Monday, September 14, 2015

Kolam Renang Dalam Proses Penyelarasan. Kemungkinan Siap Sepenuhnya Dalam Sebulan.


Kolam renang sedang diisi air untuk persediaan menjalankan kerja penyelarasan supaya dapat memastikan bahawa kolam renang tersebut dapat berfungsi dengan sebaik yang mungkin.


Kontraktor yang baru telah dilantik untuk menjalankan kerja kerja pemulihan supaya ianya dapat berfungsi seperti sedia kala. Diharap dalam masa tiga minggu ini segala proses penyelerasan dapat disiapkan.


Pihak pengurusan juga akan mengadakan pengawalan yang ketat pada masa hadapan bagi memastikan penggunaan kolam renang tersebut akan melalui peraturan yang ditetapkan.

Berkemungkinan besar seorang pengawal keselamatan akan dilantik untuk menjaga kolam renang tersebut dan penggunaan kad penghuni juga akan dilaksanakan bagi memastikan tiada orang luar yang menggunakannya.


No comments:

Post a Comment