Wednesday, December 24, 2014

Proses Pemotongan Bekalan Air Di Blok D Telah Dilaksanakan.

Semalam JMB Bayu Villa telah membuat pemotongan bekalan air ke atas 28 unit rumah yang mempunyai tunggakan sebanyak RM 800.00 ke atas. Proses pemotongan bekalan air di Blok D juga dicemari oleh beberapa insiden yang tidak menyenangkan.






Ada segelintir penghuni datang membuat ugutan serta membuat kacau bilau dan meneriak di dalam pejabat sehinggakan menolak meja seolah olah hendak menerbalikan meja tersebut.






Pihak pengurusan memandang berat akan kes sedemikian. Pada waktu yang sama Pegawai Keselamatan juga menalifon pihak polis untuk meminta bantuan atas arahan daripada Encik Lee kerana menganggu ketenteraman serta memberi ancaman kepada pekerja di dalam.  






No comments:

Post a Comment