa sudah 2 bulan ke 3 bulan tidak membuat pembayaran bil semasa TNB disebabkan oleh bil TNB kebelakangan ini tidak tepat dan caj yang dikenakan ke atas Bayu Villa tidak sama rata pada setiap bulan. 

Tetapi pihak pengurusan Bayu Villa akan cuba sedaya upaya  untuk menyelesaikan tunggakan tersebut dengan secepat yang mungkin.

Saturday, October 8, 2016

Jumlah Wang Penyelenggaraan Yang Berjaya Dikutip Pada Bulan September 2016 - RM 95,979.08




Mengikut rekod yang terbaru jumlah wang penyelenggaraan yang diterima oleh JMB Bayu Villa pada bulan September 2016 adalah berjumlah
RM 95,979.08

Mengikut rekod jumlah yang tertera diatas keadaan kewangan JMB Bayu Villa nampaknya sedang menghadapi krisis kewangan. Jika jumlah ini tidak dapat dikekalkan pada tahap jumlah kutipan melebihi RM100,000.00 sebulan, JMB Bayu Villa akan mengambil tindakan drastik ke atas ganguan bekalan air yang sedia ada.

Tindakan sedemikian sememangnya perlu pada setiap masa bagi mengimbangi segala perbelanjaan yang sedia ada di dalam kewangan Bayu Villa.

Monday, October 3, 2016

E-2-05 Mencuri Bekalan Air Lagi.


Masih ingat lagi tak bekalan air yang dicuri pada 27hb September oleh penghuni E-2-05 telah dipotong sambungannya. Semalam pihak pengurusan mendapati penghuni tersebut mencuri lagi menggunakan cara sambungan yang lain.

Bukan senang hendak menguruskan Bayu Villa ini jika kita mempunyai penghuni yang sedemikian. Tidak mahu membayar tetapi menggunakan cara mencuri bekalan air.


Bekalan air yang dicuri pada 27hb September 2016 dan bekalan air telah dipotong pada hari berikutnya.