Saturday, May 27, 2017

Surat Aduan Diajukan Kepada Pihak Berkuasa Majlis Perbandaran Klang Memohon Periksa Spesifikasi Pemasangan.

Untuk makluman kepada sesiapa yang mengikuti kes ini, ingin kami terangkan sekali lagi bahawa ianya bukan isu menghasut atau dengki keatas pihak lain membuka dan menjalankan perniagaan di Bayu Villa. Ianya adalah semata mata untuk memastikan cara pemasangan adalah mengikut spesifikasi yang diluluskan. 

Aduan dibuat supaya ianya tidak akan mendatangkan sebarang masalah keatas saluran paip Indah Water yang berada di Blok D. 

Selepas pihak berkuasa menyiasat dan mendapati ianya tidak akan mendatangkan sebarang masalah, perniagaannya tetap boleh dijalankan.  

Sebagai pemilik kedai yang sama sebaris, Mr Lee mempunyai hak untuk melakukan sebarang aduan yang dia fikirkan perlu dari masa ke semasa. 





Lee Boon Hoe
D-G-3A/D-G-5, Bayu Villa Apartment,
Jalan Batu Unjur 9, Taman Bayu Perdana,
41200 Klang,
Selangor.                                                                                 25.05.2017

……………………………………………………………………………….

Ketua Pengarah,
Bahagian Kesihatan,
Majlis Perbandaran Klang,
Bangunan Bandar Sultan Sulaiman,
41100 Klang,
Selangor Darul Ehsan.

Per: Tiada Pelan Kelulusan Untuk Membuat Penyambungan Paip Ke Saluran Indah Water

Alamat Premis Perniagaan: D-G-8, Bayu Villa Apartment, Jalan Batu Unjur 9, Taman Bayu Perdana, 41200 Klang.

Berhubung dengan perkara diatas, saya ingin pihak Majlis Perbandaran Klang mengambil perhatian berhubung perkara diatas. Saya diberitahu bahawa pihak Majlis telah menerima pelan penyambungan paip penapis minyak serta sisa sisa makanan pada 17.05.2017 diberikan oleh tuan punya Restoran Arti’s Corner.

Aduan telah dilakukan kepada pihak pengurusan JMB Bayu Villa tetapi saya diberitahu bahawa oleh pihak pengurusan bahawa pihak majlis telah meluluskan dan membenarkan kerja pemasangan dijalankan.

Disini saya ingin sarankan kepada pihak Majlis agar membuat siasatan menyeluruh ke atas unit tersebut adakah pihak Majlis memberi kebenaran untuk membuat pemasangan tersebut. Adakah restoran tersebut membuat penyambungan yang betul dan mengikut spesifikasi Bahagian Kesihatan?

Melalui gambarajah yang diberikan, pemasangan perangkap minyak tersebut seperti yang dipohon oleh restoran tersebut menggunakan jalan penyambungan dan pembuangan air (selepas melalui perangkap minyak) terus kedalam saluran paip tempat pembuangan Indah Water dan bukan seperti gambarajah yang mengatakan ianya adalah longkang belakang bangunan. Sebenarnya ianya adalah kawasan lalu lalang pejalan kaki di dalam Bangunan Blok D.

Dibawah kawasan lalu lalang ada satu saluran paip Indah Water. Pernah seketika dahulu permis kedai yang sedia ada yang menjalankan perniagaan menghadapi kesan bau yang teruk yang masuk melalui corong saluran paip Indah Water dan terus ke kedai kami sehingga bau masakan serta kesan kotoran minyak yang begitu teruk menyebabkan saluran paip Indah Water tersumbat dan air najis melimpah keluar dengan teruknya.

Saya berharap sungguh agar pihak Majlis memberi perhatian yang serius berhubung perkara ini kerana saya tidak berharap perkara yang sama diulangi lagi. Sebagai pemilik kedai saya tidak membantah sebarang apa jua perniagaan yang dijalankan asalkan ianya mengikut spesifikasi dan kelulusan dari Jabatan Kesihatan.

Sekian terima kasih,


Yang benar,





……………………………….
Lee Boon Hoe (012-2159897/016-2159897)

cc.     Pesuruhjaya Bangunan Klang

          Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa















Thursday, May 25, 2017

Lapuran Polis Keatas Encik Lee Dan Surat Memohon Maaf

Berhubung dengan kejadian yang berlaku dimana lapuran polis telah di buat oleh Encik Prakash mendakwa Encik Lee telah mencerobohi kedai beliau. Di sini adalah fakta fakta yang yang menunjukkan kenapa kejadian ini boleh berlaku.


Hak sebagai pemilik kedai di Bayu Villa Apartment

Encik Lee sebagai pemilik kedai sebaris dengan kedai Restoran Arti's Corner berhak menyuarakan kebimbangan ke atas cara pemasangan paip tersebut yang terus disalurkan kedalam saluran Indah Water. 

Pernah dahulu (Blok D) kejadian seperti ini berlaku mengakibatkan keseluruhan kawasan saluran Indah Water penuh dengan minyak dan berbau busuk sehingga limpahan air najis yang bertakung. Tindakan diambil setelah menerima gambar dari penghuni yang menyuarakan kebimbangannya.

23.05.2017 (Jam 5.15 petang)

Untuk memastikan kerja kerja tersebut mengikut tatacara yang betul dan mendapat kelulusan, Encik Lee membuat lapuran bertulis ke pejabat JMB Bayu Villa untuk menyerahkan surat aduan berhubung dengan kes pemasangan paip secara terus kedalam saluran pengaliran air Indah Water. 


Kandungan Surat

* Please do take action on this (D-G-8) matter. The shop has installed a new piping to Indah Water Sewerage hole. Previously there was major issue at the back lane when the shop flush all their dirt to the hole causing all the sewerage hole oily and it smell very bad. Please take an action by dismantle the pipe. Thank you *

Sewaktu Encik Lee menyerahkan surat aduan tersebut, pihak pengurusan telah memberitahu bahawa Encik Prakash telah mendapat kelulusan dari pihak Majlis Perbandaran Klang untuk menjalankan kerja pemasangan paip tersebut.


Pengurus Bangunan Cik Eswary telah menunjukkan beberapa keping surat bahawa kerja kerja pengubahsuaian ini telah mendapat kelulusan bersamaan dengan kelulusan untuk "memasang perangkap minyak" dan tiada tindakan akan diambil kerana pihak pengurusan JMB Bayu Villa tidak mempunyai halangan membenarkan kerja dijalankan. 


Jika dikaji dari gambarajah yang disediakan, Restoran Arti's Corner mendapat lesen perniagaan PADA 15.05.2017 atas syarat beliau harus mematuhi beberapa perkara:

1) Mendapatkan Suntikan Typhoid
2) Menghadiri Kursus Mengendalikan Makanan
3) Memasang Perangkap Minyak
4) Menjaga Kebersihan Premis
5) Mematuhi Syarat Syarat Premis Makanan
6) Mematuhi Syarat Syarat Perlesenan

Dan pada 17.05.2017 Encik Prakash menghantar beberapa pelan cadangan cara membuat pemasangan tersebut. Persoalannya sekarang?

1)Surat cadangan menunjukkan ianya DITERIMA dan bukan DILULUSKAN ??? Jadi disini kita dapat lihat ada perbezaan diterima dan diluluskan.



2) Dalam masa yang begitu singkat, belum sampai seminggu sudah boleh mendapat kelulusan?

3) Dalam pelan cadangan, gambarajah menunjukkan selepas melalui tangki sisa makanan dan minyak, air buangan terus mengalir ke LONGKANG BELAKANG BANGUNAN
(informasi yang salah - sepatutnya air buangan terus mengalir ke saluran Indah Water)


23.05.2017 (Jam 6.00 petang)

Untuk memastikan bahawa Restoran Arti's Corner ada membuat pemasangan yang betul serta memasang perangkap minyak dan sisa makanan, Encik Lee telah pergi ke kedai tersebut untuk menyiasat dengan sendirinya atas kesahihan pelan tersebut. 

Sebelum masuk Encik Lee ada meminta kebenaran untuk masuk ke kedai tersebut daripada salah seorang pekerjanya yang sedang menjalankan kerja pengubahsuaian. Setelah dibenarkan masuk, Encik Lee memantau cara pemasangan serta mengambil beberapa keping gambar untuk dirujuk kepada pihak MPK atas kebimbangan ianya akan mengakibatkan saluran Indah Water tercemar oleh air buangan.




24.05.2017 (Jam 3.00 petang)

Pada hari keesokannya jam 3.00 petang Encik Lee menerima panggilan talipon dari Sarjan Shafaun meminta Encik Lee hadir ke Balai Polis Klang kerana ada lapuran polis bahawa Encik Lee mencerobohi kedai Encik Prakash dan meminta Encik Lee memulangkan barang yang diambil atau dicuri jika tidak Encik Lee akan di gari dan didakwa kerana menceroboh.


Dalam lapuran tersebut Encik Prakash mendakwa Projector beliau hilang setelah Encik Lee keluar melalui pintu belakang.


Encik Lee terperanjat kerana didakwa mencerobohi kedai tersebut sedangkan kebenaran untuk memasuki kedai tersebut telah diperolehi daripada pekerjanya. Pada waktu itu pintu depannya terbuka besar dengan beberapa pelanggan duduk di luar.

24.05.2017 (Jam 6.00 petang)

Semasa perjumpaan di atur bersama dengan Encik Prakash, Encik Lee bersama dengan Sarjan Shafuan, Encik Prakash berkeras hendak mendakwa Encik Lee menceroboh kedainya dan jumpa di mahkamah. Encik Lee meminta maaf jika beliau masuk ke kedai tersebut tanpa meminta izinnya. Tetapi Encik Prakash masih berkeras hendak mendakwa Encik Lee di mahkamah. 

Encik Lee mempertikainya kalau hendak berjumpa di mahkamah tiada masalah, pokoknya dua pekerja harus membuat lapuran polis bahawa Encik Lee menceroboh masuk.

Sarjan Shafuan pun memberi nasihat kepada Encik Prakash jikalau beliau hendak sangat juga mengambil tindakan mahkamah - BOLEH tetapi syaratnya kedua pekerja harus menghadiri ke makamah setiap kali kes perbicaraan dijalankan. 

Atas nasihat daripada Sarjan Shafuan, Encik Prakash meminta Encik Lee menulis sepucuk surat memohon maaf kerana memasuki kedainya tanpa kebenarnya.

Akhirnya kata sepakat dan persetujuan dicapai, Encik Lee menulis sepucuk surat memohon maaf setelah mendapat nasihat dari Sarjan Shafuan - *memasuki kedai orang tanpa izin walaupun pintu terbuka adalah sama sekali tidak diizinkan kerana tuan punya kedai boleh mendakwa pencerobohan telah berlaku*.


Selepas surat memohon maaf diserahkan oleh Sarjan Shafuan kepada Encik Prakash, beliau menarik balik lapuran polis tersebut. 


Lapuran kepada Jabatan Kesihatan dan Jabatan Perlesenan Majlis Perbandaran Klang akan dijalankan bagi memastikan spesifikasi pemasangan tersebut tidak memberi sebarang kesan negatif terhadap sistem saluran air Indah Water. 

Lapuran terpaksa dibuat kerana kerja kerja pemasangan ini dijalankan dalam masa yang terdekat sebelum ada kelulusan dari pihak Majlis Perbandaran Klang iaitu mengeluarkan bahan buangan (selepas melalui penapis minyak) ke dalam saluran Indah Water.

Monday, May 22, 2017

Membuat Penyambungan Saliran Paip Secara Haram?


Seorang penghuni menghantar beberapa keping gambar bertanyakan kenapa  pihak JMB telah membenarkan kerja pengubahsuaian ini dijalankan dibawah sebuah kedai di Blok D?

Melalui gambar yang diambil adakah saluran paip khusus dari tempat memasak dan tempat pembuangan air disalurkan kedalam tempat penakungan saliran Indah Water?


Jika tidak dipantau dengan lebih pritahin, suatu hari nanti tempat ini akan tersumbat dengan najis air tandas yang akan mengalir keluar akibat tersumbat disebabkan oleh pembuangan barangan yang berminyak ke dalamnya. 


Kenapa pihak JMB Bayu Villa tidak mengambil perkara ini secara serius kerana ianya boleh mengakibatkan keseluruhan kawasan lalu lalang menjadi busuk. Kenapa kerja pengubahsuaian ini yang bersebelahan dengan lif dan pejabat JMB Bayu Villa dan pihak pengurusan tidak tahu menahu mengenainya?

Gambarajah ini telah menunjukkan bahawa penyambungan ini adalah SALAH sama sekali dan ianya sepatutnya tidak harus berlaku dan adakah kerja pengubahsuaian yang dijalankan ini mendapat kelulusan dan keizinan dari pihak pengurusan?

Tuesday, May 16, 2017

Lapuran Polis Mengenai Tuduhan Tidak Berasas Oleh Pengerusi JMB Bayu Villa.

Lapuran Polis Dibuat Pada 08.05.2017

Saya Lee Boon Hoe 680330-10-5027 (bekas Bendahari JMB Bayu Villa yang meletakkan jawatan pada 10hb April 2017) datang membuat lapuran polis mengenai tuduhan Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa, Cik Sri Sharmini yang telah menuduh saya menyelewengkan wang pengurusan penyelenggaraan Pengsapuri Bayu Villa. 

Lapuran ini terpaksa dibuat setelah Lapuran Audit Kewangan Pengsapuri Bayu Villa yang berakhir 2015 yang telah pun disiapkan pada bulan Mac 2017 tetapi Pengerusi JMB Bayu Villa tidak mahu menerima lapuran tersebut atas ketidak kepercayaan kesahihan Lapuran Audit 2015 yang telah disiapkan dan menuduh saya tidak bekerjasama menyerahkan butiran perakuan untuk tahun kewangan yang berakhir 2015.

Fail fail mengenai perakaunan penerimaan dan perbelanjaan berakhir 2015 masih lagi berada di dalam pejabat pengurusan. Lapuran ini dibuat supaya tindakan susulan dapat dijalankan oleh Jabatan Pesuruhjaya Bangunan Klang untuk menilai segala Lapuran Kewangan Pengsapuri Bayu Villa yang berakhir 2015 tersebut kerana Pengerusi Bayu Villa telah melemparkan segala tuduhan yang tidak berasas ke atas diri saya dan telah mencemarkan nama baik saya kepada semua penghuni di dalam Bayu Villa.

Lapuran ini juga akan dijadikan tindakan susulan dengan pihak peguam jika terdapat lagi tuduhan tuduhan yang tidak berasas yang masih lagi berleluasa dan dilemparkan oleh Pengerusi JMB Bayu Villa ke atas diri saya.






Tuesday, May 9, 2017

Surat Kepada COB Klang Memohon Bantuan Menyelesaikan Isu Lapuran Kewangan Perakaunan 2015

Lee Boon Hoe
No: 5, Jalan Kilat,
Taman Palm Grove,
41200 Klang, Selangor.                                                                  08.05.2017
012-2159897 / 016-2159897
…………………………………………………………………………….

Tuan/Puan

Jabatan Pesuruhjaya Bangunan Klang,
Jalan Raya Barat, Klang.

Per: Isu Perletakkan Jawatan Sebagai Bendahari JMB Bayu Villa

Berhubung dengan perkara di atas seperti yang sedia maklum, perletakan jawatan saya sebagai bendahari Bayu Villa pada 10hb April 2017 berpunca atas tuduhan Pengerusi Bayu Villa Cik Sri Sharmini telah melempar segala tuduhan yang tidak berasas ke atas diri saya.

Setelah hampir 2 tahun setengah kami berusaha menaikkan Pengsapuri Bayu Villa, kini tudahan yang tidak berasas dilemparkan seperti:

a)    tudahan penyelewengan yang dilakukan oleh saya berlaku di dalam Bayu Villa bersama dengan bekas Pengurus Bangunan Encik Shashie dan beberapa kontraktor.
b)   tuduhan bahawa saya tidak bekerjasama dengan pihak pengauditan (auditor) dalam menyerahkan segala dokumen Lapuran Kewangan Tahunan berakhir 2015.
c)    tuduhan saya suka mengatasi dan menghalang segala keputusan yang diberikan atau dibuat oleh Pengerusi. 

Untuk makluman pihak COB Klang bahawa Lapuran Kewangan Tahunan Bayu Villa yang berakhir 2015 telah pun siap sepenuhnya tetapi Pengerusi tidak mahu menandatangani lapuran tersebut atas beliau tidak percaya akan Lapuran Kewangan tersebut.

Puncanya disebabkan oleh penukaran Firma Pengauditan (TCMK & ASSOCIATED  (AF 0027)) kepada firma baru yang dicadangkan oleh Encik Bernard Thong (KT Chan & Associate (KL) Sdn Bhd ) di saat akhir setelah firma tersebut gagal dalam menyiapkan Lapuran Akuan Tahunan 2015 setelah beberapa kali gagal menghadiri mesyuarat dalam  menyiapkan lapuran kewangan akaun tahunan 2015.

Bagi saya tuduhan yang tidak berasas ini lebih kepada kurang maklumat, ketidak sefahaman, salah faham dan kurang berkomunikasi di antara sesama sendiri.

Sila rujuk kepada laman bayuvillaapartment.blogspot.my

27hb November 2017
Bedah Siasat Kenapa Lapuran Akuan Tahunan 2015 Tidak Sempat Diaudit Sebelum AGM 

14hb Februari 2017
Firma Pengauditan Yang Baru Telah Dilantik.

8hb Mac 2017
Pengauditan Lapuran Kewangan Bagi Tahun Berakhir 2015 Telah Siap.

10hb April 2017
Why the Old Audited Firm Been Removed

13hb April 2017
Post Mortem Why The Treasurer Resign From The JMB Bayu Villa.


Walaupun perletakkan jawatan ini berkuatkuasa pada 10hb April 2017, saya masih lagi mempunyai tanggungjawab dan akan bertanggung jawab terhadap segala butiran akaun untuk tahun kewangan berakhir 2014, 2015 dan juga 2016.

Oleh yang sedemikian saya ingin meminta pertolongan pihak COB Klang agar dapat memberi nasihat dan tunjuk ajar serta melantik firma pengauditan persendirian dibawah COB Klang untuk membuat pengauditan Lapuran Akaun Tahunan Berakhir 2015.

Pelantikan firma pengauditan persendirian dibawah COB Klang adalah amat dialukan untuk mendapatkan segala penjelasan mengenai segala butiran yang terdapat didalam akaun tersebut memandangkan Pengerusi Bayu Villa tidak percaya firma audit yang melakukan akaun tersebut dan mulai melemparkan segala tuduhan yang tidak berasas.

Segala fail fail untuk Lapuran Tahunan Penerimaan dan Perbelanjaan 2015 masih lagi berada didalam pejabat pengurusan Bayu Villa dan pihak COB Klang boleh meminta  dari pihak pengurusan JMB Bayu Villa untuk mendapatkan fail fail tersebut.

Untuk makluman pihak COB Klang, pengurusan masih lagi menggunakan sistem yang sama iaitu sistem CSS Decision yang berupaya merekod segala penerimaan wang penyelenggaraan semenjak bulan November 2014 sehingga sekarang.

CSS Decisions Sdn Bhd
Unit C-3-1, Level 5 Block C, Viva Home (UE3),
85, Jalan Loke Yew, 55200 Kuala Lumpur
Tel: 603-92004096 ; Fax: 603-92004249
  
Kerjasama daripada pihak COB Klang dalam memberi bantuan dan nasihat mengenai perkara di atas amatlah saya hargai. Jika pihak COB Klang ingin mendapatkan segala maklumat dan butiran mengenai isu semasa ini, saya bersedia memberi kerjasama yang sepenuhnya dalam menyelesaikan isu dalaman ini.

Sekian terima kasih.



Yang benar,




……………………………..
(Lee Boon Hoe)

cc.

Pengerusi:  Cik Sri Sharmini Seraithara
Setiausaha: Cik Noorshemah Shaik Dawood
AJK:           Cik Umah Devi Marimuthu
 Encik David Siew Chin Hin
                   Encik Kevin Goh Kuong Yong
                   Encik Ir. Arivanathan Sangalingam

Indera Management (KL) Services Sdn Bhd
Encik Bernard Thong – 012-2929212

Pengurus Bangunan Bayu Villa
Cik Eswerry Padmanathan – 018-9771014

Penyaip Lapuran Akaun Tahunan 2015.

Cik Kasturi – 019-9995731

..........................................................................................................................
 
















Monday, May 1, 2017

Lapuran Keseluruhan Penerimaan Wang Penyelenggaran Selama 6 Bulan Sehingga 31 Mac 2017.


Total collection received for 6 months from October 2016 till March 2017.

October 2016  - RM 105,442.95
November 2016 - RM 92,410.84
December 2016 - RM 101,025.00
January 2017 - RM 103,422.61
February 2017 - RM 129,627.33
March 2017 - RM 143,749.84