Thursday, October 2, 2014

Syarikat Perkhidmatan Pembersihan. Hutang Bayu Villa RM 32,520.00.

Pada hari Selasa yang lepas Syarikat Perkhidmatan Pembersihan - TS Sun Shine Cleaning Service telah datang berjumpa dengan Bendahari Bayu Villa Encik Lee untuk berbincang berkenaan hutang yang tertunggak.

Melalui perbincangan yang diadakan tunggakan Bayu Villa kepada syarikat perkhidmatan pembersihan tersebut ialah sebanyak RM 32,520.00. Difahamkan jumlah tertunggak itu bermula dari bulan Mei, Jun, Julai dan Ogos 2014.


Jika di kaji dan di nilai akan jumlah hutang dan tunggakan sebanyak RM32,520.00, sememangnya pihak syarikat yang memberi perkhidmatan ini tidak lagi mampu meneruskan kontrak yang sedia ada kerana mereka tidak berupaya membayar gaji pekerja mereka.

Melalui perbincangan tersebut Bendahari Bayu Villa tidak menafikan bahawa jumlah tertunggak itu akan di tanggung serta di bayar oleh Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa tetapi buat masa ini JMB Bayu Villa tidak mempunyai kewangan yang secukupnya untuk membayar kepada syarikat tersebut. Penerangan juga merangkumi mengenai EGM, COB Klang, "Sijil Perakuan", penggunaan akaun bank yang masih dibekukan, masalah Syabas dan sebagainya.

Oleh itu Encik Lee memohon kepada syarikat tersebut supaya memberi tempoh selama 2 minggu sehingga tarikh 15.10.2014 untuk memberi satu pelan rancangan bagaimana hendak membuat pembayaran ansuran balik setiap bulan serta menilai dan menganalisis keperluan syarikat perkhidmatan pembersihan di masa yang akan datang.


Syarikat perkhidmatan pembersihan bersetuju untuk memberi tempoh selama 2 minggu sebelum membuat keputusan dan langkah langkah yang seterusnya.

Untuk pengetahuan umum, semasa tiada syarikat perkhidmatan pembersihan, Pengerusi JMB Bayu Villa terpaksa mendapatkan perkhidmatan luar untuk memunggah sampah. Bayaran yang dikenakan pada ketika itu adalah RM70.00 sehari untuk seorang. Perkhidmatan pembuangan sampah itu cuma dapat dijalankan dua kali dalam seminggu. 

Oleh itu Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa memohon agar penduduk dan penghuni jangan membuang sampah di merata rata tempat terutama di bilik pembuangan sampah di setiap tingkat bangunan kerana buat masa ini JMB tidak mempunyai tenaga kerja yang cukup untuk menjalankan aktiviti pembersihan yang efektif.   

3 comments:

  1. trunjuklah penyataan akaun utk semakan pembayaran terakhir sampai terkini sejak kontrak diambil. Adekah kemungkinan bayaran telah dibayor tunai semasa Jmb lama.

    ReplyDelete
  2. bila nak tunjukan penyata yang masih hutang oleh penduduk??

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah tu, sejak tahun lalu januari sapa hari ni pon tak dpt kluar bil air ...bila tnya, komputor rosak , komputor jammed -
      cartridge tak ade ink, tak ade kertas ..apelah nie....

      Delete