Friday, December 16, 2016

Minit Mesyuarat Agung Yang Ke-2 dan Ke-3 Telah Diserahkan Kepada Pihak COB Klang


Pada 15hb Disember 2016, minit Mesyuarat Agung Tahunan yang ke-2 (10hb Januari 2016) dan yang ke-3 (20hb November 2016) telah diserahkan kepada pihak COB Klang. 

Penyerahan minit mesyuarat ini amatlah penting untuk membolehkan pihak COB Klang menjalankan kerja penyemakan sebelum diberi  kebenaran mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan yang Ke-3 yang telah ditangguh akibat kekecohan yang berlaku pada hari mesyuarat.



Surat pengesahan dan penerimaan telah diterima oleh pihak COB Klang. Penyerahan dokumen minit mesyuarat memang tepat pada waktunya memandangkan terdapat banyak isu yang melanda pengurusan Bayu Villa dan terpaksa melalui banyak proses penimbangan bagi menstabilkan kewangan Bayu Villa yang semakin terumbang ambing. 


Thursday, December 1, 2016

Surat Notis Kepada COB Klang - Lim Chee Soon


Encik Lim Chee Soon datang ke pejabat pengurusan memohan maklumat mengenai jumlah unit yang ada di dalam Bayu Villa.


Penyata Kewangan Peribadi Encik Lee Disebarkan Secara Meluas Di Dalam Bayu Villa. Kenapa ???

Kebelakangan ini terdapat beberapa orang penghuni termasuk Encik Lim Chee Soon telah pergi rumah ke rumah setiap malam untuk menunjukkan penyata kewangan peribadi Bendahari JMB Bayu Villa kepada semua penghuni. 

Daripada cara penerangan dan hasutan yang diberikan, mereka mempunyai bukti kukuh bahawa ternyata Encik Lee telah melesapkan sejumlah wang penyelenggaraan dengan memasukkan penerimaan wang penyelenggaraan ke dalam akaun peribadinya.

Mereka menggunakan teknik dengan cara menunjukkan penyata kewangan peribadi Encik Lee dari bulan September 2014 sehingga Mac 2015.

Ramai yang bertanyakan kepada Encik Lee bagaimana Encik Lim Chee Soon boleh mempunyai penyata kewangan peribadi Encik Lee??? Satu persoalan yang masih bermain di dalam pemikiran setiap penghuni yang telah melihat penyata kewangan peribadi Encik Lee.

Bagaimana Penyata Kewangan Peribadi Bendahari JMB Bayu Villa Boleh Berada di Tangan Encik Lim Chee Soon?

A) 13hb April 2015. Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia mengarahkan COB Klang supaya membuat siasatan keatas Bayu Villa untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut setelah pihak polis selesai menjalankan penyiasatan. Kes siasatan dirujuk kepada Pesuruhjaya Bangunan Klang (COB Klang)




B) Pada 14hb Mei 2015. Dua pegawai dari Pesuruhjaya Bangunan Klang membuat lawatan berjumpa dengan Encik Lee untuk memahami dengan lebih dekat apa yang berlaku di dalam akaun kewangan Bayu Villa.

C) Pada 26hb Mei 2015. Pesuruhjaya Bangunan Klang menghantar sepucuk surat kepada pihak pengurusan Bayu Villa supaya menyediakan lapuran kewangan JMB Bayu Villa.




D) Pada 28hb Mei 2015. Penyerahan Lapuran Kewangan Semasa JMB Bayu Villa Dari Bulan September 2014 Sehingga Bulan Februari 2015 kepada pihak COB Klang untuk dibuat segala siasatan.



E) Pada 1hb Jun 2015. Atas desakan demi desakan dan tekanan yang diberi ke atas COB Klang daripada Encik Lim Chee Soon. Pihak COB Klang telah memohon kerjasama daripada Encik Lee supaya membenarkan mereka mendapatkan penyata kewangan peribadi Encik Lee pada ketika itu. 

Encik Lee menyerahkan semua penyata kewangan peribadi beliau dari bulan September 2014 sehingga bulan Mac 2015 bagi memudahkan pihak COB Klang menjalankan siasatan mengenai penyelewengan kewangan JMB Bayu Villa.

Pada waktu yang sama pihak COB Klang ada meminta izin daripada Encik Lee, bolehkah pihak COB Klang memberi salinan penyata kewangan peribadi Encik Lee kepada Encik Lim Chee Soon untuk beliau merujuk supaya ianya boleh membantu tuduhan yang dilemparkan kepada Encik Lee.


Encik Lee membenarkan salinan penyata kewangannya diberikan kepada Encik Lim Chee Soon kerana salinan penyata tersebut tidak mempunyai sebarang unsur penyelewengan seperti yang dituduh. Pemberian salinan penyata kewangan peribadi diberikan kepada Encik Lim Chee Soon atas keizinannya. 

Pemberian salinan penyata kewangan ini diharap dapat memberi penjelasan yang lebih nyata kepada Encik Lim Chee Soon tetapi ternyata tanggapan Encik Lee salah kerana Encik Lim Chee Soon menggunakan salinan penyata kewangan tersebut untuk mengaburi serta memburukkan nama Encik Lee.


F) Pada bulan Jun 2015, pihak COB Klang telah menghantar sepucuk surat kepada Pengurusan Bayu Villa mengenai tarikh perjumpaan yang akan diadakan pada 2hb Julai 2015 mengenai "Semakan Akaun Bagi Pangsapuri Bayu Villa" berdasarkan aduan yang dibuat oleh Encik Lim Chee Soon.


G) Pada 2hb Julai 2015. Perjumpaan diadakan di dalam bilik mesyuarat dalam keadaan suasana yang tegang bersama dengan Ahli Jawatan Kuasa JMB Bayu Villa, Encik Bernard Thong - Syarikat Pengurusan, Encik Lim Chee Soon - Pengadu, Pegawai COB Klang dan Pegawai Polis.




Sila rujuk kepada butiran dibawah untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut. Butiran dibawah penuh dengan segala penjelasan.

http://bayuvillaapartment.blogspot.my/2015/07/mesyuarat-semakan-akaun-bagi-pangsapuri.html

Di akhir perbincangan pihak COB Klang mencadangkan kepada Encik Lim Chee Soon jika Encik Lim masih tidak berpuas hati bolehlah membuat lapuran kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.