Sunday, July 31, 2016

Installment Payment To TNB Only Left 6 Months.


For your information, the installment payment to TNB only left about 6 months. After the completion of the installment, JMB Bayu Villa will have more access to use their fund to fix lots of issue surrounding the place. There is still lots of things need to be done in order to retrieve Bayu Villa.

Till today we have paid to TNB around :

RM 305,572.69



Original Letter Application Letter For Installment Plan

Friday, July 29, 2016

Bekas Pengawal Keselamatan Yang Hampir Menemui Maut.


Masih ingat lagi tak bekas pengawal keselamatan yang telah berkhidmat di dalam Bayu Villa? Beliau merupakan salah seorang pengawal keselamatan yang telah memberi jasa.



Semasa dia berhenti kerja, dia tidak pernah bekerja di tempat lain. Setiap hari dia tinggal di dalam Bayu Villa. 




Keadaan kesihatannya jatuh mendadak sehingga beliau terpaksa dibawa ke hospital dan terpaksa tinggal di wad selama lebih kurang 2 bulan. Melalui pemantauan dari pihak hospital keadaan kesihatannya pulih sama sekali.




Kini beliau telah pulang ke India dan keadaan kesihatan semasa keluar dari wad jauh lebih baik dari dahulu.

Thursday, July 28, 2016

Contoh Pemasangan Paip Migrasi Di Blok D Telah Siap.


Kerja pemasangan contoh paip migrasi telah dilaksanakan. Kerja pemasangan dilakukan untuk mendapat kelulusan daripada pihak Syabas.






Contoh pemasangan paip ini telah dilakukan di Blok D dan melalui maklumat yang diterima daripada pihak kontraktor kerja pemasangan bagi unit yang telah membuat bayaran akan mula dilakukan pada bulan August.




Melalui informasi dari pihak pengurusan, sebanyak lebih kurang 80 unit telah pun membayar wang pemasangan paip. Oleh itu kerja pemasangan ini akan dilakukan dari masa ke semasa.




Bagi mereka yang masih belum membuat sebarang bayaran diharap cepat cepat pergi ke pejabat pengurusan membuat bayaran kerana kepada sesiapa yang tidak memohon boleh dikenakan tindakan mahkamah oleh pihak Syabas.



Tuesday, July 26, 2016

Kes Samam Seorang Lagi Bekas Pengawal Keselamatan.


Badan Pengurusan Bayu Villa beberapa hari yang lepas telah menerima sepucuk surat daripada Pejabat Buruh berhubung dengan aduan seorang lagi bekas pengawal keselamatan. Kes ini akan diperbincangkan pada 28.06.2016 (Khamis).


Monday, July 25, 2016

Perbincangan Bagaimana Menaikkan Taraf Mutu Kerja Pembersihan


Beberapa hari yang lalu perbincangan dengan pekerja pembersihan diadakan bagi mendapatkan pendapat masing masing bagaimana hendak menaikkan taraf mutu kerja di setiap blok.


Perbincangan ini juga membincangkan bagaimana hendak memastikan lantai sentiasa dapat dibersihkan kepada tahap yang memuaskan.


Pekerja pekerja juga ada memberi pendapat bagaimana dengan kerjasama kontraktor dapat meningkatkan dan memberi prihatin terhadap kebajikan mereka yang telah bekerja lama.


Di akhir perbincangan pihak pengurusan akan cuba memberi seberapa banyak pertolongan dan kerjasama yang boleh dalam menangani isu isu semasa berkenaan tahap dan mutu kerja pembersihan.


Saturday, July 23, 2016

Mesin Boom Gate Yang Baru Telah Dipasang.


Setelah mengalami kerosakkan demi kerosakan akhirnya Badan Pengurusan (JMB) Bayu Villa terpaksa membuat keputusan menggantikan kepada mesin boom gate yang baru.


Kos perbelanjaan ini dalam anggaran RM5,800.00 untuk mendapatkan mesin boom gate yang baru. Pemasangan boom gate yang baru juga menggunakan kuasa motor jenis "heavy duty" yang tahan lasak akan kegunaannya.


Kontraktor yang lama tidak boleh diguna pakai lagi memandangkan mutu perkhidmatan mereka tidak memuaskan dan tidak menepati janji untuk memperbaikinya apabila diminta berbuat demikian.
 

Disebabkan oleh kewangan yang tidak cukup kukuh maka pembayaran pemasangan ini terpaksa dilakukan melalui pembayaran ansuran dan Bendahari JMB Bayu Villa yang terpaksa membuat perjanjian terjamin "Guarantor" dan dijamin oleh Encik Lee. Jika JMB Bayu Villa tidak berupaya membuat sebarang pembayaran maka Encik Lee akan membayar baki bayaran pemasangan.


Jaminan perjanjian ini terpaksa dilakukan bagi membolehkan kerja pemasangan ini dijalankan dengan secepat yang mungkin bagi mengatasi masalah kereta yang suka suka masuk kedalam Bayu Villa. Proses ini diharap dapat meningkatkan lagi kutipan wang selenggara.


Gambar di atas dan di bawah menunjukkan kerja kerja memasang talian elektrik yang baru bagi memastikan penukaran boom gate yang lama kepada yang baru.



Friday, July 22, 2016

Kerja Pemotongan Dahan Pokok Berjalan Dengan Lancar


Bagi memastikan keindahan Bayu Villa sentiasa terjamin dan selamat, kerja kerja pemotongan dahan dahan pokok yang panjang terpaksa dijalankan bagi memastikan malapetaka tidak berlaku. 



Kerja pemotongan ini adalah kerja yang harus dijalankan pada setiap tahun bagi memastikan Bayu Villa sentiasa nampak indah dan tidak mendatangkan bahaya apabila hujan lebat melanda.





Wednesday, July 20, 2016

Kes Saman 3 Bekas Pengawal Keselamatan Telah Selesai.



Seperti yang anda semua sedia maklum kes perbicaraan kes bekas pengawal keselamatan telah selesai dengan keputusan kes adalah seperti berikut.

A) Kes Pertama - Letchumanan a/l Rajaretnam
Tuntutan sebenar bernilai RM 4,204.20
Keputusan mahkamah - RM 824.20 (Faedah tuntutan kerja lebih setahun)


B) Kes Kedua - Vigneswaran a/l Balasubramaniam
Tuntutan sebenar bernilai RM 3,710.41
Keputusan mahkamah - RM 619.40 (Faedah tuntutan kerja lebih setahun) 


C) Kes Ketiga - Prabu a/l Moorthi
Tuntutan sebenar bernilai RM 1,290.00
Keputusan perbincangan - Tiada pembayaran yang perlu dibayar.

Keseluruhan pembayaran daripada JMB Bayu Villa - RM 1,443.60

Ini merupakan keputusan keseluruhan yang sedia ada. Melalui sumber maklumat yang diterima masih terdapat seorang lagi yang belum membuat tuntutan. Badan Pengurusan JMB Bayu Villa masih menunggu surat seterusnya daripada Pejabat Buruh.

Monday, July 18, 2016

Senarai Nombor Unit Rumah Yang Mempunyai Tunggakkan Wang Penyelenggaraan.

Mengikut rekod sehingga 05.07.2016. Senarai unit rumah yang mempunyai tunggakan sehingga kini. 

Sila rujuk senarai senarai dibawah untuk mengenali rumah rumah yang mempunyai tunggakan yang sangat besar. 



*********************************************************************

Tunggakan RM6,001.00 dan keatas

Tunggakan dari RM4,001.00 Sehingga RM6,000.00

Tunggakan dari RM2,001.00 Sehingga RM4,000.00

Tunggakan dari RM1,001.00 Sehingga RM2,000.00

Tunggakan RM1,000.00 kebawah (RM500.00)