Genap setahun Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa baru mengambil alih (21.09.2014) daripada pengurusan lama. Sudah sampai masanya kita menilai sejauh manakah prestasi yang dilalui oleh pengurusan JMB Bayu Villa yang baru.
1) 24.09.2014 - Berjaya menyelesaikan tunggakan Syabas melalui pembayaran ansuran.
Tunggakan sebelum mengambil alih - RM 392,216.58
Tunggakan sehingga hari ini - RM 207,166.63
2) 02.10.2014 - Berjaya menyelesaikan tunggakan syarikat pembersihan melalui pembayaran tunggakan.
Tunggakan sebelum mengambil alih - RM 32,520.00
Tunggakan sehingga hari ini - RM15,000.003) 09.10.2014 - Berjaya menyelesaikan tunggakan syarikat penyelengaraan Lif melalui pembayaran tunggakan.
Tunggakan sebelum mengambil alih - RM 26,100.00
Tunggakan sehingga hari ini - RM 14,000.004) 12.11.2014 - Berjaya menyelesaikan tunggakan Cukai Tanah 2013 dan 2014, Pejabat Tanah dan Galian - RM 47,921.20
Tiada tunggakan untuk Cukai Tanah bagi tahun berakhir 2014
5) 25.11.2014 - Berjaya menyelesaikan tunggakan syarikat pengawal keselamatan melalui pembayaran ansuran.
Tunggakan sebelum mengambil alih - RM 145,485.00
Tunggakan sehingga hari ini - RM 89,000.00
6) 16.01.2015 - Tunggakan Wang Penyelenggaraan penghuni berjumlah RM 813,252.43 dapat dikurangkan jumlah tunggakannya sehingga dalam purata RM 600,000.00 ke RM 640,000.00 sebulan.
7) Jika dikaji daripada carta dibawah jumlah tunggakan yang sedia ada sehingga 22.09.2015, penghuni di Bayu Villa masih mempunyai tunggakan sebanyak RM 629,220.39
8) 19.01.2015 - Kisah sebenar dipaparkan mengenai puncanya berlaku dan kenapa tunggakan yang sedia ada (TNB) melambung kepada RM 484,149.29
9) 29.01.2015 - Berjaya menyelesaikan isu tunggakan TNB melalui pembayaran ansuran.
Tunggakan sebelum mengambil alih - RM 484,149.29
Tunggakan sehingga hari ini (anggaran) - RM 270,000.00
10) 15.02.2015 - Walaupun berupaya menjelaskan begitu banyak tunggakan dalam masa 6 bulan tetapi mengikut rekod yang tertera menunjukkan tunggakan kepada pemuitang masih mempunyai RM 934,573.88
Pada bulan Februari 2015 tunggakan kepada pemuitang berada pada RM 934,573.88
Sehingga hari ini tunggakan kepada pemuitang berada dalam anggaran RM 595,000.00
11) 14.05.2015 - Tunggakan Cukai Tanah tahun 2015 dijelaskan sepenuhnya RM 41,978.00
12) 28.06.2015 - Berjaya menjelaskan saman mahkamah daripada TNB sebanyak RM 7,937.49
Ini merupakan hasil ringkasan kerja kerja yang telah dilakukan oleh pengurusan baru JMB Bayu Villa sepanjang setahun mengambil alih.
Banyak lagi perkara perkara akan dipaparkan sepanjang perjalanan ini. Pihak pengurusan akan berusaha sedaya upaya menaikan Pengsapuri Bayu Villa supaya ianya menjadi tempat yang lebih menarik serta cantik.
No comments:
Post a Comment