Wednesday, May 2, 2018

Akuan Beraudit 2015 Dan 2016. Salah Siapa? Puncanya Dari Mana?

Berhubung dengan penyiapan Lapuran Akaun Beraudit 2015 dan 2016. Sehingga kini kami ingin menyatakan bahawa kedua-dua akaun telah pun siap diaudit dan ianya diaudit oleh firma yang bertauliah. Penyiapan akaun ini tidak mudah kerana terpaksa melalui berbagai halangan, tomahan, andaian, fitnah yang tak habis habis, siasatan  dan sebagainya.



Jika dikaji dengan lebih mendalam, kesemua Lapuran Akaun tersebut telah ditanda tangani oleh kesemua ahli jawatan kuasa iaitu Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.

Persoalannya sekarang kenapa Lapuran Audit tersebut telah ditanda-tangani oleh Pengerusi dan Setiausaha? Ini menunjukkan bahawa Lapuaran Akaun Tahunan Beraudit tidak mempunyai sebarang masalah yang boleh dikaitkan dengan penyelewengan seperti yang didakwa atau dilapurkan.



Biar kami terangkan disini. Sehingga kini tiada sebarang wang  selenggara yang diselewengkan oleh Ahli Jawatan Kuasa Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa (2014 - 2018) melalui pemerhatian kami. Cuma JMB Bayu Villa sekarang tidak mempunyai ahli jawatankuasa yang Kukuh, Bersatu serta Kuat semenjak Bendahari meletakkan jawatan pada bulan April 2017. 

Kami masih percaya Pengerusi yang ada sekarang langsung tidak menyelewengkan sebarang wang selenggara mahupun oleh pihak pengurusan seperti yang didakwa. Pengerusi merupakan seorang yang tidak tamak tetapi telah menyalahgunakan kuasa sebagai Pengerusi dalam melaksanakan tanggung jawab memastikan segala urusan perbelanjaan harus kena pada tempatnya.

Sejak bulan Mei 2017 tahun lepas segala urusan ataupun usul cadangan  yang dibuat hanyalah Pengerusi seorang saja yang meluluskannya dan segala keputusan tidak melalui minit mesyuarat dengan setiap ahli jawatan kuasa (JMC) yang harus diadakan pada setiap bulan. Melalui Akta 757, Minit Mesyuarat harus diadakan pada setiap bulan bagi membincang dan mendapatkan persetujuan dari semua ahli jawatan kuasa tetapi seorang demi seorang AJK telah meninggalkan JMB. 

Semenjak bulan Ogos 2016, mesyuarat bulanan JMB telah jarang diadakan. Minit mesyuarat bulanan seharusnya diurus dan ditetapkan oleh Pengerusi walaupun kemungkinan terdapat tiada kehadiran AJK pada ketika itu.



Semasa Encik Lee meletakkan jawatan beliau langsung tidak diberi kesempatan atau peluang untuk membela dirinya mengenai status akaun di dalam Bayu Villa. Ramai yang menyalahkan Encik Lee telah menyelewengkan wang selenggara kerana mempercayai kata kata Pengerusi sehinggakan bekas Pengurus Bangunan juga mempercayai kata kata Pengerusi. 

Sehingga kini kesemua Lapuran Akaun 2015 dan 2016 telah siap diaudit. Jika terdapat sebarang masalah kenapa ianya masih dapat diaudit kesemua akaun tersebut? Kami begitu hairan sehingga kini masih terdapat sebilangan penghuni yang masih mempercayai akaun tersebut dengan segajanya telah diubah untuk menutup segala kesalahan penyelewengan yang mungkin berlaku.

Persoalannya sekarang ramai yang mungkin tertanya tanya kenapa akaun akaun tersebut mengambil masa yang begitu lama untuk disiapkan.

Penyiapan Lapuran Tahunan 2015 mengambil masa kerana terdapat salah faham yang berlaku di dalam pengurusan.

Bedah Siasat Kenapa Lapuran Akaun Tahunan 2015 Tidak Sempat Diaudit Sebelum AGM


1) Penyediaan akaun pengurusan (management akaun) yang lambat (siap pada bulan Oktober 2016 tetapi tidak jelas)
2) Perlantikan Firma Perakuanan yang tidak betul dan melantik semula Firma Perakaunan Baru.

Why The Old Audited Firm Been Removed?


3) Ketidak kepercayaan Pengerusi terhadap Firma Perakaunan Baru yang dilantik.
4) Keengganan membuat bayaran kepada Firma Perakaunan Baru oleh Pengerusi setelah akaun telah siap diaudit. (Fail fail kena sangkut)
5) Pengerusi tidak percaya kewibawaan Bendahari. Melontar segala tomahan.
6)   Melantik semula Firma Perakaunan yang baru.
7) Akaun dapat disiapkan pada bulan Oktober 2017 (arahan daripada mahkamah)

Penyiapan Lapuran Tahunan 2016 mengambil masa kerana terdapat isu berhubung dengan isu Wang Cagaran Syabas.

1) Menunggu Lapuran Tahunan 2015 yang diaudit sebelum meneruskan penyediaan Akaun Pengurusan 2016.
2) Terdapat isu berhubung dengan Wang Cagaran Syabas yang tidak tepat. Pihak pengurusan menjalankan siasatan dan mengambil masa beberapa bulan. Wang selenggara tidak menghadapi sebarang masalah.
3) Mendapatkan maklumat terperinci pada setiap tranksasi berhubung isu migrasi dan bayaran kepada kontraktor.
4) Terdapat sejumlah wang pembayaran (RM15,900.00) dari akaun 2015 yang tidak dapat dikesan dan siasatan dibuat (akaun dari bulan Mac 2015 sehingga bulan Disember 2015) 
5) Lapuran Polis terpaksa dilakukan.
6) Lapuran Kewangan 2016 yang diaudit telah disiapkan pada bulan April 2018.

Penyediaan Lapuran Tahunan berakhir 2017 yang Beraudit dilaksanakan selepas kesemua ahli jawatan kuasa menandatangani Lapuran Tahunan 2016 Akaun Beraudit.

Disini kita dapat menilai sejauh mana pemikiran segelintir penghuni yang masih lagi suka membuat fitnah dan tomahan yang bukan bukan. Lapuran kewangan telah pun siap diaudit dan lapuran tersebut boleh diguna pakai jika ada sesiapa yang berminat ingin mnggunakannya membuat Lapuran Polis ataupun SPRM.

Semasa Bendahari mengambil alih pengursan JMB Bayu Villa pada 20hb September 2014, JMB Bayu Villa mempunyai tunggakan sebanyak 

RM 1,135,850.42 juta.

1) Kisah Sebenar Kenapa Hutang Kepada Syabas Mencapai RM 392,216.58








8) Genap Setahun JMB Mengambil Alih. Bagaimana Pencapaiannya???


Hari ini berapakah jumlah tunggakan Bayu Villa kepada orang luar yang sedia ada sehingga kini? Rata rata dalam pengiraan kami berada dalam anggaran RM 200,000.00 ke bawah. 

Soalan seterusnya kita kena kaji balik jika hendak menjelaskan tunggakan yang sebegini banyak iaitu dalam masa 3 tahun tunggakan Bayu Villa dapat dijelaskan sebanyak RM800,000.00, berapakah agaknya jumlah wang selenggara yang mungkin dapat diselewengkan? 

Tepuk Dada Tanya Selera.

Manusia sekarang cepat lupa. Mereka lebih suka mendengar segala fitnah dan tomahan dari mencari cerita yang sebenar.