Tuesday, June 24, 2014

Bil TNB Yang Dikemaskini Sehingga 6hb Jun 2014

Tunggakan Blok A = RM 135,495.60
 
Tunggakan Blok B = RM 58,767.60
 
Tunggakan Blok C = RM 55,027.25
 
Tunggakan Blok D = RM 64,986.45
 
Tunggakan Blok E = RM 118,328.45

Tunggakan keseluruhan kepada TNB ialah 

RM 432,605.65

Monday, June 23, 2014

Notis Gangguan Pemotongan Bekalan Elektrik Ke Bayu Villa


Notis Gangguan Bekalan pada 1hb Julai 2014.

Dipercayai pemotongan bekalan elektrik ke atas Bayu Villa adalah kerana pihak pengurusan gagal membayar penggunaan elektrik selama lebih kurang 8 bulan semenjak mengambil alih daripada pihak pengurusan lama. Siasatan daripada Bil TNB menunjukkan penggunaan elektrik dari bulan November 2013 sehingga May 2014 adalah dalam sekitar RM85,000.00

Wednesday, June 18, 2014

Notis Ke-2 Mesyuarat Agung Luarbiasa (EGM) 6hb Julai 2014

Notis pemberitahuan dikeluarkan kali ke-2 setelah kami menfailkan surat bantahan kepada pihak COB Klang kerana pihak JMB Bayu Villa tidak mengikut undang undang pemberitahuan yang ditetapkan.

Kali ini notis ini mempunyai tarikh serta tanda tangan. Notis pemberitahuan ini dipaparkan pada 18hb Jun 2014.
Waktu mengadakan Mesyuarat Agung Luarbiasa ini agak menghairankan iaitu 8.00 pagi. Cara yang terbaik supaya pemilik tidak dapat keluar untuk mengundi.

Tuesday, June 17, 2014

Notis Pemberitahuan Dari Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

Pada 17hb Jun 2014, pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan mengeluarkan satu notis  berbentuk arahan yang harus dipatuhi oleh pihak pengurusan JMB Bayu Villa supaya mendapatkan Sijil Berperakuan Kelayakan (CF) Yang Sah untuk ke semua lif yang beroperasi di Bayu Villa.

Tindakan sedemikian adalah semata mata untuk memastikan keadaan keselamatan lif yang beroperasi di dalam Bayu Villa berada dalam keadaan yang baik serta tidak membahayakan keselamatan kepada penghuni di Bayu Villa.

Jika arahan mendapatkan Sijil Berperakuan Kelayakan (CF) Yang Sah tidak diikuti selepas tarikh 17.07.2014, tindakan memberhentikan 8 (lapan) unit lif yang beroperasi di kawasan Bayu Villa akan diberhentikan perkhidmatannya sehingga sijil tersebut diperbaharui.

Pengurus Penyelenggaran Bayu Villa - Encik Jeffry Abu Hassan menandatangani notis penerimaan tersebut.

Tarikh Mengadakan Mesyuarat Agung Luarbiasa (EGM) Badan Pengurusan Bersama Bayu Villa Apartment