Lee
Boon Hoe
D-G-3A,
D-G-5, Bayu Villa Apartment,
Jalan
Batu Unjur 9,
Taman
Bayu Perdana,
41200
Klang, Selangor. 10.07.2019
……………………………………………………………………………………..
Pengarah
Pesuruhjaya Bangunan
Majlis
Perbandaran Klang.
Perkara
: Isu Migrasi
Pada 28hb
Februari 2016 satu taklimat mengenai isu Imigrasi telah diadakan di dewan orang
ramai Bayu Villa dan dihadiri oleh penghuni penghuni yang datang mendengar
taklimat tersebut.
Surat
pemberitahuan telah pun dihantar kepada semua penghuni supaya menghadiri
taklimat tersebut dan mesyuarat tersebut telah diadakan mengikut segala
peraturan mesyuarat yang sepatutnya.
Selepas taklimat
diberikan, saya sebagai Bendahari Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa pada
ketika itu telah memberi dan mencapai sebulat suara bahawa penghuni akan
membuat bayaran pendahuluan kepada pihak Syabas atas segala tunggakan dari
meter pukal bagi pihak JMB Bayu Villa bagi memberi laluan proses Imigrasi dapat
dilaksanakan.
Sehubungan
dengan itu apabila pihak Syabas berjaya melaksanakan proses Imigrasi ini maka
pihak JMB akan membayar balik pulangan wang pendahuluan penghuni melalui
potongan bulanan wang selenggara (jumlah yang belum ditetap) pada setiap bulan.
Pada tahun lepas
(2018) bulan Oktober setiap penghuni berpetak telah dicaj sebanyak RM192.00
oleh pihak Syabas setelah pengambil alihan oleh Perbadanan Pengurusan (MC) Bayu
Villa daripada Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa. Selepas proses
pengambil alihan maka pihak Syabas telah memulakan proses mengenakan bil air dari
meter pukal kepada meter individu. Seperti yang tertera di dalam Surat Aku
Janji yang ditandatangani (satu kemestian jika ingin memohon meter individu)
jumlah tunggakan kepada pihak Syabas akan dibahagi bahagikan kepada lebih
kurang 771 unit berpetak di dalam Bayu Villa.
Ramai penghuni
datang menemui saya mengenai masalah bil air mereka dicaj RM192.00 oleh pihak Syabas
dan sebahagian dari mereka tahu bahawa caj sedemikian boleh ditebus balik
daripada pihak pengurusan. Tetapi masalah yang sedia ada sekarang adalah
apabila penghuni berpetak ingin mendapatkan kembali jumlah caj yang dikenakan
oleh pihak Syabas, pihak MC Bayu Villa mengatakan mereka tidak tertakluk atau
bertanggung jawab ke atas perjanjian
yang telah dipersetujui oleh pihak JMB Bayu Villa pada tahun 2016 kepada
penghuni yang menghadiri mesyuarat tersebut pada ketika itu.
Tujuan saya
menulis surat ini agar berharap pihak COB Klang dapat memberi nasihat kepada MC
Bayu Villa bahawa wang tunggakan yang dibayar oleh penghuni berpetak harus dipulangkan
kepada penghuni yang telah membuat bayaran tunggakan air. Isu dan perkara
sedemikian harus diteliti dengan secara halus kerana ianya melibatkan wang
penghuni yang begitu besar jumlahnya.
Melalui kiraan
anggaran kasar, jumlah tunggakan kepada pihak Syabas sebelum jumlah ini dibahagi bahagikan kepada setiap penghuni adalah
berjumlah RM 225,000.00
Tunggakan Syabas
RM 149,000.00
Wang Cagaran KLS Holdings RM 76,000.00
RM
225,000.00
Mesyuarat Pertama Migrasi Air Berjalan Dengan Lancar.
Sekian terima
kasih,
Yang Benar,
…………………………
Lee Boon Hoe
(012-2159897)
Water Hack Burns 2 lb of Fat OVERNIGHT
ReplyDeleteAt least 160 000 women and men are using a easy and secret "liquids hack" to lose 2 lbs every night as they sleep.
It is effective and it works every time.
Here are the easy steps for this hack:
1) Get a clear glass and fill it half the way
2) Now use this amazing HACK
so you'll be 2 lbs lighter the next day!