Sunday, June 29, 2014

Tuduhan Yang Tidak Berasas. Hutang JMB Bayu Villa Kepada TNB Di Tolak Kepada Pengurusan Lama.


Lapuran Polis pada 26hb Jun 2014 (http://bayuvillaapartment.blogspot.com/2014/06/lapuran-polis-yang-tidak-bertanggung.htmlyang di buat oleh Setiausaha JMB Bayu Villa (Encik Titus Raj) berkenaan dengan hutang TNB oleh pengurusan yang lama (Bayu Villa Management Corporation Sdn. Bhd.) tidak tepat sama sekali. Jika di kaji dari pengiraan jumlah yang tertunggak daripada pihak pengurusan lama sehingga akhir bulan Oktober 2013 ianya berjumlah RM346,923.47 (mengikut pengiraan dari bil semasa TNB yang di terima)

Jadi tuduhan dan lapuran polis yang di buat pada hari tersebut adalah tidak tepat di mana lapuran tersebut menyentuh angka tunggakan daripada pengurusan lama kepada pihak TNB mencecah sehingga RM407,931.00. Jika di lihat dari lapuran yang tertera di dalam blog kami (http://bayuvillaapartment.blogspot.com/2014/06/tunggakan-jmb-bayu-villa-kepada-tnb-rm.html) sememangnya tunggakan daripada pihak JMB Bayu Villa ke atas TNB adalah berjumlah RM85,682.18 (01/11/2013 sehingga 01/06/2014).

Persoalannya sekarang kenapa pihak JMB Bayu Villa yang diketuai oleh Setiausaha Encik Titus Raj tidak mengambil tindakan membuat bayaran RM85,682.18 yang sepatutnya kepada pihak TNB sewaktu mereka menguruskan pengurusan di dalam Bayu Villa Apartment? 

Friday, June 27, 2014

Tunggakan JMB Bayu Villa Kepada TNB RM 85,682.18 (01/11/2013 - 07/06/2014)


Semenjak mengambil alih daripada pihak pengurusan yang lama pada bulan November 2013 sehingga sekarang, pihak JMB tidak pernah sekali membuat bayaran tunggakan kepada TNB. Hutang atau tunggakan yang terkumpul semenjak bulan November 2013 sehingga Mei 2014 ialah berjumlah RM 85,682.18


Dengan jumlah hutang dan tunggakan yang begitu tinggi kenapa pihak JMB tidak membayar bayaran kepada TNB sedangkan mereka berupaya mengutip bayaran wang penyelengaraan setiap bulan. Ke mana wang yang di terima itu disalurkan? Daripada informasi yang di terima daripada pihak TNB, JMB Bayu Villa TIDAK PERNAH membuat sebarang bayaran kepada TNB!


Thursday, June 26, 2014

Lapuran Polis Yang Tidak Bertanggung Jawab. JMB Bayu Villa Melepaskan Tanggung Jawab Terhadap Tunggakan.

Pihak Pengurusan Bayu Villa - Setiausaha Encik:Titus Raj membuat lapuran polis bahawa pihak pengurusan yang sedia ada tidak akan bertanggung jawab terhadap segala hutang yang sebelum ini daripada pengurusan lama iaitu Bayu Villa Management Corporation Sdn. Bhd. dan Indera Management Sdn. Bhd.

Persoalannya ialah kenapa pihak pengurusan JMB tidak mahu menanggung segala tunggakan dahulu tetapi hendak mengutip segala tunggakan wang penyelengaraan yang lama di Bayu Villa? 

Atas lapuran ini pihak kami ada membuat pertanyaan kepada pihak COB Klang. Pihak COB Klang ada menjelaskan bahawa segala tunggakan yang berkenaan dengan Bayu Villa Apartment seperti tunggakan TNB, SYABAS and Cukai PEJABAT TANAH dan GALIAN haruslah di tanggung oleh Badan Pengurusan Bersama (JMB) yang baru di pilih ataupun yang baru di lantik.


Tuesday, June 24, 2014

Bil TNB Yang Dikemaskini Sehingga 6hb Jun 2014

Tunggakan Blok A = RM 135,495.60
 
Tunggakan Blok B = RM 58,767.60
 
Tunggakan Blok C = RM 55,027.25
 
Tunggakan Blok D = RM 64,986.45
 
Tunggakan Blok E = RM 118,328.45

Tunggakan keseluruhan kepada TNB ialah 

RM 432,605.65

Monday, June 23, 2014

Notis Gangguan Pemotongan Bekalan Elektrik Ke Bayu Villa


Notis Gangguan Bekalan pada 1hb Julai 2014.

Dipercayai pemotongan bekalan elektrik ke atas Bayu Villa adalah kerana pihak pengurusan gagal membayar penggunaan elektrik selama lebih kurang 8 bulan semenjak mengambil alih daripada pihak pengurusan lama. Siasatan daripada Bil TNB menunjukkan penggunaan elektrik dari bulan November 2013 sehingga May 2014 adalah dalam sekitar RM85,000.00

Wednesday, June 18, 2014

Notis Ke-2 Mesyuarat Agung Luarbiasa (EGM) 6hb Julai 2014

Notis pemberitahuan dikeluarkan kali ke-2 setelah kami menfailkan surat bantahan kepada pihak COB Klang kerana pihak JMB Bayu Villa tidak mengikut undang undang pemberitahuan yang ditetapkan.

Kali ini notis ini mempunyai tarikh serta tanda tangan. Notis pemberitahuan ini dipaparkan pada 18hb Jun 2014.
Waktu mengadakan Mesyuarat Agung Luarbiasa ini agak menghairankan iaitu 8.00 pagi. Cara yang terbaik supaya pemilik tidak dapat keluar untuk mengundi.

Tuesday, June 17, 2014

Notis Pemberitahuan Dari Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

Pada 17hb Jun 2014, pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan mengeluarkan satu notis  berbentuk arahan yang harus dipatuhi oleh pihak pengurusan JMB Bayu Villa supaya mendapatkan Sijil Berperakuan Kelayakan (CF) Yang Sah untuk ke semua lif yang beroperasi di Bayu Villa.

Tindakan sedemikian adalah semata mata untuk memastikan keadaan keselamatan lif yang beroperasi di dalam Bayu Villa berada dalam keadaan yang baik serta tidak membahayakan keselamatan kepada penghuni di Bayu Villa.

Jika arahan mendapatkan Sijil Berperakuan Kelayakan (CF) Yang Sah tidak diikuti selepas tarikh 17.07.2014, tindakan memberhentikan 8 (lapan) unit lif yang beroperasi di kawasan Bayu Villa akan diberhentikan perkhidmatannya sehingga sijil tersebut diperbaharui.

Pengurus Penyelenggaran Bayu Villa - Encik Jeffry Abu Hassan menandatangani notis penerimaan tersebut.

Tarikh Mengadakan Mesyuarat Agung Luarbiasa (EGM) Badan Pengurusan Bersama Bayu Villa Apartment



Saturday, June 14, 2014

Notis Mengadakan Mesyuarat Agung Luarbiasa (EGM) 22hb Jun 2014

Notis mengadakan Mesyuarat Agung Luarbiasa pada 22hb Jun 2014. Notis di terima pada 14.06.2014 di dalam peti surat. Notis pemberitahuan ini menyalahi undang undang kerana tidak mencukupi tempoh selama 14 hari  notis pemberitahuaan kepada pemilik. Notis surat ini juga tidak mempunyai tarikh serta tiada tanda tangan. 


Friday, June 13, 2014

Permohonan Pembubaran Ahli Jawatankuasa Badan Pengurusan (JMB) Bayu Villa




Tuesday, June 10, 2014

Lif Di Bayu Villa Tidak Mempunyai Lesen PMA



Monday, June 9, 2014

Keadaan Kolam Renang Selepas 7 Bulan Mengambil Alih Daripada Pengurusan Lama.



Kolam renang yang berdekatan dengan Blok C, D dan E.


Kolam renang yang berdekatan dengan Blok A dan Blok B.

Tuesday, June 3, 2014

Permohonan Pembubaran Ahli Jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa