Thursday, March 9, 2017

Tunggakan Penghuni Berjumlah RM 862,673.78 Sehingga 02.03.2017


Suatu jumlah yang amat memeranjatkan dengan tunggakan daripada penghuni berjumlah RM 862,673.78. Ini merupakan suatu jumlah yang amat menakutkan jika di nilai dengan lebih mendalam.


Sebarang usaha memulihkan keadaan Bayu Villa semakin terbantut dengan tunggakan yang payah dikutip. Ramai penghuni sudah tidak takut akan tindakan undang undang yang mungkin akan diambil oleh pihak pengurusan.

Buat masa ini pihak pengurusan sedang mendapatkan nasihat dari pihak COB Klang berhubung dengan status tunggakan dan jika perlu tindakan drastik akan diambil dalam masa yang terdekat.


Wednesday, March 8, 2017

Pengauditan Lapuran Kewangan Bagi Tahun Berakhir 2015 Telah Siap.


Untuk makluman anda semua, pengauditan lapuran kewangan bagi tahun berakhir 2015 telah pun disiapkan. Firma pengauditan sekarang menunggu kesemua ahli jawatan kuasa yang tertinggi di dalam JMB Bayu Villa untuk menandatangani dokumen tersebut sebelum diserahkan kepada pihak COB Klang. 


Mesyuarat telah pun diadakan pada hari Jumaat (03.03.2017) yang lepas bagi membincang segala masalah yang mungkin timbul dari segi perakaunan bagi tahun berakhir 2015.
 

Memandangkan ianya merupakan sesuatu berita yang baik, kemungkinan mesyuarat Agung Tahunan Bayu Villa dapat dilaksanakan dalam masa yang terdekat ini. Kemungkinan penghujung bulan April atau pada bulan Mei.