Saturday, January 14, 2017

Cukai Tanah 2017 Yang Terbaru. RM 44,881.00


Ini merupakan salinan baru Cukai Tanah untuk tahun 2017. Jumlah yang perlu dibayar berjumlah RM44,881.00

Pembayaran Cukai Tanah yang lepas adalah berjumlah RM41,978.00. Ini merupakan kenaikan sebanyak RM2,903.00

Thursday, January 12, 2017

Tindakan Keras Akan Diambil Keatas Sesiapa Yang Tidak Membayar Cukai Tanah !!!


Cukai Tanah merupakan cukai yang harus dibayar kepada pihak Pejabat Tanah pada setiap tahun. Tahun ini pihak pejabat tanah telah mengumunkan bahawa terdapat kenaikan keatas cukai tanah untuk tahun 2017.

Kenaikan ini merupakan suatu berita yang baru dan mengejutkan kerana pihak kerajaan negeri sepatutnya bertimbang rasa keatas penghuni yang tinggal di Pengsapuri.  Melalui informasi yang diterima kenaikan ini adalah berdasarkan kepada status tanah dimana harga tanah sudah melambung tinggi semenjak kebelakangan ini.

Suka tak suka penghuni terpaksa dibebani dengan kos kenaikan tersebut. Jika ditinjau dan dianalisa ramai penghuni masih mengengkari membuat pembayaran tersebut. Disebabkan oleh keadaan sedemikian pengurusan akan mengambil tindakan drastik untuk memastikan kesemua cukai tanah yang tertunggak dapat dikutip.

Surat notis serta amaran telah diberi kepada kesemua penghuni untuk memastikan pembayaran Cukai Tanah dilakukan dengan segera sebelum 15hb Februari 2017. Jika tidak tindakan pemotongan bekalan akan dilakukan.

Sunday, January 8, 2017

Surat Balasan Mengenai Bayaran Ansuran Tunggakan Kepada Pihak Syabas



Berhubung dengan surat yang dihantar oleh pihak Syabas kepada JMB Bayu Villa, pihak penguruaan telah mengambil tindakan memberikan surat jawaban kepada pihak Syabas.


Di dalam surat tersebut ada dinyatakan bahawa pihak pengurusan menghadapi kesukaran penerimaan wang selenggara yang rendah dan cuba sedaya upaya untuk menjelaskan tunggakan yang sedia ada.




Surat ini juga ada diberikan satu salinan kepada pihak COB Klang sebagai tantapan kepada pihak COB Klang mengenai cara Badan Pengurusan (JMB) Bayu Villa menyelesaikan masalah yang sedia ada.

Buat masa ini Badan Pengurusan JMB Bayu Villa akan cuba sedaya upaya menyelesaikan setiap bil semasa pada setiap bulan kerana bil semasa setiap bulan berjumlah lebih kurang RM 25,000.00 ke RM 28,000.00. Jumlah ini amatlah besar jika tidak diselesaikannya pada setiap bulan kerana apabila tertunggak ianya akan naik kesuatu jumlah yang amat menakutkan.

Saturday, January 7, 2017

Paip Pecah Dan Paip Kolam Renang Bocor. Kerja Pembaikian Dijalankan Berdekatan Blok E



Pengsapuri Bayu Villa telah berusia lebih dari 10 tahun. Bila tempat dah lama pasti ada kerosakan disana dan disini. Kerja kerja pembaikian harus dijalankan bagi membaiki kebocoran paip yang berlaku di 2 tempat berdekatan Blok E dan kawasan kolam renang.





Untuk memastikan kerja pembaikian dijalankan tanpa sebarang gangguan, kolam renang akan ditutup bagi memudahkan kerja pembaikian dapat dijalankan. Air kolam renang terpaksa dikosongkan bagi memperbaiki keadaan semasa.





Apa yang berlaku sekarang akan membebankan keadaan kewangan Bayu Villa dimana kos perbaikian ini akan menelan sejumlah wang yang agak besar.
 




Kerja pembaikian ini perlu bagi mengurangkan kos bil air semasa yang telah meningkat kepada RM 25,000.00 ke RM 28,000.00 sebulan.





Buat masa ini perlaksanaan kerja pembaikian ini dapat memberi tekanan air yang kuat kepada Blok E yang mengalami gangguan tekanan air yang rendah.






Mengikut anggaran perbelanjaan air semasa termasuk pembaikian yang mungkin mencecah RM30,000.00 untuk menyiapkan segala proses dan kerja memulihkan kolam renang dan sebagainya.




Friday, January 6, 2017

Proses Pemasangan Paip Migrasi Telah Siap Di Blok C dan Blok D




Proses kerja migrasi yang sedang rancak dijalankan telah melihatkan 2 blok di dalam Bayu Villa telah siap sepenuhnya. Keseluruhan Blok D telah siap dipasang paip migrasi sepenuhnya. Kerja migrasi di Blok C akan siap pada hari Isnin depan.





Kerja kerja ini diharap akan disiapkan sepenuhnya dalam masa 3 bulan bagi membolehkan proses permohonan meter individu dengan pihak Syabas dapat dijalankan dengan secepat yang mungkin.

Walaupun masih ramai penghuni yang tidak menjelaskan fi bayaran cagaran serta bayaran proses pemasangan paip migrasi, kerja ini terpaksa dijalankan selepas pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor memberi pinjaman secara ansuran kepada Badan Pengurusan Bayu Villa atas pertolongan pihak Pesuruhjaya Bangunan Klang (COB) memohon bantuan kewangan membantu Pengsapuri yang memerlukan dana untuk menjalankan aktiviti yang sihat.



Minggu depan kerja kerja migrasi akan bermula di Blok E dan diharap semua penghuni mengambil tahu mengenai pemberhentian bekalan air dari semasa ke semasa.


Thursday, January 5, 2017

Proses Migrasi Dijangka Akan Siap Keseluruhannya Dalam Masa 3 Bulan Lagi.



Perbincangan diadakan bersama dengan kontraktor yang menjalankan kerja migrasi di dalam Bayu Villa. Perjumpaan ini bertujuan untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana proses pembayaran dilakukan kepada kontraktor tersebut dan tempoh perlaksanaan kerja supaya dapat menyiapkan keseluruhan kerja ini dengan secepat yang mungkin.

Setakat ini Badan Pengurusan (JMB) Bayu Villa telah membuat bayaran setakat 200 unit (RM48,00.00) kepada kontraktor tersebut untuk kerja migrasi yang dijalankan.





Untuk makluman anda semua, Pengsapuri Bayu Villa merupakan pengsapuri yang pertama di negeri Selangor yang telah mendapat peruntukkan pinjaman daripada pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) untuk menjalankan kerja migrasi secara serentak tanpa kelewatan supaya proses ini dapat diselesaikan dengan secepat yang mungkin.






Syarat peruntukkan pinjaman yang berjumlah dalam anggaran RM180,000.00 ini akan melalui proses pembayaran secara ansuran setiap bulan kepada pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).





Ini merupakan satu berita baik dan  satu perkembangan yang memberangsangkan memandangkan Bayu Villa sememangnya memerlukan bantuan kewangan semasa bagi mempercepatkan proses migarsi kerana isu pembayaran bil air semasa terlalu tinggi untuk ditanggung oleh pihak pengurusan JMB Bayu Villa akibat kedegilan setengah penghuni yang tidak menghiraukan keadaan kewangan Bayu Villa.



Selepas keseluruhan pemasangan paip migrasi disiapkan, JMB Bayu Villa akan menjalankan kerja kerja permohonan penukaran meter individu Bayu Villa kepada meter individu Syabas. Proses ini akan dijalankan dengan secepat yang mungkin supaya bebanan yang ditanggung oleh JMB Bayu Villa akan diringankan.

Kepada sesiapa yang tidak membuat permohanan meter individu akan dikenakan tindakan undang undang oleh pihak Syabas.




Wednesday, January 4, 2017

Syabas Memberi Surat Peringatan Tindakan Memotong Bekalan Air.



Dua minggu yang lepas pihak Syabas ada menghantar sepucuk surat memberi peringatan berhubung dengan GAGAL ANSURAN yang sepatutnya diselesaikan oleh pihak pengurusan JMB Bayu Villa. Melalui isi kandungan yang sedia ada pihak pengurusan telah gagal menjelaskan bayaran ansuran sebanyak RM 20,000.00 untuk bulan November serta Disember 2016.


Seperti yang sedia maklum kegagalan pihak pengurusan menjelaskan bayaran ansuran disebabkan tahap kewangan JMB Bayu Villa sekarang berada dalam keadaan defisit. Penerimaan wang selenggara yang diterima tidak cukup untuk menampung segala perbelanjaan harian Bayu Villa.


Kedegilan kebanyakan penghuni tidak menghiraukan keadaan keseluruhan Bayu Villa telah menyebabkan kemungkinan besar Bayu Villa akan menghadapi risiko terumbang ambing sekali lagi. Ramai yang telah lupa apa yang berlaku keatas Bayu Villa 2 tahun yang lepas.


Tindak tanduk setengah pihak yang masih beria-ia terutama Encik Lim Chee Soon, rakan rakan dan ramai yang bersekongkol dengannya terutama seorang bekas ahli jawatan kuasa JMB yang lepas yang cuba menghasut ramai penghuni supaya tidak membayar wang selenggara dengan pergi rumah ke rumah menyatakan pengurusan telah menyeludup sejumlah wang selenggara kedalam akaun peribadi.


Keadaan ini telah menyebakan tahap kepercayaan setengah penghuni terhadap kewibawaan pihak pengurusan telah menurun. Jika keadaan ini berlarutan beberapa bulan lagi, Bayu Villa akan menghadapi krisis sekali lagi.


Bil semasa TNB telah lebih kurang 5 bulan tidak dibayar kerana tahap kewangan yang tidak mengizinkan. Mujurlah bayaran ansuran tetap diteruskanl sehingga bulan Disember 2016 bagi memastikan tiada gangguan pemotongan bekalan elektrik. Bayaran ansuran ini akan selesai pada bulan January 2017 dan ianya akan diteruskan untuk beberapa bulan lagi bagi menampung tunggakan pembayaran bil semasa yang tertunggak selama 5 bulan.


Melalui penilaian yang sedia ada kemungkinan besar proses pembayaran Cukai Tanah untuk tahun 2017 akan terbantut sama sekali.