Friday, May 30, 2014

Lif Di Bayu Villa Tidak Mempunyai Sijil Perakuan Kelayakan (CF) Yang Sah.

Jika di lihat dari gambar yang di ambil di dalam lif, ternyata lif di Bayu Villa tidak mempunyai ciri keselamatan disebabkan lif di Bayu Villa tidak di urus oleh sebuah syarikat yang bertauliah dalam menguruskan masalah masalah teknikal yang terdapat dalam lif.

Apa yang kita dapat lihat pada gambar yang tertera di atas, nombor talipon yang di beri adalah nombor talipon individu dan tidak mempunyai sebarang talian dengan apa jua syarikat yang bertauliah. Jika lif yang beroperasi di Bayu Villa tidak mempunyai Sijil Perakauan Kelayakan (CF) Yang Sah, maka sebarang kemalangan yang berlaku, pihak insuran tidak akan membuat sebarang bayaran pampasan jika berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini.

Tanggung jawab mendapatkan Sijil Perakuaan Kelayakan (CF) Yang Sah adalah kerja yang seharusnya dijalankan oleh pihak pengurusan JMB Bayu Villa.  

Monday, May 26, 2014

Perletakan Jawatan Pengerusi dan Bendahari Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa



Monday, May 19, 2014

Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa Meletakkan Jawatan