Wednesday, November 12, 2014

Cukai Tanah 2013 Dan 2014 Telah Dijelaskan Pembayarannya - RM 47,921.20

Kebelakangan ini isu Cukai Tanah yang telah melanda Bayu Villa telah menyebabkan ramai pemilik serta penghuni tidak dapat menyelesaikan masalah dengan pihak peguam mahupun pihak bank. Boleh dikatakan tiap tiap hari Pengerusi dan Bendahari menerima panggilan talipon bertanyakan status Cukai Tanah.

Seperti yang tertera di dalam blog yang lepas pada 01.11.2014, (http://bayuvillaapartment.blogspot.com/2014/11/pejabat-tanah-dan-galian-sudah-jatuh.html) isu tunggakan pembayaran Cukai Tanah merupakan sesuatu yang amat penting dalam memastikan segala urusan seperti penukaran nama, penyelesaian pembelian/penjualan rumah, pinjaman semula (refinancing) dapat dijalankan.

Baca link ini juga untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kisah benar (http://bayuvillaapartment.blogspot.com/2014/11/kenapa-masih-terdapat-tunggakan-cukai.html)

Memandangkan isu ini terlalu penting, Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa telah mengambil langkah yang sewajarnya untuk membantu dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka yang tidak bersalah.



Ada di antara mereka terpaksa membayar denda bunga lewat (late penalty interest) yang dikenakan oleh pihak bank, ada juga yang terpaksa membayar sewa rumah kerana melebihi tempoh, ada pula terpaksa meminjam wang daripada Ah Long untuk menyelesaikan masalah hutang kerana tidak mendapat pinjaman, ada setengah yang memerlukan wang untuk mendapatkan perubatan, ada di antara mereka meminjam wang daripada saudara mara atau kawan kawan untuk menyelesaikan masalah pinjaman bank, ada di antara mereka membatalkan perjanjian jual beli kerana tidak boleh menukar nama dan sebagainya. 

Kes seperti penukaran nama, penyelesaian pembelian/penjualan rumah, pinjaman semula (refinancing) haruslah diselesaikan secepat yang mungkin supaya mereka mempunyai kehidupan yang lebih aman dan tenteram.



Setelah berbincang dan mendapat persetujuan dengan Pengerusi JMB Bayu Villa Cik Sri Sharmini, Bendahari Bayu Villa Encik Lee terus pergi ke Pejabat Tanah untuk menyelesaikan tunggakan Cukai Tanah sebanyak RM 41,978.00 untuk tahun berakhir 2014.

Pada permulaan Encik Lee bertanyakan kepada pegawai yang bertugas adakah resit dan surat perlepasan akan diberikan selepas menjelaskan tunggakan Cukai Tanah 2014? Pegawai itu menjawab surat perlepasan cuma akan diberikan selepas Cukai Tanah 2013 dan 2014 dijelaskan sepenuhnya.



Encik Lee menerangkan kepada pegawai tersebut bahawa cuma terdapat sekeping cek sahaja yang tinggal bertarikh 15.12.2014 berjumlah RM 5,943.20 dan sebelum ini 9 keping cek telah lepas untuk pembayaran tunggakan Cukai Tanah 2013 dan diharap boleh diberi pengecualian tetapi permohonan ditolak.

Tetapi pegawai tersebut menegaskan surat perlepasan tidak akan diberikan jika masih terdapat tunggakan tersebut. Beliau mencadangakan agar Encik Lee datang kembali membuat bayaran tunggakan Cukai Tanah 2014 bersama dengan cek yang bertarikh 15.12.2014 (RM 5,943.20).

Oleh kerana tempoh pembayaran tunggakan pada tarikh 15.12.2014 (cuma tinggal 15 hari sebelum tahun baru 2015) tidak dapat menyelesaikan masalah yang sedia ada, Encik Lee membuat keputusan drastik membayar penuh RM 5,943.20 (menggunakan wang peribadinya) pada hari itu juga bagi memberi laluan dan masa (sebulan setengah) untuk sesiapa yang ingin menyelesaikan masalah masing masing dengan secepat yang mungkin.


Oleh kerana pembayaran Cukai Tanah 2013 cuma tinggal sekeping cek berjumlah RM 5,943.20 yang telah dijelaskan, cek itu dipulangkan kepada Encik Lee (cek itu mempunyai 3 tandatangan daripada bekas Ahli Jawatankuasa JMB yang lama iaitu Pengerusi, Setiausaha serta Bendahari).

Memandangkan JMB Bayu Villa telah menjelaskan sejumlah RM 47,921.20, Bayu Villa cuma mempunyai tempoh selama sebulan setengah (12.11.2014 - 31.12.2014). Pegawai Pejabat Tanah telah memberi jaminan bahawa segala urusan berkenaan peguam dan bank akan diberi perlepasan sebelum 01.01.2015.  

Di harap semua penghuni atau pembaca blog ini menyeru sesiapa yang mempunyai masalah berhubung penukaran nama, penyelesaian pembelian/penjualan rumah, pinjaman semula (refinancing) segera menyeru peguam mereka atau panel bank mereka SEGERA melakukan segala atau sebarang transaksi yang perlu sebelum tarikh akhir 31.12.2014.

Talipon Pejabat Tanah: 03-33711963
Encik Abdul Razak (Ext 525)
Puan Mazwin (Ext 500)

Untuk mendapatkan resit salinan pembayaran, sila ke pejabat pengurusan.

JIKA TIDAK SIAP DALAM TEMPOH (sebulan setengah) SEHINGGA AKHIR 2014, SEBARANG TRANSAKSI UNTUK 2015 AKAN TERBANTUT LAGI JIKA JMB BAYU VILLA TIDAK BERUPAYA MENJELASKAN CUKAI TANAH UNTUK TAHUN 2015.



5 comments: