Sunday, June 28, 2015

Saman Mahkamah Terhadap KLS Housing Sdn Bhd ? RM 7,937.49 Tunggakan Daripada JMB Bayu Villa !!!!!


Tak habis habis dengan kes saman mahkamah. 

Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa yang telah beroperasi semenjak bulan September 2014 sehingga bulan Jun 2015 (10 bulan), telah mengharungi pelbagai rintangan dan halangan. Segala ribut, ombak dan taufan telah dilaluinya dengan keperitan sebelum dapat menikmati kehidupan yang lebih tenteram serta keselesaan.



Jika dinilai dari tahap prestasi sehingga sekarang sememangnya segala halangan dan rintangan telah dilepasi. 

Dua minggu yang lepas pihak pengurusan JMB Bayu Villa terperanjat apabila menerima sepucuk surat saman mahkamah kepada pihak pengurusan kerana tidak membayar sejumlah tunggakan penggunaan elektrik yang digunakan oleh oleh pihak pengurusan JMB Bayu Villa yang lepas (Oktober 2013 sehingga Mac 2014)



Pada permulaan pihak pengurusan tidak tahu menahu tentang saman ini dan menganggapnya ianya adalah satu kesilapan tetapi setelah disiasat dengan terperinci saman ini adalah dikemukakan keatas pihak pengurusan JMB Bayu Villa.



Jumlah yang tertunggak ini adalah hasil dari penggunaan elektrik oleh JMB Bayu Villa yang LAMA kerana langsung tidak membuat sebarang bayaran penggunaan elektrik semasa beroperasi di pejabat.


Jumlah saman atau tuntutan sebanyak RM7,937.49 telah dituntut oleh Tenaga Nasional Berhad melalui saman mahkamah yang akan disampaikan pada 8hb Julai 2015, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur. 


Jumlah yang dituntut cuma merupakan jumlah tertunggak sahaja dan masih belum dikira jumlah perbelanjaan pihak guaman dan sebagainya. 

Beginilah keadaannya apabila kita terlalu mempercayai kata kata orang dan mengundi mereka menjadi ahli jawatankuasa serta memberi kepercayaan (kebanyakan daripada mereka mempunyai tunggakan yang besar di dalam wang penyelenggaraan) menguruskan Bayu Villa sehingga menyebabkan Bayu Villa mengalami kesengsaraan demi kesengsaraan.


Amanah serta wang penyelenggaraan kepunyaan penghuni penghuni di Bayu Villa yang telah diamanahkan kepada mereka telah disalah-gunakan sehinggakan kes penyelewengan berlaku.

Bukan begitu sahaja. Terdapat juga beberapa individu yang pandai bersandiwara dan pandai berkata kata sehinggakan ramai yang masih mempercayai kata kata mereka bahawa mereka tidak terlibat atau bersalah keatas kes penyelewengan yang berlaku.

"Siapa yang makan cili, dia yang terasa pedas"


For those who want to join our new Facebook *Bayu Villa Apartment Klang* click the link below. 

1 comment:

  1. Regardless the problem faced by the present JMB you are really doing things to UPGRADE BAYU VIllA. Please pull in the PREVIOUS JMB to answer all the MISDEEDS during their stint during their short term by CBT of the RESIDENTS MONEY.

    ReplyDelete