Friday, August 7, 2015

Palang Boom Gate Patah Dilanggar Oleh Motosikal.


Dua minggu yang lepas palang Boom Gate telah patah dilanggar oleh seorang penghuni di Bayu Villa. Mujurlah tiada kemalangan yang berlaku.




Palang Boom Gate tersebut dapat diperbaiki untuk kegunaan sementara waktu. Walaupun ianya telah dirosakan oleh penunggang motosikal tersebut tetapi ianya masih boleh digunakan lagi walaupun ianya telah menjadi pendek.




Encik Saiful dan Encik Gora selaku pekerja penyelenggara menjalankan kerja pembaikian memastikan palang boom gate dibaik pulih supaya dapat digunakan lagi. 







For those who want to join our new Facebook *Bayu Villa Apartment Klang* click the link below. 


Thursday, August 6, 2015

Sampah Sudah Seminggu Tidak Diangkut. Apa Sudah Jadi Dengan MPK?



Kebelakangan ini MPK mempunyai masalah dengan kontraktor pemungut sampah. Insiden tidak datang mengutip sampah telah lama berlaku dan ianya bukanlah perkara yang baru.  


Oleh kerana sampah tidak dikutip selama seminggu, pihak pengurusan JMB Bayu Villa membuat aduan di MPK.


Sakit apabila mata memandangnya malahan baunya yang busuk memburukan lagi keadaannya.



Jumlah Wang Penyelenggaraan Yang Berjaya Dikutip Pada Bulan April 2015 - RM 118,686.04

Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa sebagai langkah dan usaha menuju ke arah lebih yang lebih transpirasi, memaparkan jumlah kutipan wang penyelenggaraan yang berjaya dikutip pada bulan April 2015.

Jika di lihat daripada jumlah yang tertera di atas, jumlah kutipan yang berjaya dikutip pada bulan April 2015 adalah berjumlah RM118,686.04 

Jika tiap tiap bulan JMB Bayu Villa dapat membuat kutipan beratus ribu setiap bulan, masalah berhubung dengan pembayaran tunggakan dapat diatasi dan dilalui dengan lancar sekali.

Wednesday, August 5, 2015

Sambungan Saluran Paip Baru Di Blok D.



Kerja penyambungan siap sepenuhnya. Di harap kerja pemyambungan ini dapat memberi penjimatan air kepada Bayu Villa.















Proses Pembaikian Paip Air Di Blok D Selesai.


Kita masih ingat tentang kejadian kebocaran paip air yang begitu kuat sekali berlaku di Blok D sehinggakan bil air melonjak begitu tinggi tetapi kebocaran ini telah diatasi selepas kerja penyambungan paip baru dijalankan di Blok D.



Kerja penyambungan ini telah menyebabkan kos perbelanjaan tambahan di mana kerja pemyambungan paip baru telah menelan perbelanjaan beribu.




Jika dilihat dan dikaji saluran pemyambungnya ianya amat panjang sekali dan kos pemyambungannya telah memakan sedikit sebanyak masa untuk menyiapkannya.





Walaupun kerja pemyambungan ini boleh dijalankan pada waktu pagi dan petang tetapi disebabkan kebocoran yang berlaku, kerja penyambungan terpaksa juga dilakukan pada waktu malam untuk mempercepatkan proses menghentikan air yang telah mengalir keluar dengan banyak sekali.




For those who want to join our new Facebook *Bayu Villa Apartment Klang* click the link below.