Semalam lapuran polis terpaksa dibuat setelah salah seorang penghuni yang tinggal di Blok D bertindak ingin memukul pengawal keselamatan (Ah Pek) kerana tayar kereta beliau dikunci.
Encik Kwan Kian Shon hampir dipukul atau ditumbuk oleh seorang penghuni yang telah melakukan kesalahan meletakan keretanya sesuka hati. Tayar keretanya dikunci pada tengah malam hari Ahad.
Penghuni tersebut telah beberapa kali diberi amaran supaya jangan sesuka hati meletakkan kenderaan dan menghalang secara rambang sehinggakan terdapat seorang pengawal keselamatan iaitu Encik Hamid pernah menegurnya tetapi diberi amaran supaya jangan menyibuk.
Pada hari Ahad penghuni tersebut meletakan keretanya dan menghalang petak sewa meletak kereta penghuni. Beliau telah diberitahu supaya jangan meletakannya disitu.
Penghuni tersebut meninggalkan nombor talifonnya dan berjanji akan mengalihkannya jika ingin mengalihkan keretanya. Tetapi apabila terdapat seorang penghuni yang pulang dan ingin menggunakan tempat pakirnya, pengawal keselamatan memanggil tuan punya kereta tersebut beberapa kali tetapi tidak dijawab.
Oleh itu kerja mengunci tayarnya terpaksa dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pengawal keselamatan yang bertugas pada waktu malam.
Pada hari keesokkannya penghuni tersebut begitu marah sehingga membuat bising dengan pengawal keselamatan (Encik Kwan - Ah Pek) sehingga tercetus hendak memukul pengawal keselamatan.
Encik Kwan demi menjaga keselamatannya terus membuat lapuran polis apabila beliau terasa dirinya diancam.
Kereta yang dikunci tersebut tidak dibuka dan dibiarkan begitu sahaja kerana tidak membayar denda penguncian.
Pada sebelah petang penghuni tersebut datang menyuruh pengawal keselamatan membuka kunci tersebut tetapi beliau tidak mahu membayarnya. Beliau mengatakan beliau tidak mempunyai wang.
Oleh kerana bayaran denda tidak dibayar oleh penghuni tersebut, pihak pengawal keselamatan tidak membuka kunci tayarnya.
Pihak pengawal keselamatan ada meminta nasihat daripada pihak pengurusan dan bertegas selagi tidak membayar denda tersebut - "Jangan Buka."
Gambar dibawah ialah penghuni tersebut.
Tanpa memperdulikan mengenai denda tersebut, penghuni tersebut terus memecahkan pengunci tayar tersebut.
Oleh kerana pengunci tayar tersebut telah dipecah, pihak pengawal keselamatan terpaksa pergi sekali lagi ke balai polis membuat lapuran polis terhadap penghuni yang memecahkan pengunci tayar.
Inilah kerja kerja merbahaya yang harus dilalui oleh pengawal keselamatan yang telah bertungkus lumus cuba menjaga sebaik yang mungkin tempat Bayu Villa tetapi disebabkan oleh perangai setengah tengah penghuni, keadaan seperti ini boleh mengakibatkan ancaman keselamatan terhadap pengawal keselamatan.
Diharap semua penghuni yang tinggal didalam agar memberi kerjasama yang terbaik kepada pengawal keselamatan. Mereka cuma menjalankan tugas mereka masing masing dan ingin mencari nafkah pencarian dan berharap dapat menjaga Bayu Villa sebaik yang mungkin.
Perkhidmatan kawalan keselamatan Bayu Villa bukanlah yang terbaik tetapi bukan yang terburuk juga. Banyak aduan diterima dari penghuni yang tidak puas hati akan perkhidmatan pengawal keselamatan sehinggakan ada di antara mereka mengatakan pengawal keselamatan disini tidak tahu senyum atau bersopan santun.
Ada pula yang ingin kami mengambil perkhidmatan pengawal keselamatan daripada luar. Adakah dengan mengambil perkhidmatan pengawal keselamatan dari luar dapat menjamin mutu perkhidmatan yang terbaik?
Your guard is lazy...admit it especially that apek...pls change him as he only sit at his desk as seem like mkn gaji buta..
ReplyDelete