................................................................................................................................
JMB Bayu Villa
D-G-21, Bayu
Villa Apartment,
Jalan Batu Unjur
9, Taman Bayu Perdana,
41200 Klang, Selangor.
Tel: 03-33221787
Email:
bayuvillaapartment@gmail.com
Aras 6, WISMA TNB SUBANG JAYA,
JALAN USJ 10/1A, USJ 10,
47620 SUBANG JAYA, SELANGOR 05.01.2014
JALAN USJ 10/1A, USJ 10,
47620 SUBANG JAYA, SELANGOR 05.01.2014
Rujukan
tuan:TNB(B)/SELA/PBN_KEW 14/19/28
Permohonan
Pembayaran Tunggakan Melalui Ansuran
No Akaun : 0140
00440027 01, 0140 00440028 10, 0140 00440029 08,
0140 00440030
01, 0140 00440031 10
Nama
Akuan : KLS Holding Sdn Bhd
Nama
Pengguna : JMB Bayu Villa
Jumlah
Tunggakan : RM 423,764.10
Berhubung dengan
perkara di atas dan surat tuan yang bertarikh 18 Disember 2014 berserta dengan
surat kami yang bertarikh 28hb November 2014 dirujuk.
2. Cadangan asal
untuk membuat bayaran ansuran sebanyak RM 10,000.00 sebulan merupakan jalan
penyelesaian yang paling sesuai dan kena pada tempatnya. Pengiraan ini adalah
berdasarkan kepada jumlah purata kutipan setiap bulan yang dapat dibayar balik
oleh pihak pengurusan JMB Bayu Villa.
3. Penyata
kewangan bank JMB Bayu Villa yang terbaru bertarikh 13hb Disember 2014
menunjukkan jumlah baki yang terdapat di dalam bank cuma sebanyak RM86,566.57. Keupayaan
yang ada pada kami seperti yang dapat dilihat jelas sekali perlaksanaan membuat
pembayaran ansuran sebanyak 3 kali adalah mustahil sama sekali. Dimanakah
keupayaan JMB Bayu Villa mendapatkan sejumlah RM 423,764.10 yang harus
dijelaskan untuk 3 kali ???
4. Permohonan
kami untuk mengecualikan pembayaran penalti juga tidak dipertimbangkan. Kami di
sini bukan sebuah entiti atau sebuah syarikat yang mempunyai sebarang
keuntungan. Wang dikutip adalah untuk menyelenggara serta memastikan
keseluruhan Bayu Villa dapat berfungsi mengikut keadaan semasa.
5. Untuk
menunjukkan keikhlasan kami, pada bulan Disember 2014 kami telah menjelaskan
bayaran bil semasa dan juga pada 30hb Disember 2014 kami telah membuat
pembayaran ansuran yang pertama sebanyak RM10,000.00 ke dalam akaun 0140
00440031 10.
6. Lapuran polis
juga telah dibuat keatas isu kes penyelewengan yang berlaku keatas pengurusan
JMB Bayu Villa yang lama. Kami percaya pihak pengurusan yang lama (selama 9
bulan mereka mengurus) tidak pernah sekali pun membuat bayaran kepada pihak TNB
sehingga mereka digulingkan.
7. Kami
merupakan Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa yang baru dilantik pada
21hb September 2014 dan sehingga kini sebarang tunggakan bil semasa (anggaran
RM30,000.00) telah kami jelaskan sepenuhnya. Yang jelas ianya membuktikan
bahawa kami ingin bekerjasama dengan pihak TNB.
8. Bayaran pendahuluan
sebanyak RM40,000.00 telah kami dahulukan untuk membuktikan kami sememangnya
ingin menyelesaikan perkara ini melalui proses perbincangan. Jika dikira
sehingga kini bayaran sebanyak RM50,000.00 telah dijelaskan ke atas tunggakan
lama. Keseluruhan anggaran RM80,000.00 telah
dibayar dalam tempoh 3 bulan.
9.
Anggaran jumlah tunggakan keseluruhan kepada pemuitang: RM 970,000.00
Komitmen
Bayu Villa setiap bulan ke atas tunggakan dan semasa:
a) TNB
Berhad : RM10,000.00
b) Syabas
Berhad : RM10,000.00
c) Reeliance
Security Services Sdn Bhd : RM5,000.00 (tunggakan lama)
d) TS
Shun Shine Cleaning Service : RM2,000.00 (tunggakan lama)
e) Shin
You Elevators Sdn Bhd : RM2,000.00 (tunggakan lama)
f) Pejabat
Tanah Galian : RM8,395.60 (tetap)
g) Indera
Management (KL) Sevices : RM19,400.00 (semasa)
h)
Pengawal
Keselamatan (Inhouse) : RM11,000.00 (semasa)
i) Bil
Semasa TNB : RM10,000.00 (anggaran)
j) Bil
Semasa Syabas : RM25,000.00 (anggaran)
k)
Wony
Sdn Bhd : RM2,200.00 (tetap)
l) Canny
Elevators Sdn Bhd - RM4,500.00 (tetap)
m) Lain
lain – RM8,000.00 (anggaran)
Anggaran
perbelanjaan sebulan: RM117,495.00
10.
Jumlah anggaran kuitpan JMB Bayu Villa setiap bulan.
Purata
setiap unit yang dikenakan caj wang penyelenggaraan : RM 100.00 sebulan. Terdapat
760 unit rumah di dalam Pangsapuri Bayu Villa.
a) Wang
penyelenggaraan : RM 76,000.00 (jumlah dapat dikutip RM50,000.00)
b)
Bekalan
Air : RM15,000.00
c) Lain
lain : RM1,000.00
Jumlah
keseluruhan anggaran kutipan: RM 66,000.00
11. Untuk
makluman pihak TNB, tunggakan wang penyelenggaraan daripada penghuni sehingga
31hb Disember 2014 keatas pihak pengurusan JMB Bayu Villa ialah dalam sekitar
RM720,000.00 sehingga RM750,000.00.
12. Daripada kiraan
kutipan tunggakan wang penyelengaraan ini, ianya akan menyelesaikan segala
masalah tunggakan yang sedia ada. Daripada pengiraan kami, JMB Bayu Villa
memerlukan sekurang kurangnya 3 ke 4 tahun untuk pulih kepada keadaan asal.
13. JMB Bayu
Villa percaya proses pemulihan dapat dijayakan tetapi memerlukan sokangan yang
kuat daripada penghuni serta syarikat swasta seperti TNB dan Syabas. Pihak
Syabas telah pun menerima rancangan kami melalui pembayaran ansuran sebanyak
RM10,000.00 sebulan. Kenapa pihak TNB tidak boleh membantu kami?
14. Jika usul
yang dicadangkan masih tidak mendapat prihatinan daripada pihak TNB, kami sememangnya
tidak lagi mempunyai sebarang perisai untuk menangkis sebarang tembakan peluru
yang bertubi tubi daripada pihak TNB. Segala dokumen seperti penyata bank,
lapuran polis akan kami sertakan sebagai bukti.
Sekian terima
kasih,
Yang benar,
…………………………………
Bendahari – JMB
Bayu Villa
.....................................................................................................................................
Di atas merupakan surat jawapan yang telah diberi kepada pihak TNB. Untuk makluman anda semua pihak TNB tetap akan menjalankan pemotongan bekalan elektrik keatas Bayu Villa mulai 19hb Januari 2015 kerana JMB Bayu Villa tidak berupaya membuat bayaran ansuran sebanyak 3 kali.
No comments:
Post a Comment