Baru baru ini terdapat banyak komen yang dikemukan di dalam "Aplikasi Laman Facebook" Bayu Villa Apartment Klang. Di antara perbincangan yang dikemukan banyak menyentuh tentang masalah isu pengawal keselamatan dan termasuk isu kenaikan wang penyelenggaraan.
Isu kenaikan wang penyelenggaraan ini bagaikan satu malapetaka bagi penghuni penghuni di Bayu Villa tetapi hakikatnya ianya membawa lebih kebaikan dari membawa keburukan. Ramai penghuni yang tidak tahu menilai keadaan ekonomi yang telah berubah dari masa ke semasa sehingga kos kehidupan setiap individu di negara ini bertambah dari setahun ke setahun.
Semenjak pengurusan baru mengambil alih pada bulan September 2014 sehingga sekarang, Bayu Villa pernah beberapa kali menghadapi sedikit sebanyak masalah kewangan tetapi kali ini kemungkinan masalah kewangan yang lebih besar menanti kita memandangkan JMB Bayu Villa menghadapi perbelanjaan defisit dari sebulan ke sebulan.
Isu tunggakan yang tidak habis habis dan beratus ribu daripada hampir segolongan penghuni telah mengakibatkan aliran kewangan Bayu Villa sentiasa berada dalam keadaan yang tidak stabil.
Di bawah adalah artikel yang pernah disiarkan pada tahun lepas pada 27hb April 2015 yang mungkin sedikit sebanyak dapat menerangkan isu kenapa harus ada kenaikan kos wang penyelenggaraan.
Di bawah adalah artikel yang pernah disiarkan pada tahun lepas pada 27hb April 2015 yang mungkin sedikit sebanyak dapat menerangkan isu kenapa harus ada kenaikan kos wang penyelenggaraan.
............................................................................................................
Artikel Yang Disiarkan Pada 27hb April 2015
Isu Berhubung Kenaikan Kos Penyelengaraan dan Impak GST 6 Peratus.
http://bayuvillaapartment.blogspot.my/2015/04/isu-berhubung-kenaikan-kos.html
Kepada Penghuni Penghuni Bayu Villa Yang Dihormati,
Kebelakangan ini terdapat isu isu yang merunsingkan pemikiran setengah pihak terutama kepada penghuni yang tinggal di dalam Bayu Villa. Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa merasakan perkembangan sedemikian amatlah tidak sihat dan ianya akan menyebabkan proses pemulihan ke atas Bayu Villa akan terbantut jika perkara ini dibiarkan berlarutan.
Dalam situasi kehidupan yang dikerumuni oleh belenggu kerisauan akibat implementasi Caj GST sebanyak 6 peratus, ramai yang merasakan tekanan keatasnya terutama kepada bagi mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.
1) Pada bulan April 2015, Badan Prengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa telah menaikan kadar wang penyelenggaraan sebanyak 10 peratus bagi setiap unit bagi menampung kadar kos kenaikan penyelengaraan yang semakin tinggi dari masa ke semasa. Jika kita masih ingat pada tahun 2006 caj wang penyelenggaraan pada ketika itu ialah RM110.00 sebulan tetapi akibat daripada desakan penghuni ianya diturunkan kepada RM100.00 sebulan.
2) Secara amnya jika kita menganalisanya secara mendalam semenjak 2006 sehingga 2015, adakah jumlah ini cukup untuk menampung segala perbelanjaan yang harus dilalui oleh JMB Bayu Villa? Isu berhubung kenaikan ini telah lama diperbincangkan semasa Encik Lee menjadi pengerusi JMB Bayu Villa pada ketika itu (JMB Bayu Villa yang tidak sah) sebelum pengurusan JMB Bayu Villa yang baru mengambil alih pada bulan Oktober 2013.
3) Pada waktu yang sama pihak pengurusan penyelenggaraan yang lama Bayu Villa Management Corporation Sdn Bhd (BVMC) tidak cukup kuat dan tegas dalam mengatasi segala masalah yang timbul. Walaupun mereka bertindak sebagai ajen yang menerima wang penyelenggaraan, mereka menjalankan tugas mereka sebagai sebuah syarikat pengurusan yang langsung tidak mempunyai pendirian yang betul dalam menguruskan Bayu Villa kerana mempunyai sepasukan pengurusan yang amat teruk apabila menjalankan kewajipan mereka (tetapi tidaklah seteruk pengurusan JMB Bayu Villa (2013) yang baru mengambil alih, bah kata pepatah "Siapa yang makan cili, dia yang terasa pedas")
4) Perkara yang sama juga berlaku apabila JMB Bayu Villa (2013) yang baru ditubuhkan telah mengewakan kebanyakan penduduk dan penghuni yang mengharapkan merekalah yang akan menyelamatkan Bayu Villa tetapi ianya tidak berlaku seperti yang dikehendaki bah kata pepatah "Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi".
Kejadian ini berlaku akibat terdapat segelintir penghuni yang tamakkan kedudukan, mengejar kemasyhuran dan menjaga kepentingan diri sendiri dan kawan masing masing sehingga pengurusan mereka cuma dapat bertahan selama 4 bulan.
Puncanya hari ini Bayu Villa berada dalam keadaan sedemikian disebabkan oleh tunggakan atau dalam erti kata lain "HUTANG"
Yang menyokong mereka pada ketika itu merupakan penghuni yang mempunyai tunggakan beribu ringgit terhadap pengurusan. Bah kata pepatah "Melentur buluh biar daripada rebungnya". Dalam erti kata lain jika kita ingin mempunyai pengurusan yang baik, orang yang mengundi serta membuat pemilihan seharusnya datang daripada pihak yang layak mengundi mengikut undang undang, barulah dapat memilih pengurusan yang baik.
Bukan setakat itu sahaja, sebelum JMB Bayu Villa (2013) mengambil alih daripada pengurusan Bayu Villa Management Corporation (BVMC), Bayu Villa masih lagi berada dalam keadaan sihat tetapi apabila pengurusan lama telah tumbang (BVMC), Bayu Villa mulai menghadapi sakit tenat yang begitu teruk sekali seakan terkena sejenis virus sehingga terpaksa dihantar ke ICU (insentive care unit) dan terpaksa bergantung kepada oksigen yang sedia ada untuk hidup beberapa bulan lagi.
Ini disebabkan segelintir ahli jawatankuasanya mempunyai tunggakan beribu ringgit. Jika keadaan sedemikian yang berlaku bagaimana hendak menetapkan hala tujuan Bayu Villa sedangkan segelintir ahli jawatankuasanya pun tidak betul!
5) Perkara ini berubah apabila Ahli Jawatankuasa Bersama (JMC) Bayu Villa yang baru ditubuhkan pada bulan September 2014. Di situ kita dapat lihat bagaimana Bayu Villa mengharungi segala rintangan dari masa ke semasa sehingga hari ini dan kedudukan kewangan dan keupayaan mereka merentasi lautan ombak yang bergelora sehingga dapat berdiri teguh sehingga kini.
Dengan sokongan padu segelintir penduduk pada saat genting (pemotongan bekalan air) Bayu Villa sekarang jauh lebih baik daripada tahun lepas kerana mempunyai sekumpulan Badan Pengurusan Bersama yang kuat dan berdedikasi.
6) Isu kenaikan 10 peratus wang penyelenggaraan pada bulan April 2015 tahun ini dan 10 peratus lagi pada bulan April 2016 tahun depan bertujuan untuk menyelamatkan Bayu Villa daripada masalah beroperasi dalam keadaan defisit.
Kami di dalam pengurusan JMB Bayu Villa terutama sebagai salah seorang pemilik juga tidak menyukai kadar kenaikan ini tetapi apabila kami duduk semeja dan berbincang mengenai masa depan dan hala tujuan Bayu Villa, kadar kenaikan ini perlu untuk Bayu Villa terus maju kehadapan.
Kami JMB Bayu Villa dipilih oleh segelintir penghuni yang layak mengundi (sekurang kurangnya 70 penghuni) serta memberi kepercayaan untuk menjalankan tanggung jawab memastikan Bayu Villa dapat berdiri teguh dan menetapkan hal tujuannya. Isu kenaikan ini juga ada mendapat tentangan daripada beberapa pihak semasa Mesyuarat Agung Luarbiasa (EGM) diadakan pada 15hb Mac 2015, tetapi penjelasan telah diberikan bahawa kenaikan ini akan menyelamatkan status Bayu Villa.
7) Isu kenaikan ini tidak akan menguntungkan mana mana pihak mahupun kepada mana mana individu yang terlibat. Ianya cuma dapat membantu Bayu Villa sahaja. Jika dinilai dan dikira semula jumlah yang sepatutnya cukup untuk menjadikan Bayu Villa berada dalam keadaan yang selesa iaitu kenaikan wang penyelengaraan sebanyak 40 peratus ke 50 peratus. Jumlah ini merupakan jumlah yang benar benar dapat memberi perkhidmatan yang sepatutnya diterima oleh penghuni. Jadi kenaikan yang munasabah cuma 20 peratus.
Sepanjang 10 tahun Bayu Villa bertahan, dengan kadar RM100 sebulan, Bayu Villa masih dapat mengharungi setiap rintangan tetapi mempunyai tunggakan berjuta ringgit termasuk tunggakan daripada penghuni juga berjuta ringgit atau lebih dekat lagi perkataan "HUTANG"
Keadaan ini jika tiada tindakan susulan diambil ianya akan mengakibatkan Bayu Villa menghadapi suatu situasi dimana kemungkinan kerajaan tempatan akan mengambil alih pengurusan jika pengurusan JMB yang sedia ada gagal memainkan peranan mereka dalam mengurus serta menetapkan apa yang terbaik untuk Bayu Villa.
8) Bayu Villa hari ini masih lagi berada pada tahap dan layak dipanggil sebagai "Pangsapuri Bayu Villa" atau Bayu Villa Apartment (medium cost apartment). Janganlah bila suatu hari nanti dipanggil sebagai "Flat Bayu Villa" akibat tindakan beberapa pihak yang langsung tidak memikirkan "IMPAK" jangka masa panjang terhadap Bayu Villa.
Sesiapa yang tinggal di negara Malaysia tidak sukakan kenaikan termasuk kami ahli jawatankuasa di JMB Bayu Villa tetapi jika kenaikan ini membawa kebaikan bersama, kita sepatutnya arif dan wajar menyokong usul kenaikan ini untuk kebaikan semua pihak.
Bagi mereka yang mempunyai perniagaan adakah kenaikan kos pembelian harga barangan, anda tetap tidak akan menaikan harga jualan anda? Contohnya dahulu mee goreng dijual RM4.50 sepinggan sekarang sudah naik RM5.00 sepinggan semenjak GST dilaksanakan. Adakah kita masih masak mee segera (maggi mee) dirumah?
Jangan pulak ada yang menandatangani program bantahan kenaikan maintanence fees (yang berniaga) tidak menaikan barangan mereka kerana terlalu prihatin dengan kesengsaraan kehidupan rakyat atau pelanggannya.
9) Jika nak salah, salahkan pihak kerajaan yang bersungguh sungguh memperkenalkan sistem GST. Salahkan ekonomi negara yang semakin meningkat tetapi jangan salahkan Bayu Villa yang menjadi mangsa akibat peningkatan kos sara hidup dan penduduk negara yang dapat merasai, menikmati peningkatan ekonomi negara secara amnya dan mempunyai nilai kehidupan yang lebih baik.
Sepatutnya kita wajar memikirkan bagaimana hendak mencari sumber pendapatan yang lebih bagi menampung kos kehidupan yang semakin meningkat. Bukan menyalahi sesiapa keatas kos kehidupan yang sedia ada. Kita seharusnya menerima apa yang sedia ada di dalam kehidupan kita kerana GST adalah sesuatu implementasi oleh pihak kerajaan yang tidak akan berubah selama lamanya.
Bersedia untuk berubah? Atau nak "Ubahkan" kerajaan yang sedia ada. Tunggu pilihan raya, tak lama lagi.
Persediaan Mengharungi Anggaran Perbelanjaan Yang Akan Datang
a) Caj GST sebanyak 6 peratus yang dikenakan oleh pihak kerajaan termasuk TNB, Syabas dan sebagainya.
b) Kadar air mungkin akan dinaikan lagi.
c) Gaji siling pekerja tempatan dan asing akan dinaikan lagi - Gaji minima RM1,000.00 ke RM 1,200.00
d) Kos barangan naik sebanyak 10 peratus akibat implementasi Caj GST 6 peratus oleh kerajaan persekutuan.
e) Caj perkhidmatan syarikat penyelenggaran akan naik selepas 2 tahun.
f) Caj perkhidmatan syarikat pembersihan akan naik untuk menampung kos kenaikan barangan serta gaji pekerja.
g) Proses penukaran paip air dalaman yang sedia ada untuk menampung seruan SPAN menukar kepada meter individu - RM30,000.00 - RM50,000.00
h) Proses memperbaiki lif lif yang sedia ada serta rosak - RM95,000.00
i) Proses menaikkan 2 kolam renang yang sedia ada - RM80,000.00
j) Pembaikian tangki tangki air besar di setiap bangunan A,B,C,D dan E - RM50,000.00 ke RM80,000.00
k) Kos kenaikan gaji perkhidmatan pengawal keselamatan dan penambahan pengawal keselamatan.
l) Tunggakan wang penyelenggaran daripada penghuni tidak mungkin dapat dikutip habis sepanjang proses pengurusan mengutip tunggakan. Dijangka RM350,000.00 - RM400,000.00 merupakan tunggakan yang susah dikutip.
Banyak lagi perbelanjaan yang mungkin tak terkira di dalam proses pemulihan yang sedang dijalankan di dalam Bayu Villa.
Perbelanjaan :
1) Syarikat Penyelenggaraan : RM 5,300.00
2) Gaji Pekerja Pengurusan : RM 12,000.00
3) Penyelenggaran Pembersihan : RM 8,500.00
4) Pengawal Keselamatan : RM 16,800.00
5) Penyelenggaraan Lif : RM 4,800.00
6) Perbelanjaan Elektrik : RM 13,000.00
7) Perbelanjaan Pengunaan Air : RM 8,000.00
8) Kos Penyelenggaran Sampingan : RM 15,000.00
Anggaran perbelanjaan : RM 83,400.00
Proses pembayaran tunggakan yang akan mengambil masa selama 2 tahun ke 3 tahun untuk dijelaskan.
Tidak termasuk tunggakan yang lama yang perlu dibayar setiap bulan.
1) Tenaga Nasional Berhad : RM 17,000.00
2) Syabas : RM 10,000.00
3) Reeliance Security Services : RM 5,000.00
4) TS Sun Shine Cleaning Service : RM 2,000
5) Shinyou Elevators Mfg Sdn Bhd : RM 2,000.00
Perbelanjaan tetap setiap bulan : RM 36,000.00
WHAT CAN WE DO WITH ALL THOSE BAD PAYMASTER ? CAN WE CHASE THEM OUT ?
ReplyDeleteThose Bad Paymaster names are being submitted to the lawyer to handle. Now in the process. Still got many names in the process to be given to the lawyer.
ReplyDelete