Friday, October 31, 2014

Dua Batang Saluran Paip Air Yang Harus Diperbaiki. Boleh Mendatangkan Bahaya.

 
Pada hari Isnin yang lepas, terdapat sebatang saluran paip yang tercabut dari dinding bangunan di Blok A. Keadaan ini amat merbahaya kepada sesiapa yang lalu lalang.
 
 
Pada waktu yang sama Bendahari telah menalifon seorang kontraktor yang membuat paip tetapi harga yang ditawarkan mencecah RM 2,800.00 untuk membaiki pulih 2 batang saluran paip air di Blok A dan Blok B.


 
Oleh kerana harga itu terlalu tinggi dan Bendahari pula tidak mempunyai masa untuk menguruskannya kerana terpaksa keluar negeri, kerja pembaikian diserahkan kepada Pengerusi bersama sama dengan AJKnya untuk menguruskannya.


Jika dilihat dari jauh saluran paip air ini tidak jatuh atau patah kerana terdapat seutas wayar Astro yang masih memegang saluran paip air tersebut.


Masalah sebatang lagi saluran paip air yang telah patah di Blok B. Memandangkan terdapat dua batang saluran paip yang harus diperbaiki, kerja kerja pembaikian sedang diuruskan oleh Pengerusi.



Saluran paip air di Blok B ini tidak mendatangkan sebarang masalah dari segi keselamatan tetapi ianya harus diperbaiki bagi menjamin ianya tidak mendatangkan sebarang masalah di masa hadapan.


Thursday, October 30, 2014

Pemasangan Motor Pam Air Yang Baru - Blok C


Motor pam air yang baru telah dipasang dua hari yang lepas. Motor pam air ini (Blok C) mempunyai jaminan selama setahun dari tarikh pemasangan.
 

Walaupun motor pam air ini telah dipasang tetapi ianya tidak dapat berjalan dengan lancar. Didapati litar wayar mempunyai masalah dan terdapat sedikit masalah pengaliran elektrik ke atas motor tersebut.  
 


Setelah diperiksa dan diuji akhirnya sistem masalah pengaliran elektrik dapat diselesaikan selepas terpaksa menukar beberapa alat (connector) yang rosak.
 

 
Kos perbelanjaan membeli motor pam air yang baru serta kerja menyelenggara sistem elektrik menelan belanja dalam sekitar RM 3,000.00 keatas. 
 
 

Wednesday, October 29, 2014

Pengawal Keselamatan Yang Baru Dilantik.


Baru baru ini Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa telah melantik seorang pengawal keselamatan yang baru iaitu Puan Zaini bt Mohd Hanif. Beliau telah ditugaskan untuk menjaga pintu masuk utama di bahagian kereta keluar masuk.


Puan Zaini merupakan seorang penghuni di dalam Bayu Villa. Beliau tinggal di Blok C dan memainkan peranan menjaga pintu keluar masuk pada waktu malam sehingga pagi.


Diharap semua penduduk serta penghuni bekerjasama dengan pengawal keselamatan yang baru dilantik bagi membendung kes pecah rumah yang mungkin berlaku. 

Proses Pemasangan Pintu Besi Berdekatan Blok C Dan D Telah Siap.

Proses pemasangan pintu besi berdekatan Blok C dan D telah siap dijalankan. Program pertama untuk menutup segala jalan keluar masuk di bahagian depan telah dapat dilaksanakan bagi menjaga keselamatan dengan lebih ketat.



  
Dengan penutupan ini, program dan langkah seterusnya ialah mengupah dan mengambil pengawal keselamatan bagi menjaga keselamatan Bayu Villa dengan lebih ketat.


Walaupun ianya bukan yang terbaik tetapi sekurang kurangnya ianya dapat mengurangkan kadar jenayah yang mungkin berlaku di dalam Bayu Villa. 



Akan tetapi semasa proses penutupan jalan tersebut, terdapat setengah pihak yang memaki hamun pekerja yang menjalankan kerja penutupan ini dan ada di antara penghuni yang tinggal di dalam tidak setuju dengan cara Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa menutup dan membuka laluan jalan keluar.


Mereka menuduh bahawa JMB Bayu Villa terlalu mementingkan kedai kedai di bawah sehingga merisikokan keselamatan penghuni dengan membuka laluan jalan keluar.




Kami Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa ingin menegaskan bahawa penutupan serta pembukaan laluan jalan keluar telah mendapat persetujuan daripada kesemua ahli jawatankuasa dan mereka telah memberi kebenaran agar proses pemasangan pintu besi harus dijalankan dengan secepat yang mungkin bagi menjaga keselamatan penghuni serta penduduk di dalam Bayu Villa.

Monday, October 27, 2014

Ugutan - Lapuran Polis Telah Di Buat.


Lapuran Polis telah dilakukan setelah salah seorang penghuni berbangsa India meminta bantuan orang luar membuat ugutan terhadap Encik Mohd Rashid. Dalam ugutan tersebut beliau memberi amaran akan memecahkan kedai burger Encik Mohd Rashid serta akan mengugat akan keselamatan Encik Mohd Rashid.


Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa memandang hal ini amat ketara sekali. Perbuatan setengah pihak mencabar kewibawaan pengawai keselamatan sudah melampaui batas. Bukan begitu sahaja sehingga tengah malam (jam 4.30 pagi) tedapat dua buah kereta yang dipenuhi  dengan orang India datang ke Blok C membuat kecoh di tingkat 4 (seakan permusuhan atau dendam yang berlaku). Salah sebuah kereta tersebut bernombor BJQ 5947. Mujurlah tiada apa apa yang berlaku. 


Disyaki tuan punya kereta ini yang memulakan kacau bilau di antara pengawai keselamatan dengan orang luar.





Sunday, October 26, 2014

Motor Pam Air Yang Rosak Teruk Di Blok C Tempoh Hari Yang Lepas.




Gambar yang menunjukkan keadaan motor pam air yang rosak teruk tempoh hari yang lepas di Blok C akibat penggunaan yang terlalu lama.


Bearing yang rosak teruk memerlukan penukaran motor pam air yang baru. Penukaran motor pam air yang baru cuma mempunyai jaminan selama 6 bulan sahaja. 



Kesemua kerja kerja penukaran motor pam air yang baru memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi. Jadi kerjasama daripada penghuni dalam menyelesaikan tunggakan wang penyelenggaraan amatlah dihargai.


Kedai/Pejabat : D-G-12 Untuk Di Jual - RM 250,000.00

No Kedai/Pejabat : D-G-12. Bayu Villa Apartment, Jalan Batu Unjur 9, Taman Bayu Perdana, 41200 Klang, Selangor.

Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli kedai ini bolehlah menghubungi Encik Lee (016-2159897) untuk maklumat lebih lanjut.


Harga Jualan RM 250,000.00
Jumlah keluasan : 997 kaki persegi.
Harga dijual bersamaan dengan 3 penghawa dingin sekali.


Saturday, October 25, 2014

Selamat Menyambut Awal Muharram


Kepada Muslimin dan Muslimat, Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa ingin mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram.

Friday, October 24, 2014

Aduan Membuat Tangkapan Anjing Liar Di Dalam Kawasan Bayu Villa

Pagi tadi aduan telah dibuat di Majlis Perbandaran Klang mengenai kekacauan oleh belasan ekor anjing yang merayau di kawasan perkarangan Bayu Villa. 

Nombor lapuran atau nombor rujukan aduan ialah 1085/10/2014. Sebarang pertanyaan sila hubingi talian bebas tol aduan di 1 800 88 23826 @ 03-33755555 Ext 1252/1020.


Aduan ini dibuat setelah beberapa ekor anjing ini membuat kekecohan pada waktu malam dan membuat kacau bilau serta memberak di merata tempat terutama di Blok E. Ada di antara anjing tersebut naik ke tingkat atas melalui tangga dan menyalak pada waktu malam serta tidur di dalam bangunan tersebut. 

Beberapa penghuni yang prihatin cuba menghalau anjing anjing tersebut keluar daripada bangunan tersebut tetapi mereka masih kembali lagi dan tidur di dalam sana. Bukan begitu sahaja ada di antara anjing yang dihalau menunjukkan taring mereka apabila cuba dihalau oleh beberapa orang penghuni. 

Kepada penghuni yang mempunyai anjing, sila ambil perhatian. Apabila pihak Majlis Perbandaran Klang mengambil tindakan menangkap anjing yang berkeliaran, anjing pemeliharaan mereka juga akan ditangkap bersama jika didapati merayau di dalam bangunan.

Bagi mereka yang memelihara anjing, sila ambil perhatian mengenai perkara di atas. Kerja kerja membuat tangkapan akan dijalankan pada bila bila masa.

Thursday, October 23, 2014

Notis Kedua - Pemotongan Bekalan Air Untuk Tunggakan Wang Penyelenggaraan.


NOTIS KEDUA

Pada bulan November 2014, Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa akan melaksanakan program pemotongan air ke atas unit yang mempunyai tunggakan wang penyelenggaraan (maintenance fees). 

Sehubungan dengan perlaksanaan ini, di harap semua penghuni yang mempunyai tunggakan wang penyelenggaran supaya menjelaskan tunggakan masing masing sebelum bekalan air mereka di tutup.

Selepas pemotongan bekalan air, penyambungan semula bekalan air akan dikenakan bayaran RM 50.00

Kepada sesiapa yang mempunyai masalah menjelaskan tunggakan wang penyelenggaraan bolehlah berjumpa dengan Bendahari JMB Bayu Villa Encik Lee pada 26.10.2014 (Ahad) jam 9.30 pagi sehingga 11.30 pagi untuk berbincang mengenai pelan ansuran yang sesuai.

Wednesday, October 22, 2014

Proses Pemasangan Pintu Pagar Besi Berdekatan Blok D Dijalankan.


Untuk menjaga keselamatan yang lebih ketat di dalam Bayu Villa, Badan Pengurusan (JMB) Bayu Villa telah membuat keputusan untuk menaikan pintu besi berdekatan Blok D sebagai langkah untuk mengetatkan ciri ciri keselamatan yang sedia ada sebelum mengupah pengawal keselamatan.


Pecah rumah yang begitu berleluasa di dalam Bayu Villa semenjak kebelakangan ini telah merugikan wang serta harta benda yang tidak sepatutnya berlaku.


Oleh itu Pengerusi memandang serius mengenai kes pecah rumah dan menyarankan agar tempat masuk dan keluar di kedua belah pintu berdekatan Blok D ditutup bagi memudahkan proses menjaga keselamatan di dalam Bayu Villa.


Kerja penutupan sedang dijalankan dan dijangka siap dalam tempoh seminggu. Bagi menjimatkan kos perbelanjaan pintu besi yang dinaikkan adalah pintu besi yang dahulunya dipasang di depan pondok pengawal keselamatan di Blok A dan Blok B.


Happy Deepavali


JMB Bayu Villa would like to wish

"Happy Deepavali" 

to all the Indian friends in Bayu Villa.

Sempena Perayaan Deepavali pejabat pengurusan akan ditutup selama 3 hari. Ianya akan dibuka balik pada hari Sabtu (25.10.2014)

Tuesday, October 21, 2014

Proses Pembayaran Bil Fasa 1 - TNB Selesai Untuk 5 Blok. RM 10,197.37

Blok D - RM 1,671.07
 
Proses pembayaran bil semasa TNB telah selesai. Jumlah keseluruhan bayaran Fasa 1 (untuk 5 blok) berjumlah RM 10,197.37.
 
Blok E - RM 2,602.75
 
Untuk makluman anda semua, pembayaran bil semasa yang terbaru (RM 1,316.61) untuk Blok C juga telah diselesaikan.

Block C - RM 1,316.61

Adakah pembayaran bil semasa TNB ini masih menghantui pembayaran tunggakan "Wang Penyelenggaraan" anda? Kenapa program pemotongan air yang akan dilaksanakan tiada kena mengena dengan tunggakan "Wang Penyelenggaraan" anda?

Kekecohan Berlaku Mengenai Penguncian Tayar Kereta.

Semalam terdapat satu kes kekecohan di mana salah seorang tuan punya rumah datang dan berjumpa dengan  Pegawai Keselamatan dan Bendahari mengenai kenapa kereta beliau dikunci tayarnya. 



Pada waktu itu Pegawai Keselamatan Encik Mohd Rashid, Bendahari Encik Lee serta AJK Encik Arivanathnan (sampai kemudian) berada pada waktu tempat kejadian tersebut. Tuan punya kereta tersebut mengatakan bahawa beliau meletakan kereta tersebut dikawasan larangan disebabkan oleh tempat letak keretanya telah diletak oleh orang lain. Beliau memohon supaya tayar keretanya yang dikunci dibuka balik.


Pada waktu itu JMB tidak bersetuju untuk membuka kunci yang menguncikan tayar kereta tersebut kerana melalui gambar dan rekod yang disimpan oleh JMB, ternyata kereta tersebut meletakan keretanya sesuka hati tanpa menghiraukan keselamatan lalu lalang di Bayu Villa dan sememangnya tuan punya kereta mencabar akan kedudukan pegawai keselamatan walaupun telah diberi dua kali notis serta amaran.



Beliau mempertikaikan kewibawaan pegawai keselamatan dan mencabar Encik Mohd Rashid memang tidak berhak mengunci tayar kereta beliau. Bendahari Encik Lee yang ada pada ketika itu menerangkan bahawa di sini ada peraturan yang harus diikuti dan sebelum kami mengambil sebarang tindakan mengunci kenderaan, kami sememangnya melakukannya mengikut peraturan yang ditetapkan. 

Pertama kami akan meletakan notis yang pertama ke atas kereta, jika perlu notis yang ke dua juga akan diberikan tetapi jika masih degil dan meletakan kereta tersebut, JMB tidak akan teragak agak mengunci tayar kereta beliau.  

Beliau tidak bersetuju tetapi menggunakan suaranya yang lantang bersama isterinya meninggikan suara mereka ke atas Encik Mohd Rashid dan Encik Lee bahawa bukan beliau tidak boleh mampu membayar denda RM50.00, kalau RM500.00 atau RM5,000 pun beliau masih boleh bayar tetapi beliau mengatakan keretanya diletak di situ kerana tempat letak keretanya diletak oleh orang lain.



Selepas itu Encik Lee mengeluarkan segala bukti bukti menunjukan gambar gambar keretanya yang telah diletak mengikut kesukaannya. Oleh kerana pertikaian ini tiada kesudahan, AJK Encik Arivanathan bersetuju untuk membuka kunci yang mengunci tayar tersebut. 

Daripada kajian serta keterangan yang didapati, terbukti bahawa tuan punya kereta ini mencabar akan kedudukan dan kewibawaan pegawai keselamatan dan JMB Bayu Villa. Gambar telah membuktikan bahawa kesalahan itu sengaja diulangi berkali kali.

..........................................................................................................

Pagi tadi (21.10.2014) Encik Mohd Rashid tercedera akibat terdapat salah seorang penghuni mencabar dan ingin berlawan dengan pegawai keselamatan Encik Mohd Rashid. Oleh kerana kecederaannya, beliau terpaksa berehat pada hari ini.



Tuan punya kereta ini yang menyebabkan Encik Mohd Rashid tercedera. Walaupun telah diberi amaran serta notis, tuan punya kereta ini tidak menghiraukan amaran daripada Encik Mohd Rashid. Atas kecederaaannya JMB Bayu Villa akan menanggung bayaran perubatannya.