Wednesday, August 3, 2016

Pihak Syabas Telah Membuat Pemeriksaan. Pemasangan Contoh Paip Baru Diluluskan.


Pihak Syabas telah membuat pemeriksaan terhadap contoh pemasangan paip yang baru. Kelulusan telah diberikan untuk menjalankan kerja pemasangan paip baru bagi membolehkan proses migrasi air dapat dijalankan dengan secepat yang mungkin.



Kerja pemasangan paip baru ini akan mula dijalankan pada minggu depan bermula di Blok B mulai hari Isnin. Proses ini akan mengambil masa memandangkan proses pemasangan ini cuma dapat dilakukan pada 5 unit atau 6 unit rumah dalam sehari.



Berikut adalah senarai 100 unit rumah pertama yang akan dijalankan kerja pemasangan paip baru mengikut siapa yang bayar dahulu akan dibuat pemasangan paip baru.


Blok A = 23 Unit
Blok B = 24 Unit
Blok C = 13 Unit
Blok D = 22 Unit
Blok E = 18 Unit

Dari masa ke semasa sila rujuk kepada notis di papan tanda bagi mendapatkan maklumat mengenai pemberhentian bekalan air semasa proses pemasangan paip yang baru. 

Gangguan bekalan air akan bermula dari pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.  

2 comments:

  1. Kenapa perlu membazir duit buat paiping baru... Yang lama punya tak boleh guna ke... Kalau katakan meter baru dan lama adalah berbeza.. Kenapa tak tukar meter sahaja... JMB SILA JAWAB !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Sila pergi ke laman Facebook Bayu Villa Apartment Klang. Jawapan telah diberi disana.

    ReplyDelete