Wednesday, February 18, 2015

Kerja Pemotongan Bekalan Air Dijalankan Keatas Blok C Dan Sebahagian Blok E

Kerja pemotongan bekalan air Fasa Kedua telah dilaksanakan keatas Blok C dan sebahagian Blok E. Setelah selesai membuat pemotongan bekalan air di Blok A dan Blok B dua minggu yang lepas, kerja pemotongan bekalan air diteruskan lagi bagi mendapatkan tunggakan wang penyelenggaraan.



Pemotongan bekalan air di Blok D akan dijalankan pada minggu hadapan selepas Perayaan Tahun Baru Cina serta pemotongan bekalan air di Blok E akan dijalankan pada awal bulan Mac.



Hasil daripada pemotongan bekalan air yang dijalankan pada bulan ini (Februari) telah menampakkan penerimaan wang penyelenggaraan sebanyak RM104,227.06 sehingga tarikh 17.02.2015 


Untuk makluman penghuni di Bayu Villa, JMB Bayu Villa akan berusaha sedaya upaya mengutip segala tunggakan wang penyelenggaraan walaupun ianya akan mengambil masa berpuluh bulan mahupun bertahun tahun. 

No comments:

Post a Comment