Showing posts with label Security Guard. Show all posts
Showing posts with label Security Guard. Show all posts

Friday, July 29, 2016

Bekas Pengawal Keselamatan Yang Hampir Menemui Maut.


Masih ingat lagi tak bekas pengawal keselamatan yang telah berkhidmat di dalam Bayu Villa? Beliau merupakan salah seorang pengawal keselamatan yang telah memberi jasa.



Semasa dia berhenti kerja, dia tidak pernah bekerja di tempat lain. Setiap hari dia tinggal di dalam Bayu Villa. 




Keadaan kesihatannya jatuh mendadak sehingga beliau terpaksa dibawa ke hospital dan terpaksa tinggal di wad selama lebih kurang 2 bulan. Melalui pemantauan dari pihak hospital keadaan kesihatannya pulih sama sekali.




Kini beliau telah pulang ke India dan keadaan kesihatan semasa keluar dari wad jauh lebih baik dari dahulu.

Tuesday, July 26, 2016

Kes Samam Seorang Lagi Bekas Pengawal Keselamatan.


Badan Pengurusan Bayu Villa beberapa hari yang lepas telah menerima sepucuk surat daripada Pejabat Buruh berhubung dengan aduan seorang lagi bekas pengawal keselamatan. Kes ini akan diperbincangkan pada 28.06.2016 (Khamis).


Wednesday, July 20, 2016

Kes Saman 3 Bekas Pengawal Keselamatan Telah Selesai.



Seperti yang anda semua sedia maklum kes perbicaraan kes bekas pengawal keselamatan telah selesai dengan keputusan kes adalah seperti berikut.

A) Kes Pertama - Letchumanan a/l Rajaretnam
Tuntutan sebenar bernilai RM 4,204.20
Keputusan mahkamah - RM 824.20 (Faedah tuntutan kerja lebih setahun)


B) Kes Kedua - Vigneswaran a/l Balasubramaniam
Tuntutan sebenar bernilai RM 3,710.41
Keputusan mahkamah - RM 619.40 (Faedah tuntutan kerja lebih setahun) 


C) Kes Ketiga - Prabu a/l Moorthi
Tuntutan sebenar bernilai RM 1,290.00
Keputusan perbincangan - Tiada pembayaran yang perlu dibayar.

Keseluruhan pembayaran daripada JMB Bayu Villa - RM 1,443.60

Ini merupakan keputusan keseluruhan yang sedia ada. Melalui sumber maklumat yang diterima masih terdapat seorang lagi yang belum membuat tuntutan. Badan Pengurusan JMB Bayu Villa masih menunggu surat seterusnya daripada Pejabat Buruh.

Thursday, July 14, 2016

Perbicaraan Kes Mahkamah Buruh Telah Selesai.


Hari ini (14.07.2016) perbicaraan kes mahkamah buruh di antara JMB Bayu Villa dengan 2 bekas pekerja pengawal keselamatan telah selesai sepenuhnya.


Perbicaraan kes ini yang sepatutnya berlangsung selama dua hari keatas dua bekas pengawal keselamatan telah dapat diselesaikan dalam masa sehari setelah perbincangan diadakan bagi menyelesaikan kes yang sedia ada.


Bayaran faedah tuntutan bagi pekerja yang bekerja lebih dari setahun mengikut Undang-Undang Buruh telah dipersetujui oleh pihak pengurusan JMB Bayu Villa dan akan dibayar kepada dua bekas pekerja berkenaan.

Tuntutan tuntutan lain tidak dapat dilayan memandangkan pihak pengurusan ada membuat segala pembayaran mengikut kerja mereka jadi tuntutan tersebut adalah tidak berasas. 


Oleh itu kes ini telah dapat diselesaikan dengan cara yang baik setelah mendapat persetujuan daripada dua pihak. Pihak mahkamah Pejabat Buruh telah menerima baik persetujuan kedua dua pihak.



Friday, July 1, 2016

Pengawal Keselamatan Dirompak Oleh Dua Orang Penunggang Motosikal.

Petang tadi jam 2.30 petang seorang pengawal keselamatan (gambar dibawah) telah dirompak oleh dua orang Melayu yang dipercayai berasal dari Sabah.


Kejadian rompakan tadi dilakukan dengan begitu cepat sekali dimana seorang perompak berada diatas motosikal dan seorang lagi mengunakan pisau yang terus diletak diatas leher pengawal keselamatan sebelum merompak wang dompetnya serta talifon bimbitnya. Seorang pengawal keselamatan lagi yang kebetulan berada di dalam tandas semasa kejadian berlaku.

Menurut perbualan dengan seorang pengawal keselamatan yang sentiasa membuat jagaan disitu berkata orang yang datang merompak dipercayai telah beberapa kali melalui tempat ini. 

Dipercayai mereka melakukan jenayah meragut rantai terutama di Jalan Batu Unjur 10. Tempoh beberapa hari yang lalu seorang wanita telah diragut rantai lehernya. 

Diharap penghuni penghuni di Bayu Villa sentiasa berwaspada sewaktu menggunakan jalan tersebut di mana jenayah sentiasa boleh berlaku bah kata pepatah "Malang Tidak Berbau"

Thursday, June 30, 2016

Kes Saman Pengawal Keselamatan Akan Dibicarakan Melalui Mahkamah Buruh.


Kes pengawal keselamatan yang lama akan dibicarakan menerusi Mahkamah Buruh di Pejabat Tenaga Buruh Pelabuhan Klang. Kata putus untuk melalui perbicaraan ini dilakukan setelah pihak JMB Bayu Villa meminta kes ini dibicarakan selepas kes tuntutan oleh pengawal keselamatan tidak dapat diterima oleh pihak pengurusan.


Suatu tarikh akan diberikan oleh pihak Pejabat Tenaga Buruh dalam masa yang terdekat untuk menetapkan tarikh yang sesuai untuk membicarakan kes saman pengawal keselamatan yang lama.



Tuesday, June 28, 2016

Clamping Baru Akhirnya Sampai.


Pembelian clamping kereta akhirnya telah sampai setelah terdapat beberapa isu mengenai masalah pembekal. Isu ini sebenarnya dan sepatutnya sudah selesai sebulan yang lepas tetapi disebabkan oleh karenah pembekal yang telah melambatkan proses pembekalan.

Oleh kerana pihak pengurusan tidak dapat menjalankan kerja penguncian tayar maka pembekal baru dilantik. Kos untuk mendapatkan 4 biji clamping ini menelan belanja RM1,640.00 (RM410.00 sebiji) 


Friday, June 24, 2016

Kes Saman Pengawal Keselamatan Lama Keatas JMB Bayu Villa Melalui Pejabat Buruh


Baru baru ini JMB Bayu Villa telah menerima 3 pucuk surat daripada Pejabat Tenaga Kerja Pelabuhan Klang (Pejabat Buruh).

Kes Samam Ketua Pengarah Kerja antara Pengadu (XXXXX) dengan Defendan (JMB Bayu Villa) berhubung tuntutan sejumlah (tidak dapat disiarkan atas kes ini belum dibicarakan)


Ketiga tiga pengadu merupakan pengawal keselamatan lama yang telah diberhentikan kerja melalui notis satu bulan yang telah diberikan kepada mereka atas sebab sebab yang akan dibentangkan di dalam perbincangan dengan pejabat buruh.


Wednesday, June 22, 2016

Tunggakan Kepada Pengawal Keselamatan Hanya Tinggal RM59,000.00. Krisis Kewangan Bermula Lagi.



Masih ingat lagi tak tunggakan sebanyak RM139,665.60 yang diwujudkan oleh pengurusan lama? Sehingga kini pembayaran tunggakannya masih belum dijelaskan sepenuhnya walaupun setiap bulan pengurusan membayar RM5,000.00 setiap bulan kepada pihak syarikat pengawal keselamatan yang dahulu.

Rujuk kepada link dibawah



Mengikut rekod yang terbaru, tunggakan sehingga hari ini cuma tinggal RM59,000.00. Mulai bulan ini pembayaran ansuran tunggakan ini terpaksa ditangguhkan atau mungkin dikurangkan memandangkan Bayu Villa sedang menghadapi krisis kewangan pada bulan ini. Krisis kewangan kali ini berlaku kerana tahap penerimaan wang penyelenggaraan yang jatuh mendadak dan berkurangan semenjak 3 minggu yang lepas. 

Pembayaran yang terakhir yang diberikan kepada syarikat tersebut adalah pada bulan April 2016 sebanyak RM5,000.00. Pada waktu itu (tahun 2014) caj yang dikenakan oleh syarikat pengawal keselamatan adalah berjumlah RM29,097.00 sebulan. 



Keadaan kewangan sekarang tidak mengizinkan lagi pembayaran tunggakan lama dijalankan kerana masih lagi terdapat banyak bil bil yang belum dijelaskan terutama bil TNB dan bil Syabas.

Seperti yang pernah dinyatakan oleh Pengurusan JMB Bayu Villa, apa diterima dari wang penyelenggaraan pada setiap bulan sebenarnya tidak mencukupi untuk menjalankan aktiviti yang sepatutnya kerana keseluruhannya pihak pengurusan mengalami perbelanjaan defisit pada tahun lepas (2015) dan tahun ini juga akan menghadapi masalah yang sama.

Saturday, June 11, 2016

Jumlah Perbelanjaan Untuk Syarikat Pengawal Keselamatan Yang Baru.


Berikut adalah jumlah yang perlu dibelanjakan untuk syarikat pengawal keselamatan setiap bulan. 

RM 17,652.18

Jumlah perbelanjaan ini merangkumi 7 orang pengawal keselamatan, dimana 3 orang pengawal keselamatan bekerja di waktu pagi dan 3 orang pengawal keselamatan lagi bekerja di waktu malam. Seorang lagi khas menjaga kolam renang dan sebagainya jika diperlukan (10.00 pagi sehingga 10.00 malam).

Keputusan mengambil dan melantik syarikat pengawal keselamatan yang baru adalah keputusan keseluruhan melalui undi angkat tangan Ahli Jawatankuasa JMC Bayu Villa. 

Keputusan dibuat sebulat suara melalui jawatankuasa setelah meneliti segala aspek yang ada, baik dari segi kebaikan ataupun keburukan yang berlaku semasa perkhidmatan pengawal keselamatan yang lama. 

Pihak JMB Bayu Villa ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada perkhidmatan pengawal keselamatan yang lama. 

Friday, June 3, 2016

Syarikat Pengawal Keselamatan Yang Baru Telah Dilantik. Pengambil-Alihan Pada 15hb Jun 2016.




Untuk makluman anda semua, sebuah syarikat pengawal keselamatan yang baru telah dilantik untuk menggantikan pengawal keselamatan yang lama. Proses penukaran ini diharap akan meningkatkan lagi mutu perkhidmatan.

Syarikat Pengawal Keselamatan : D-SAFE Force Sdn. Bhd.

Tarikh penukaran pengawal keselamatan : 15hb Jun 2016

Tuesday, May 17, 2016

Suasana Yang Kecoh Berlaku Dihadapan Boom Gate.


Pakcik ini tidak mengunakan kad akses. Katanya disebabkan oleh kenaikan wang selenggara dia tidak mahu membayar wang penyelenggaraan.

Keluar pun tidak mempunyai kad akses atau tidak mahu menggunakannya.



Ini lah gambar gambar gambar yang diambil bulan lepas bagi penghuni penghuni yang tidak mempunyai kad akses. Dipanggilnya pergi ke pejabat, kata mereka akan pergi dan sudah beberapa kali tidak pergi ke pejabat.



Perkara yang sama juga terhadap penghuni ini yang juga tidak mempunyai kad akses.



Macam macam yang boleh berlaku di dalam Bayu Villa. Menyusahkan kerja pengawal keselamatan apabila mereka yang berhutang tidak mahu membayar tunggakan tetapi hendak menggunakan tempat pakir kereta.




Monday, May 16, 2016

Kecoh Sampai Kereta Diletak Ditengah Jalan Masuk Boom Gate





Pertelingkahan demi pertelingkahan berlaku di tempat masuk Boom Gate sehinggakan kereta ini diletakkan di tengah tengah kawasan masuk.

Kejadian ini berlaku pada minggu lepas. Sepatutnya hal sedemikian tidak seharusnya berlaku tetapi ianya tetap berlaku. 


Keadaan ini telah menyebabkan kereta tersebut telah menghalang kereta kereta yang lain tidak boleh masuk ke dalam Bayu Villa.


Pihak pengawal keselamatan telah berkali kali menyuruh tuan punya rumah ini menyelesaikan tunggakan atau menghadapi masalah masuk ke dalam Bayu Villa.


Perkara ini selalu sahaja terpaksa bertekak dan bukan sekali dua tetapi setiap kali sahaja memberi alasan sehinggakan tercetus perasaan tidak puas hati.

Lalu penghuni ini meletakkan  keretanya ditengah jalan masuk ke dalam Bayu Villa.


Anda sendirilah menilai tahap mentaliti setengah setengah penghuni di dalam Bayu Villa. Sudah tak jelaskan tunggakan wang penyelenggaraan, berhentikan kereta di tengah tengah dan tinggalkan kereta.