Wednesday, June 22, 2016

Tunggakan Kepada Pengawal Keselamatan Hanya Tinggal RM59,000.00. Krisis Kewangan Bermula Lagi.



Masih ingat lagi tak tunggakan sebanyak RM139,665.60 yang diwujudkan oleh pengurusan lama? Sehingga kini pembayaran tunggakannya masih belum dijelaskan sepenuhnya walaupun setiap bulan pengurusan membayar RM5,000.00 setiap bulan kepada pihak syarikat pengawal keselamatan yang dahulu.

Rujuk kepada link dibawah



Mengikut rekod yang terbaru, tunggakan sehingga hari ini cuma tinggal RM59,000.00. Mulai bulan ini pembayaran ansuran tunggakan ini terpaksa ditangguhkan atau mungkin dikurangkan memandangkan Bayu Villa sedang menghadapi krisis kewangan pada bulan ini. Krisis kewangan kali ini berlaku kerana tahap penerimaan wang penyelenggaraan yang jatuh mendadak dan berkurangan semenjak 3 minggu yang lepas. 

Pembayaran yang terakhir yang diberikan kepada syarikat tersebut adalah pada bulan April 2016 sebanyak RM5,000.00. Pada waktu itu (tahun 2014) caj yang dikenakan oleh syarikat pengawal keselamatan adalah berjumlah RM29,097.00 sebulan. 



Keadaan kewangan sekarang tidak mengizinkan lagi pembayaran tunggakan lama dijalankan kerana masih lagi terdapat banyak bil bil yang belum dijelaskan terutama bil TNB dan bil Syabas.

Seperti yang pernah dinyatakan oleh Pengurusan JMB Bayu Villa, apa diterima dari wang penyelenggaraan pada setiap bulan sebenarnya tidak mencukupi untuk menjalankan aktiviti yang sepatutnya kerana keseluruhannya pihak pengurusan mengalami perbelanjaan defisit pada tahun lepas (2015) dan tahun ini juga akan menghadapi masalah yang sama.

No comments:

Post a Comment