Taklimat mengenai migrasi air telah selesai dijalankan pada 28.02.2016. Suasana perbincangan berjalan dengan lancar dan boleh dikatakan kebanyakan penduduk atau penghuni yang hadir rata rata bersetuju mengenai rancangan tersebut.
Boleh dikatakan kehadiran amatlah memuaskan di mana ramai yang menghadirinya datang untuk mengetahui cara cara bagaimana migrasi akan dijalankan.
Buat masa ini Mesyuarat Agung harus diadakan dengan secepat yang mungkin untuk mendapatkan kelulusan sebelum ianya boleh dikemukan untuk perlaksanaan.
Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa menjangka proses ini akan mengambil masa selama 9 bulan ke 12 bulan untuk menyiapkan keseluruhan proses tersebut.
Sekarang timbul satu masalah yang baru iaitu bagaimana JMB Bayu Villa hendak menyediakan wang yang sebegitu banyak untuk proses pemasangan paip paip baru yang akan menelan belanja sebanyak ratusan ribu untuk keseluruhan 5 blok bangunan?
No comments:
Post a Comment