Sunday, October 12, 2014

Perjumpaan Dengan Pihak COB Klang Dan Pihak TNB.


Pada hari Khamis (09.10.2014) yang lepas, Bendahari JMB Bayu Villa telah pergi ke pejabat COB Klang bertanyakan akan status kedudukan "Sijil Perakuan"? Untuk makluman anda semua, tempoh pemberian sijil tersebut harus di proses dalam masa tempoh 14 hari bekerja bermula dari tarikh 21.09.2014 sehingga tarikh terakhir pemberian sijil tersebut jatuh pada 10.10.2014.


Tetapi disebabkan sijil itu harus ditandatangani oleh YDP Majlis Perbandaran Klang, maka pengeluaran sijil tersebut terpaksa ditunda sementara waktu kerana menunggu kepulangan YDP Majlis Perbandaran Klang yang menunaikan fardhu haji di Tanah Suci Mekah.   


Pada waktu yang sama Bendahari juga ke pejabat TNB di Klang untuk berjumpa dengan pihak atasan berhubung pelan rancangan mencari jalan penyelesaian bagaimana hendak membuat bayaran ansuran kepada pihak TNB


Pihak atasan bahagian kredit TNB Encik Rahman memberi nasihat supaya menggunakan cara yang paling pratikal untuk menunjukkan keikhlasan iaitu membayar apa jua jumlah yang dirasakan mampu dibayar oleh JMB Bayu Villa buat masa ini. 

"Jika anda mempunyai RM 500.00 hari ini, bayar RM 500.00. Jika anda mempunyai RM 1,000.00 pada hari keesokannya, bayar RM 1,000.00. Kalau lusa anda mempunyai RM 800.00, Bayar RM 800.00 dan seterusnya. Bayar apa yang anda ada".

"Bayar Jangan Tak Bayar"

Pihak TNB akan menilai sejauh mana keikhlasan JMB Bayu Villa sebelum perbincangan mengenai pembayaran ansuran dimulakan. 

Pada waktu yang sama Bendahari Bayu Villa membuat pembayaran sebanyak RM 1,000.00 sebagai langkah yang pertama memulakan proses menyahut cabaran memberi komitmen membuat pembayaran sebanyak RM 10,000.00 ke RM 12,000.00 (lebih kurang penggunaan sebulan) setiap bulan sebelum duduk semeja dengan pihak atasan TNB mencari jalan penyelesaian mengenai tunggakan sebanyak RM 483,670.15





No comments:

Post a Comment