Sunday, August 30, 2015

Penyata Kutipan Wang Penyelenggaraan Untuk Bulan Jun 2014. RM32,605.87 Diterima Dalam Sehari ?????


Bukti ini sudah dapat membuktikan terdapat kesalahan serta kecuaian yang berlaku. Jika dikaji serta dilihat dengan teliti pembayaran wang penyelenggaraan yang dibuat pada setiap hari berada dalam sekitar RM1,000 ke RM2,000 ke atas dan yang paling tinggi pun sehingga RM5,000 keatas.


Dalam sejarah kutipan wang penyelenggaraan Bayu Villa tidak pernah dalam sehari boleh mengutip sejumlah RM32,605.87

Sejarah yang paling tinggi pun dalam sekitar RM15,000.00 sehari. Tetapi jumlah yang tertera ini menunjukkan ianya adalah suatu jumlah yang amat mengejutkan.



Paparan penyata ini dikeluarkan bagi membuktikan bahawa jumlah kutipan yang dapat dikutip pada keseluruhan bulan Jun 2014. Agak menghairankan jika dilihat keluarbiasaan penerimaan jumlah tersebut yang mencecah RM32,605.87 dalam sehari.

Penyata penerimaan berserta dengan salinan resit sempat dicetak semasa Bendahari JMB Bayu Villa yang baru dilantik mengambil alih keseluruhan sistem kewangan JMB Bayu Villa.  



Sewaktu cetakan penyata ini dikeluarkan, pengurusan baru berasa hairan kenapa terdapat begitu besar jumlah perbezaannya yang dapat diterima dalam sehari. 

Dalam penyata akaun bank untuk bulan Jun 2014 tidak memaparkan terdapat jumlah RM32,605.87 yang dimasukkan ke dalam bank. Siasatan lanjut di dalam sistem menunjukkan kesemua bayaran di buat melalui penerimaan WANG TUNAI sahaja.



Setelah disiasat dengan teliti ternyata ianya adalah angkara beberapa orang dalaman yang melakukan jenayah setelah soal siasat dilakukan pada ketika itu. 

Didapati terdapat ramai lagi yang terlibat dalam proses memalsukan serta memadamkan jumlah tersebut. 


Yang paling mengejutkan terdapat 3 akaun yang mempunyai jumlah tunggakan wang penyelenggaraan melebihi RM5,000.00 keatas dipalsukan serta dipadamkan. Disini kita dapat lihat keberanian mereka melakukan jenayah komersial yang melibatkan lebih kurang 20 puluh orang. 


Pada ketika itu setelah beberapa bulan mengambil alih, tampil seorang dua datang membuat pengakuan bahawa akaun tunggakan mereka dipadamkan bagi mengelakan mereka daripada membuat sebarang bayaran  tunggakan Bil Wang Penyelenggaran termasuk Bil Cukai Tanah, Bil Air dan Bil Insuran.


Bagi penghuni yang sedia ada, anda buatlah kajian dengan teliti dengan menghalusi setiap penyata yang ada dan melihat keseluruhan penerimaan bayaran yang diterima pada bulan Jun 2014 dan buatlah penilaian anda adakah terdapat elemen yang mencurigakan?

Oleh kerana ianya telah dibuat lapuran polis, nama nama yang ternyata diatas tidak akan dipaparkan nama mereka sehingga siasatan mengenainya selesai. Jika pihak pengurusan merasakan nama setiap individu perlu dipaparkan, kami akan memaparkannya mengikut kesesuaian masa.


Saturday, August 29, 2015

Permohonan Resit Pembayaran Wang Penyelenggaraan Untuk Tahun Berakhir 2014


Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa bagi menjalankan kewajipannya berserta dengan lapuran polis yang telah dilakukan telah menghantar surat pada 20.08.2015 "Memohon Resit Pembayaran Wang Penyelenggaraan" kepada setiap individu yang terlibat.

Ianya bersesuaian dengan budi bicara pihak pengurusan memberikan peluang kepada mereka supaya bertindak membetulkan keadaan atau kemungkinan pihak pengurusan telah membuat kesilapan semasa memeriksa akaun semasa JMB Bayu Villa untuk tahun berakhir 2014.


Supaya perkara ini tidak terlanjur kesuatu tahap yang tidak baik. Nama penghuni terlibat yang telah menerima surat tersebut supaya tampil ke pejabat pengurusan bagi mengemukan "Resit Asal" pembayaran tunggakan wang penyelenggaraan masing masing.

Ini merupakan jalan penyelesaian yang terbaik bagi membuktikan pembayaran ada dibuat berserta dengan bukti pembayaran mengunakan buku cek.

Friday, August 28, 2015

Senarai Nama Unit Resit Palsu Yang Dikeluarkan Bagi Memadamkan Segala Tunggakan Wang Penyelenggaraan



Ini merupakan bukti senarai nama unit resit palsu yang dikeluarkan bagi memadamkan segala tunggakan wang penyelenggaraan yang didapati daripada dalam sistem yang menunjukkan bahawa sejumlah RM 32,605.87 telah dipadamkan daripada sistem penyemakan akaun Bayu Villa. 



Jumlah ini telah dikemaskinikan dan senarai nama unit serta nama penghuni yang terlibat juga didapati daripada cetakan resit palsu yang dikeluarkan.

Kesemua nama yang terlibat telah diserahkan kepada seorang Inspektor Pegawai Polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersil supaya siasatan dapat dilakukan mengikut kesesuaian.


For those who want to join our new Facebook *Bayu Villa Apartment Klang* click the link below. 

Thursday, August 27, 2015

Lapuran Polis Kes Penyelewengan Memadamkan Rekod Tunggakan Wang Penyelenggaraan




Atas persetujuan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMC) Bayu Villa, lapuran polis telah dilakukan pada 15hb Ogos 2015 bagi memastikan pihak polis membuat siasatan yang selanjutnya. Lapuran ini juga disertakan dengan bukti yang kukuh bagi menguatkan lagi kes siasatan ini. 

Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa merasakan kes penipuan ini sudah keterlaluan sehinggakan keupayaan pengurusan yang lepas melesapkan sejumlah tunggakan wang penyelenggaraan untuk kepentingan setiap individu yang terlibat.


For those who want to join our new Facebook *Bayu Villa Apartment Klang* click the link below. 

Wednesday, August 26, 2015

Pintu Pagar Tempat Pembuangan Sampah Rosak Lagi.

 





Pintu pagar besi tempat pembuangan sampah selalu sahaja mengalami kerosakkan demi kerosakan dari masa ke semasa. Kerja kerja pembaikian terpaksa dijalankan bagi memastikan ianya berada dalam keadaan baik.










Tuesday, August 25, 2015

Sejumlah Besar Tunggakan Wang Penyelenggaraan Telah Dilesapkan.

Sudah hampir setahun Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa yang baru mengambil alih daripada pengurusan lama dan sehingga kini apa jua masalah yang dihadapi telah dilalui dengan sebaik yang mungkin.

Sewaktu JMB Bayu Villa sedang sibuk melayani kesemua penghutang yang sedia ada termasuk TNB, Syabas, Pejabat Tanah dan Galian, kerja kerja membaik pulih keseluruhan Bayu Villa dan sebagainya kini telah tiba masanya JMB Bayu Villa memulakan penyemakan akaun semasa di antara bulan Januari 2014 sehingga Ogos 2014.

Dalam kesibukan membuat semakan pihak pengurusan JMB Bayu Villa terperanjat apabila mendapati sesuatu yang tidak betul telah berlaku ke atas akaun JMB Bayu Villa pada bulan Jun dan bulan Julai 2014. 


Pada permulaannya kami cuma menganggap mungkin telah berlaku sedikit kesilapan tetapi setelah diselidik dan disiasat dengan lebih teliti, JMB Bayu Villa telah menjumpai sejumlah anggaran RM32,605.87 telah dilesapkan daripada akaun individu setiap penghuni. 

Siasatan lanjut juga ditumpukan kepada penerimaan tunggakan wang penyelenggaraan dan kemasukan hasil wang tunai yang tidak dimasukan ke dalam akaun bank dan juga kenapa jumlah sebanyak RM32,605.87 dapat dikeluarkan daripada sistem secara begitu sahaja.

Mengikut anggaran pengiraan yang tidak sah, kemungkinan sejumlah RM50,000.00 telah dilesapkan atau dihapuskan daripada akaun setiap individu yang terlibat.

Setelah siasatan terperinci diteliti dan melalui mesyuarat bulanan Ahli Jawatankuasa Badan Pengurusan (JMC) Bayu Villa, keputusan telah diambil supaya membuat lapuran polis ke atas kehilangan sejumlah tunggakan wang penyelenggaraan tersebut.  

Monday, August 24, 2015

"Penipu Wang" Posters All Over In Block A.



Don't know exactly what has really happened in Block A. All of the sudden there are lots of pictures pasted on the walls and staircase doors all over Block A. 



Even outside the parking area and the lobby also full of these pictures. These pictures was taken by one of the security guard who was patrolling the place and some of the photo was send by one of the resident.



Not really sure whether he is a resident or tenant in Bayu Villa?




Something must have happen until someone really spend their time and money printing all these photos and paste it all over.



Litar Elektrik Terbakar Menyebabkan Motor Pam Air Di Blok A Terhenti



Litar elektrik di dalam bilik motor pam air di Blok A terbakar. Ini menyebabkan litar tersebut mengalami terpelantik (trip). Kontraktor yang membaikinya telah menasihatkan pihak pengurusan supaya menukarkan keadaan litar elektrik yang ada di dalam setiap bilik pam air.


Jika ditinjau dengan lebih teliti, keadaan suis kotak di dalam setiap bilik pengepam telah uzur dan kini telah sampai masanya untuk membuat pengubahsuaian.


Melalui nasihat kontraktor jika keadaan dalaman kotak suis tidak ditukar kepada yang baru ianya boleh menyebabkan kejadian seperti pam motor air rosak, kejutan elektrik kepada sesiapa yang tidak sengaja memegangnya dan sebagainya.



Sunday, August 23, 2015

Penyata Kewangan Bank JMB Bayu Villa Sehingga Tarikh 13hb Jun 2015

Untuk makluman anda semua penyata kewangan berakhir 13hb Jun 2015 dipaparkan untuk tantapan semua penghuni. Seperti yang anda sedia maklum kali terakhir penyata kewangan JMB Bayu Villa yang dipaparkan adalah penyata kewangan yang bertarikh 13hb Mei 2015.





 Baki sehingga 13hb Jun 2015 ialah RM 81,999.12

Saturday, August 22, 2015

Jumlah Wang Penyelenggaraan Yang Berjaya Dikutip Pada Bulan Jun 2015 - RM114,097.39

Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa sebagai langkah dan usaha menuju ke arah lebih yang lebih transpirasi, memaparkan jumlah kutipan wang penyelenggaraan yang berjaya dikutip pada bulan Jun 2015.


Jika di lihat daripada jumlah yang tertera di atas, jumlah kutipan yang berjaya dikutip pada bulan Jun 2015 adalah berjumlah RM114,097.39 

Thursday, August 20, 2015

Bil Tenaga Nasional Untuk Bulan Julai Selesai Dibayar.


Bil semasa RM 7,905.16 untuk bulan Julai telah dijelaskan tunggakannya. Bayaran seterusnya ialah untuk pembayaran ansuran bulanan yang akan dijelaskan pada hujung bulan ini.