Perbincangan diadakan bersama dengan kontraktor yang menjalankan kerja migrasi di dalam Bayu Villa. Perjumpaan ini bertujuan untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana proses pembayaran dilakukan kepada kontraktor tersebut dan tempoh perlaksanaan kerja supaya dapat menyiapkan keseluruhan kerja ini dengan secepat yang mungkin.
Setakat ini Badan Pengurusan (JMB) Bayu Villa telah membuat bayaran setakat 200 unit (RM48,00.00) kepada kontraktor tersebut untuk kerja migrasi yang dijalankan.
Untuk makluman anda semua, Pengsapuri Bayu Villa merupakan pengsapuri yang pertama di negeri Selangor yang telah mendapat peruntukkan pinjaman daripada pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) untuk menjalankan kerja migrasi secara serentak tanpa kelewatan supaya proses ini dapat diselesaikan dengan secepat yang mungkin.
Syarat peruntukkan pinjaman yang berjumlah dalam anggaran RM180,000.00 ini akan melalui proses pembayaran secara ansuran setiap bulan kepada pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).
Ini merupakan satu berita baik dan satu perkembangan yang memberangsangkan memandangkan Bayu Villa sememangnya memerlukan bantuan kewangan semasa bagi mempercepatkan proses migarsi kerana isu pembayaran bil air semasa terlalu tinggi untuk ditanggung oleh pihak pengurusan JMB Bayu Villa akibat kedegilan setengah penghuni yang tidak menghiraukan keadaan kewangan Bayu Villa.
Selepas keseluruhan pemasangan paip migrasi disiapkan, JMB Bayu Villa akan menjalankan kerja kerja permohonan penukaran meter individu Bayu Villa kepada meter individu Syabas. Proses ini akan dijalankan dengan secepat yang mungkin supaya bebanan yang ditanggung oleh JMB Bayu Villa akan diringankan.
Kepada sesiapa yang tidak membuat permohanan meter individu akan dikenakan tindakan undang undang oleh pihak Syabas.