Saturday, April 8, 2017

Senarai Nama Penghutang Berjumlah RM4,000.00 Keatas - Jumlah Keseluruhan RM 381,318.37



Badan Pengurusan Bersama Bayu Villa
D-G-21, Bayu Villa Apartment,
Jalan Batu Unjur 9, Taman Bayu Perdana,
41200 Klang, Selangor.
Tel: 03-33192664

Pesuruhjaya Bangunan Klang.
Jalan Raya Barat.
Selangor.                                                                           07.04.2017

Tuan/Puan,

Re: Senarai nama penghuni yang mempunyai tunggakan RM4,000.00 ke atas.

Berhubung dengan lampiran senarai yang diberikan, Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa ingin memaklumkan kepada Pesuruhjaya Bangunan Klang bahawa mulai bulan April 2017 kami akan sentiasa memaparkan senarai nama penghuni yang mempunyai tunggakan wang penyelenggaraan dipapan kenyataan serta didalam laman blog kami. (bayuvillaapartment.blogspot.my)

Untuk makluman pihak COB Klang, pemaparan ini akan memudahkan kami menjalankan tugas kerja selenggara yang sedia ada. Semasa semakan kami pada tarikh 01.04.2017 tunggakan penghuni keatas JMB Bayu Villa adalah berjumlah RM861,090.87

Jumlah ini amatlah besar dan ianya menyulitkan pihak pengurusan menguruskan perbelanjaan seharian maka tindakan drastik terpaksa diambil bagi memperingatkan tunggakan mereka.

Pemaparan senarai nama diharap dapat membantu pengurusan mempunyai aliran kewangan yang lebih baik.

Sekian terima kasih.



Yang benar,



……………………………….
Lee Boon Hoe – Bendahari JMB Bayu Villa
Tel: 012-2159897 / 016-2159897




No comments:

Post a Comment