Monday, July 18, 2016

Senarai Nombor Unit Rumah Yang Mempunyai Tunggakkan Wang Penyelenggaraan.

Mengikut rekod sehingga 05.07.2016. Senarai unit rumah yang mempunyai tunggakan sehingga kini. 

Sila rujuk senarai senarai dibawah untuk mengenali rumah rumah yang mempunyai tunggakan yang sangat besar. 



*********************************************************************

Tunggakan RM6,001.00 dan keatas

Tunggakan dari RM4,001.00 Sehingga RM6,000.00

Tunggakan dari RM2,001.00 Sehingga RM4,000.00

Tunggakan dari RM1,001.00 Sehingga RM2,000.00

Tunggakan RM1,000.00 kebawah (RM500.00)

Saturday, July 16, 2016

Unit Rumah C-5-3A. Unit Penghuni Yang Bermasalah

Ada sesuatu yang tidak betul dengan penghuni di rumah ini. Jika kita lihat di depan rumahnya keadaannya terlalu kotor dan sungguh menjijikan. 


Keseluruhan lantai dari unit rumahnya ke tempat menaiki lift dikotori dan mempunyai bau yang busuk.




Meter airnya telah dipotong dan keadaan tempat lalu lalang dibuang sampah secara sesuka hatinya. Boleh dikatakan tempat itu apabila kita melaluinya ianya amat busuk sekali.



Pembersihan terpaksa dijalankan memandangan ianya amat memeritkan mata apabila memandang terutama dikawasan lalu lalang depan rumah. Jika dilihat melalui gambar betapa kotor tempatnya.


Pengurusan ada menghubungi tuan punya rumah (ayah kepada penghuni tersebut) tetapi jawapan yang diterima ialah mereka tidak lagi berminat untuk mengetahui keadaan anaknya.



Ianya nampak seperti dibiarkan sahaja dan apa yang akan berlaku didalam unit tersebut, keluarga mereka tidak mahu mengetahuinya. Pengurus Bangunan Encik Shashie cuba menghubungi penghuni tersebut tetapi tidak dihirau. 


Pengurusan ada meminta nasihat Polis mengenai kes ini dan mereka juga memberi jawapan bahawa pihak polis tidak boleh mengambil sebarang tindakan sebab tiada kes.


Friday, July 15, 2016

Sebut Harga Kerja Pemasangan Paip Baru Daripada Pihak Kontraktor.

Baru baru ini terdapat isu kenapa harga pemasangan paip baru ini berharga RM240.00 setiap unit. Untuk memberi penjelasan yang lebih lanjut, tender dan sebut harga dipaparkan bagi tantapan penghuni bahawa Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa tidak mengenakan sebarang caj tambahan.


Kerja pemasangan paip baru ini adalah arahan daripada pihak Syabas dan harus diikuti mengikut kehendak terma dan syarat pemasangan untuk mendapat kelulusan daripada pihak Syabas.

Mengikut maklumat yang diterima secara purata, ramai penghuni yang masih tidak dapat menerima kos kerja serta pembayaran yang dinyatakan. Mereka akan menunggu sehingga kerja kerja ini dijalankan dan lihat apakah tindakan seterusnya. 


JMB Bayu Villa ingin memaklumkan kepada anda semua bagi mereka yang tidak memohon proses migrasi ini tidak akan menghadapi sebarang masalah daripada Pengurusan JMB Bayu Villa tetapi tindakan saman akan diambil oleh pihak Syabas mengikut syarat yang tertera di dalan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

*************************************************

Contoh Gambar Cara Pemasangan Paip di Vista Bayu Apartment



******************************************************

Di bawah merupakan tender sebut harga daripada dua buah syarikat yang lain dan Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa telah melantik Wawasan Klasik Enterprise untuk menjalankan kerja pemasangan paip yang baru.



Thursday, July 14, 2016

Perbicaraan Kes Mahkamah Buruh Telah Selesai.


Hari ini (14.07.2016) perbicaraan kes mahkamah buruh di antara JMB Bayu Villa dengan 2 bekas pekerja pengawal keselamatan telah selesai sepenuhnya.


Perbicaraan kes ini yang sepatutnya berlangsung selama dua hari keatas dua bekas pengawal keselamatan telah dapat diselesaikan dalam masa sehari setelah perbincangan diadakan bagi menyelesaikan kes yang sedia ada.


Bayaran faedah tuntutan bagi pekerja yang bekerja lebih dari setahun mengikut Undang-Undang Buruh telah dipersetujui oleh pihak pengurusan JMB Bayu Villa dan akan dibayar kepada dua bekas pekerja berkenaan.

Tuntutan tuntutan lain tidak dapat dilayan memandangkan pihak pengurusan ada membuat segala pembayaran mengikut kerja mereka jadi tuntutan tersebut adalah tidak berasas. 


Oleh itu kes ini telah dapat diselesaikan dengan cara yang baik setelah mendapat persetujuan daripada dua pihak. Pihak mahkamah Pejabat Buruh telah menerima baik persetujuan kedua dua pihak.



Wednesday, July 13, 2016

Berhubung Isu Migrasi Air Di Bayu Villa



Berhubung dengan isu migrasi yang baru baru ini dibentangkan, ramai yang masih mempertikaikan hak mereka masing masing. Melalui surat yang telah diberikan kepada 771 unit rumah dan kedai, penerangan keatasnya telah begitu jelas sekali. 

Disini kami akan terangkan sekali lagi dengan lebih teliti. Untuk memastikan proses migrasi ini berjalan dengan lancar pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah meletakkan beberapa syarat yang harus diikuti oleh semua penghuni.

1) Pembayaran Deposit kepada Syabas : RM134.50

2) Pembayaran pemasangan paip baru kepada kontraktor : RM240.00 harus dibayar oleh setiap unit. (Paparan sebut harga akan disiarkan pada Hari Jumaat)

3) Pengagihan tunggakan lama JMB Bayu Villa keatas Syabas akan diagih-agihkan kepada setiap individu rumah dan wang tunggakan ini akan dibuat pemotongan keatas wang penyelenggaraan masing masing iaitu sebanyak RM10.00 sebulan.

Contoh: A) Menggunakan cara kira-kira yang mudah untuk memahami.

i) Katakan keseluruhan tunggakan Bayu Villa kepada Syabas ialah RM92,520.00 / 771 unit = RM120.00 setiap rumah.

ii) RM120.00 akan dimasukkan kedalam akaun meter setiap unit rumah dan diberi kelonggaran pembayaran ansuran sebanyak 6 bulan oleh Syabas. RM120.00 / 6 bulan = RM20.00 sebulan (harus dibayar kepada Syabas setiap bulan sehingga 6 bulan) 

iii) Wang penyelenggaraan setiap unit ialah RM110.00 sebulan, ada yang RM165.00 sebulan. 

iv) Selepas proses migrasi anda hanya perlu membayar RM100.00 atau RM155.00 dan bukan RM110.00 atau RM165.00 kerana RM10.00 akan diberi tolakan (sebanyak 12 bulan) sebab anda telah membayar pembayaran ansuran pendahuluan kepada Syabas sebanyak RM120.00

Diatas adalah syarat yang harus diikuti untuk membolehkan proses migrasi berjalan dengan lancar dan telah dipersetujui melalui mesyuarat yang diadakan pada bulan Februari 2016. 



B) Tetapi jika proses migrasi berlarutan sehingga tahun depan bulan April 2017 dan siap dilaksanakan pada ketika itu (dengan syarat pihak pengurusan JMB Bayu Villa dapat membuat pembayaran ansuran setiap bulan sebanyak RM10,000.00 setiap bulan - maka proses (A) diatas tidak akan berlaku kerana : 

i) Tunggakan yang sedia ada kepada Syabas sehingga bulan April 2017 dapat ditolak melalui "Wang Cagaran" (RM76,000.00) yang terdapat di dalam akaun Syabas. 

ii) Semasa anda membeli unit pengsapuri di Bayu Villa, anda ada membuat pembayaran "Wang Cagaran" kepada pihak pemaju. Pihak pemaju telah mengambil wang cagaran anda sebagai cagaran keatas penggunaan air.

iii) "Wang Cagaran" ini akan dipulangkan kepada setiap unit dengan syarat unit mereka tidak mempunyai tunggakan wang penyelenggaraan.

iv) "Wang Cagaran" ini akan dipulangkan kepada setiap unit melalui proses pemotongan sebanyak RM10.00 setiap bulan sehingga jumlah ini selesai dibayar.

Bagi mereka yang masih mempunyai sebarang sangsi terhadap proses migrasi, sila hubungi Encik Krishnamoorti (012-2963076) untuk mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut mengenai hak masing masing. Beliau adalah seorang pegawai Ketua Seksyen Migrasi, Bahagian Pembangunan Teknikal.

Gambar dibawah ialah Encik Krishnamoorti yang telah datang memberi taklimat pada 28.02.2016 di dewan Bayu Villa.



http://bayuvillaapartment.blogspot.my/2016/02/mesyuarat-pertama-imigrasi-air-berjalan.html

Ketua Seksyen Migrasi, Bahagian Pembangunan Teknikal 
Tel: 012-2963076/03-20885260
Email: krishnamoorti@syabas.com.my 


Dibawah adalah surat pemberitahuan yang telah diedarkan pada 15.01.2016 kepada semua penghuni di dalam Bayu Villa.

http://bayuvillaapartment.blogspot.my/2016/01/taklimat-imigrasi-meter-bekalan-air.html