Dua minggu yang lepas, beberapa orang pegawai daripada Syabas telah datang dan menbuat tinjauan keadaan pemasangan meter air di dalam Bayu Villa.
Proses pemeriksaan ini adalah semata mata hendak menilai berapakah anggaran kos proses penukaran meter air dari pihak pengurusan kepada pihak individu yang tinggal di dalam Bayu Villa.
Segala kos perbelanjaan proses penukaran ini akan dikenakan pada anggaran lebih kurang RM500.00 sebiji rumah mengikut maklumat yang diterima daripada pihak Syabas dan ianya akan dikenakan terus keatas setiap penghuni rumah tersebut.
Satu taklimat akan diadakan pada 28.02.2016 (Ahad) jam 10.00 pagi di dewan orang ramai oleh pihak Syabas berhubung dengan isu pemasangan meter baru.
Semua penghuni adalah digalakan menghadiri taklimat tersebut kerana ianya akan melibatkan sejumlah perbelanjaan yang besar yang mungkin akan ditanggung oleh setiap penghuni.
No comments:
Post a Comment