Tuesday, August 26, 2014

Notis Berkenaan Caruman KWSP Yang Belum Dijelaskan.


Masalah demi masalah yang timbul dan tak habis habis dihadapi oleh Pengurusan JMB Bayu Villa yang baru. Baru baru ini JMB Bayu Villa terpaksa menanggung tanggung jawab apabila menerima surat amaran daripada pihak KWSP Klang berhubung dengan kelewatan atau kegagalan pihak pengurusan JMB lama menyelesaikan masalah tunggakan yang belum dijelaskan.


Pihak JMB terpaksa menggunakan wang yang di terima daripada wang penyelenggaran untuk menjelaskan tunggakan pada bulan Julai dan tunggakan seterusnya (bulan Mei dan bulan Jun) akan dijelaskan apabila pihak JMB mempunyai akses ke dalam akaun JMB Bayu Villa.

Perjumpaan pada 21.08.2014 dan penjelasan telah diberikan kepada pegawai KWSP berhubung dengan perkembangan yang terkini dan mereka berpuas hati dengan penjelasan tersebut. Jadi tindakan undang undang tidak akan dikenakan ke atas Bayu Villa. Penjelasan juga merangkumi status yang sedang berlaku di dalam peralihan kuasa Jawatankuasa Pengurusan Bayu Villa.


Punca berlakunya situasi sebegini adalah amat dikesali memandangkan Pihak Pengurusan JMB yang lama telah menyalahgunakan kuasa mereka sehinggakan kebajikan pekerja mereka tidak dijaga.

KEMANA PERGINYA KUTIPAN WANG PENYELENGGARAN SEHINGGAKAN CARUMAN KWSP PEKERJA DIABAIKAN? Adakah berlakunya penyelewengan kewangan di dalam pengurusan lama?
 
Pihak Pengurusan JMB yang lama sepatutnya bertanggung jawab ke atas isu yang timbul ini. Apakah bekas Setiausaha JMB lama Encik Titus, langsung tidak menjalankan kewajibannya dalam menguruskan kewangan Bayu Villa?

Monday, August 25, 2014

Status Sebenar Keadaan Bayu Villa Yang Sedia Ada.

PRO-Team Bayu Villa Apartment merayu kepada semua penduduk mahupun penghuni memahami keadaan situasi yang sedang dilalui oleh Ahli Jawatankuasa JMB Bayu Villa yang baru di lantik supaya memberi mereka tempoh dan masa untuk mengharungi keadaan situasi yang amat kritikal.

Mengenai "Sijil Perakuan" yang seharusnya dikeluarkan oleh pihak COB Klang kepada pihak Pengurusan Bersama JMB Bayu Villa masih lagi dalam proses siasatan berikut terdapat dua individu yang di pilih serta di lantik ke dalam ahli jawatankuasa  tidak berupaya mengemukan "Resit Pembayaran" atas permintaan daripada pihak COB Klang.


Disebabkan oleh perkembangan yang terbaru ini dan tanpa "Sijil Perakuan" daripada pihak COB Klang, pihak pengurusan yang sedia ada tidak berupaya mempunyai akses  atau mengunakan Akuan Bank JMB Bayu Villa di Hong Leong Bank Berhad. Sila rujuk kepada link ini untuk memahami keadaan yang sebenar  http://bayuvillaapartment.blogspot.com/2014/08/penyerahan-resit-atau-surat-akuan-sumpah.html

Dengan keadaan situasi kewangan yang begitu ketat, banyak aktiviti seperti pembayaran gaji pekerja, hutang kepada pemuitang seperti Syabas, TNB, perkhidmatan lif, kontrakor pembersihan, memperbaiki serta menaikkan taraf keadaan di dalam Bayu Villa tidak dapat dijalankan.



Kemungkinan besar pada awal bulan September pihak JMB Bayu Villa tidak lagi berupaya untuk mengambil dan memberi perkhidmatan Pengawal Keselamatan (security guards) untuk sementara waktu akibat keadaan kewangan yang amat kritikal (anggaran perbelanjaan sebulan untuk pegawai keselamatan ialah dalam sekitar RM 30,000.00 sebulan).


Bukan sahaja Bayu Villa menghadapi keadaan situasi yang amat genting sekarang di tambah pula ada beberapa individu yang tidak bertanggung jawab menjalankan aktiviti merosakkan lif, menutupkan punca paip air utama ke atas beberapa blok, merosakkan litar elektrik dan sebagainya (dipercayai dilakukan oleh individu yang berkaitan dan sepakat dengan pihak Pengurusan JMB yang lama)

Malahan pihak JMB Bayu Villa juga menghadapi masalah dengan beberapa orang pekerja sehinggakan ada di antara mereka tidak atau enggan bekerjasama dengan pihak pengurusan baru (pekerja yang di lantik oleh pengurusan lama). Ada di antara mereka berhenti kerja secara tiba tiba dan ini memaksa pihak pengurusan terpaksa mencari jalan alternatif mencari seorang penganti dalam keadaan tergesa gesa. Mujurlah ada seorang individu yang datang membantu pada saat yang genting ini.

Sehubungan dengan keadaan ini, Pro-Team Bayu Villa telah berbincang dan mencadangkan kepada Pengerusi supaya mengadakan "Mesyuarat Tergempar" bersama dengan penghuni di Bayu Villa pada 1hb September 2014 (Isnin) bagi membincangkan beberapa isu yang amat kritikal serta harus di beri tumpuan serta keutamaannya.

Rayuan Permohonan Ke Atas Pihak Syabas Memberi Tempoh Yang Lebih Lama.


Pada hari Isnin yang lepas (18.08.2014), Pengerusi JMB Bayu Villa ada menulis sepucuk surat kepada pihak Syabas memohon agar memanjangkan tempoh supaya tidak memotong bekalan air dan memberi lebih waktu dan masa agar pihak JMB Bayu Villa dapat menguruskan serta mendapatkan "Sijil Perakuan" daripada pihak COB Klang.   

Sunday, August 24, 2014

Majlis Sambutan Perayaan Hari Raya Aidilfitri - Anjuran Bersama Surau Al-Ikhwan Dan Pro Temp Persatuan 1 Bayu Villa.



Pada hari Sabtu (23.08.2014) jam 8.00 malam, satu Majlis Sambutan Perayaan Hari Raya Aidilfitri diadakan di gelangang badminton Bayu Villa. Sambutan daripada penghuni penghuni di persekitaran amatlah menggalakkan. Walaupun terdapat hujan yang turun sekejap kejap tetapi ianya tidak menghalang mereka yang ingin merayakan sambutan ini bersama dengan penghuni sekampung di Bayu Villa.

Sambutan Perayaan Hari Raya Aidilfitri ini dianjurkan bersama oleh Surau Al-Ikhwan dan Pro Temp Persatuan 1 Bayu Villa.






Aktiviti sedemikian sememangnya dialu-alukan kerana ianya dapat menjalinkan hubungan yang lebih rapat di antara semua kaum. Syabas dan ucapan terima kasih bagi semua yang terlibat dalam menganjurkan serta menjayakan aktiviti sedemikian.










Ratu cantik bergambar di antara sesama sendiri dan merupakan di antara pembantu yang terbaik dalam menyediakan masakan pada malam itu. Tanpa pertolongan mereka dalam menyediakan masakan tidak mungkin majlis ini dapat dijayakan. Tahniah kepada mereka semua.





Pengerusi Bayu Villa Cik Sri Shamini serta Setiausaha Bayu Villa Cik Noorshemah turut menghadiri sambutan Perayaan Hari Raya Aidilfitri ini.


Saturday, August 23, 2014

Kerosakan Lif Di Blok A. Pembayaran Tunggakan Wang Penyelenggaraan Amat Diperlukan.


Didapati kedua lif yang berada di Blok A (3 hari) tidak dapat berfungsi seperti biasa akibat daripada kerosakkan yang tidak diketahui. Pagi tadi Pro-Team ada pergi melihat keadaan lif tersebut dan hasil perbincangan dengan Pengerusi Bayu Villa bahawa pembaikian akan dijalankan pada waktu pagi.


Pengerusi Bayu Villa memberitahu kepada kami bahawa syarikat yang menjalankan penyelenggaraan lif terasa amat keberatan untuk membaiki lif tersebut kerana masih terdapat tunggakan wang penyelenggaran lif selama 4 bulan yang berjumlah sekitar RM14,400.00 bermula bulan April sehingga sekarang.


Keadaan di dalam sebuah lif yang telah di conteng oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Amat perit apabila memandangnya.


Sehubungan dengan perkembangan sedemikian, para penghuni yang tinggal di Bayu Villa di seru agar "Membuat Pembayaran Wang Penyelenggaraan masing masing dengan segera" bagi memperbaiki keadaan situasi di dalam Bayu Villa.