Majlis sambutan Tahun Baru Cina di Bayu Villa begitu meriah sekali dengan begitu ramai yang keluar menyambut kemeriahan ini.
Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bayu Villa kerana memberi sumbangan dalam menjayakan program ini.
Tidak lupa juga kepada ahli ahli Persatuan Penduduk Bayu Villa yang keluar beramai ramai meraikan bersama dengan penghuni di Bayu Villa.
Walaupun acara semalam bukanlah yang terbaik tetapi sekurang kurangnya ianya dapat menjalinkan hubungan sesama sendiri di kalangan penghuni yang hadir semalam.
Acara bunga api juga diadakan dengan nyanyian karaoke juga disediakan bagi memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina ini.
Hadiah 'Buah Tangan" (doorgift) juga disediakan bagi sesiapa saja yang menghadirinya yang berupa minuman yang paling berkhasiat yang disediakan oleh Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa dengan sedikit sebanyak sumbangan daripada Indera Management (KL) Services Sdn Bhd.
Di harap pada tahun hadapan, Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa akan mengaturkan acara yang lebih meriah lagi.
Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa bersama dengan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bayu Villa ingin memohon maaf keatas segala kekurangan yang mungkin berlaku semalam baik dari segi makanan, minuman, ketidak selesaan dan tempat duduk yang disediakan.
Walau bagaimana pun JMB Bayu Villa dengan kerjasama KRT Bayu Villa ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan acara sambutan Tahun Baru Cina ini.