Wednesday, October 8, 2014

Pecah Rumah A-2-18. Pencuri Dipercayai Akan Kembali Lagi !!!




Awal pagi tadi (08.10.2014) sebuah rumah beralamat A-2-18 telah di pecah masuk oleh seorang pencuri. Di percayai pencuri yang sama juga cuba memecah masuk sebuah lagi rumah di tingkat 3 di blok yang sama. Mujurlah disedari oleh seorang penduduk. Pencuri itu berjaya melarikan diri.



Kejadian ini dikatakan berlaku dalam sekitar 6.00 pagi apabila salah seorang penghuni ternampak bayang bayang yang bergerak di dalam rumah. Oleh kerana terlalu takut beliau tidak menjerit tetapi terus berlari turun ke bawah kawasan taman.



Wang sekitar RM500.00 hilang bersama sama dengan beberapa biji telefon bimbit. Rumah tersebut diduduki oleh penghuni perempuan yang berasal dari Indonesia yang bekerja dengan sebuah syarikat di Malaysia. Semasa kejadian tiada penghuni yang berada di dalam rumah. Lapuran polis telah di buat.





Setelah di teliti akan keselamatan yang ada pada pintu besi serta pintu kayu, didapati ke dua dua pintu tersebut tidak mempunyai ciri keselamatan yang kuat untuk mengekang kemasukan pencuri.




Di harap semua penduduk berwaspada pada setiap masa dan memastikan agar pintu besi serta pintu kayu dikuatkan lagi dengan mangga kunci yang lebih kukuh. 

Dipercayai pencuri itu akan datang semula lagi melakukan kerja mencuri. Di bawah adalah gambar sumbangan daripada salah seorang penghuni yang mengambil gambar kunci mangga di tingkat 3 Blok A. 



Kejadian dipercayai berlaku pada pukul 12 tengahari. Teknik yang sama digunakan untuk memecah masuk pintu depan. Para penghuni dinasihatkan supaya menguatkan pintu besi bagi memastikan insiden yang sama tidak berlaku lagi.

Jika di kaji daripada cara pencuri itu mencuri, pencuri tersebut memilih rumah yang mempunyai ciri keselamatan pintu besi yang tidak kuat dan kukuh.  

Perlaksanaan Penguncian Tayar Kereta Bermula.


Encik Rasyed (017-266 9323) telah di lantik oleh Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa bagi menjalankan kerja kerja mengunci tayar kereta yang di letak di merata tempat di dalam tempat laluan kereta bagi menjaga keselamatan serta keselesaan penghuni serta penduduk.

Perlantikan ini berkuat kuasa daripada hari ini sehingga hujung bulan Oktober. Penyambungan kerja mengunci tayar ini akan di nilai dari masa ke semasa  berdasarkan kepada perlaksanaan penilaian kerja beliau.


Pihak pengurusan tidak akan bertolak ansur ke atas pemilik kereta yang masih lagi degil dan meletakan kereta mereka sesuka hati. Pihak pengurusan menerima banyak panggilan dan aduan mengenai kereta kereta yang menghalang serta menyusahkan ahli anggota keluarga apabila mereka menurunkan kanak kanak sewaktu hujan turun.  

Tindakan akan di ambil berdasarkan kepada pemberian notis "Amaran yang Pertama dan yang Terakhir" sebelum tindakan mengunci tayar kereta di ambil. 

Tuesday, October 7, 2014

Tunggakan Kepada TNB Mencecah RM 483,670.15.



Pada hari Jumaat yang lepas Bendahari JMB Bayu Villa Encik Lee telah pergi ke pejabat Tenaga Nasional Berhad di Jalan Meru untuk mendapatkan penyata yang terbaru mengenai status tunggakan kepada TNB. Sila rujuk kepada link yang lepas mengenai tunggakan TNB (http://bayuvillaapartment.blogspot.com/2014/06/tunggakan-jmb-bayu-villa-kepada-tnb-rm.html)

  
Permintaan penyata tersebut ialah untuk memudahkan Bendahari merancang serta membuat penilaian bagaimana hendak menjelaskan tunggakan TNB secara efektif tanpa menjejaskan pelan ansuran yang sedia ada dengan pihak Syabas dan pihak kontraktor yang lain. 


Setelah di buat pengiraan, status terbaru tunggakan Bayu Villa kepada TNB telah meningkat kepada RM 483,670.15 sehingga tarikh kemaskini 08.09.2014. Jumlah tersebut sememangnya amat memeranjatkan dan jika tidak di ambil sebarang tindakan, tunggakan tersebut akan naik kepada Setengah JUTA Ringgit (half million) 

Tetapi apa yang memeranjatkan ialah setelah siasatan yang terperinci dilakukan ke atas akaun semasa TNB bermula daripada bulan November 2013 sehingga sekarang, didapati perkara sama yang berlaku kepada pihak Syabas juga berlaku kepada pihak TNB.

TIADA PEMBAYARAN LANGSUNG WALAU SESEN PUN


Keadaan ini amat merisaukan. Kerisauan Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa yang baru sahaja mengambil alih nampaknya mempunyai satu misi yang amat mustahil untuk membangunkan keadaan status kewangan Bayu Villa.  


Sehingga hari ini pihak pengurusan JMB Bayu Villa amat memerlukan kerjasama daripada penghuni serta penduduk di dalam Bayu Villa dalam menolong pihak pengurusan berusaha menyelamatkan keadaan status kewangan di dalam Bayu Villa.

Mengikut rekod pembayaran yang tercatat di dalam sistem pembayaran wang penyelenggaraan, didapati masih ramai lagi yang tidak keluar untuk menjelaskan tunggakan masing masing.


Tanpa kerjasama ini, kemungkinan Pengsapuri Bayu Villa akan menghadapi satu krisis yang lebih buruk lagi. Penyediaan sejumlah wang dalam sekitar RM 50,000.00 amatlah penting untuk memulakan proses perbincangan dengan pihak TNB. 

Kami di JMB Bayu Villa berharap sungguh untuk mencari jalan serta menyelesaikan masalah ini sebelum pihak TNB mengambil sebarang tindakan.  

Pada bila bila masa dari sekarang, Bayu Villa mungkin berada di dalam keadaan kegelapan serta tiada bekalan air (akibat motor pam air yang tidak berfungsi), lif yang sedia ada tidak dapat digunakan.


Blok A - RM 150,558.90


Blok B - RM 63,818,.35


Blok C- RM 61,120.25


Blok D - RM 74,073.10


Blok E - RM 134,099.55

Monday, October 6, 2014

Amaran Yang Pertama Dan Yang Terakhir - Meletakan Kereta Sesuka Hati. Tindakan Mengunci Kereta Akan Dilaksanakan.

Baru baru ini ramai penduduk serta penghuni meletakan kereta mereka di merata tempat di dalam kawasan berdekatan tempat letak kereta. Keadaan ini amat menyukarkan kepada setengah pihak dan keluarga apabila waktu hujan tiba.


Walaupun terdapat notis yang tertera di kawasan perkarangan Bayu Villa tetapi ramai yang tidak mengambil insiatif tentang keselamatan kereta yang berlalu lalang di kawasan tempat letak kereta. 


Memandangkan ramai daripada mereka mengetahui tiada pengawal keselamatan buat masa ini, mereka mengambil kesempatan meletakan kereta mereka sesuka hati. 




Jika tidak di ambil tindakan, kemungkinan kemalangan yang tidak dingini berlaku ke atas harta benda perseorangan. Terdapat 20 buah kenderaan yang terlibat pada waktu malam (9.00 malam - 05.10.2014) sewaktu gambar setiap kereta yang melanggar peraturan di dalam Bayu Villa di ambil.




Sebagai permulaan,  tuan punya kereta ini akan diberikan amaran yang pertama dan yang terakhir serta nombor kereta mereka akan di catat bersama sama dengan bukti gambar yang di ambil.




Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa memandang berat kes meletakan kereta mengikut kesukaan mereka. Oleh itu amaran yang pertama dan yang terakhir berserta dengan notis memanglah wajar sebelum tindakan mengunci tayar kereta mereka.




Penguncian tayar akan mengakibatkan mereka terpaksa menanggung kos pembayaran membuka tayar kereta mereka sebanyak RM 50.00.




Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa tidak akan bertolak ansur mengenai perbuatan setengah pihak meletakan kereta di merata tempat di dalam Bayu Villa.




Bagi mereka yang mengetahui nombor kereta yang tertera di dalam blog ini, sila hubungi tuan punya kereta berkenaan notis yang di beri. 



Penguncian tayar kereta kali ini akan dilaksanakan dengan serta merta setelah notis diletakan ke atas kereta mereka.