Wednesday, July 15, 2015

Penggunaan Kad Akses Di Boom Gate Dilanjutkan Sehingga 21.07.2015 Sempena Perayaan Hari Raya.

Pengunaan kad akses di Boom Gate untuk keluar masuk telah dilanjutkan sehingga 21.07.2015 (Selasa) sempena sambutan Perayaan Hari Raya. Secara amnya kad akses yang sepatutnya cuma boleh digunakan sehingga 15.07.2015 terpaksa dilanjutkan memandangkan pejabat pengurusan tidak akan dibuka mulai 17.07.2015 (Jumaat) sehingga 19.07.2015 (Ahad) sempena Perayaan Hari Raya ini.


Oleh yang sedemikian penggunaan kad akses keluar dan masuk ke Bayu Villa tidak akan dapat digunakan lagi pada 22.07.2015 (Rabu). Diharap semua penghuni yang tinggal di dalam dapat memberi perhatian mengenai perkara di atas.

Bagi mereka yang telah menjelaskan tunggakan yang sedia ada sebelum ini tidak akan menghadapi sebarang masalah setelah kad akses mereka telah diprogram ke suatu tarikh yang baru. 

No comments:

Post a Comment