Thursday, July 31, 2014

Kolam Renang Telah Dikeringkan Untuk Menghindari Pembiakan Nyamuk



Kolam renang berdekatan Blok C dan Blok E. Kolam renang yang pada asalnya dimuatkan dengan air sehingga penuh sebelum tarikh pemilihan dan mengundi pada 6hb Julai 2014 tetapi disebabkan oleh motor pengepamnya tidak berfungsi, ianya dibiarkan begitu sahaja oleh pihak pengurusan JMB yang lama. Pihak pengurusan lama telah membazirkan sejumlah wang yang amat besar dengan memuatkan air yang begitu banyak dan tidak dapat digunakan sepenuhnya.

Pengurusan JMB baru telah membersihkan kolam ini bagi menjaganya dari pembiakan nyamuk. Sila rujuk kepada petikan blog yang lepas di sini. http://bayuvillaapartment.blogspot.com/2014/06/keadaan-kolam-renang-selepas-7-bulan.html



Kolam renang berdekatan Blok A dan Blok B yang pada asalnya telah kering semenjak tahun lepas sehingga sekarang.

Friday, July 25, 2014

Rayuan Mengenai Notis Pemotongan Bekalan Elektrik di Bayu Villa


Surat kepada pihak COB Klang dan salinan kepada pihak TNB Klang. Sumber maklumat memberitahu bahawa pihak TNB akan memotong bekalan elektrik di Bayu Villa selepas perayaan Hari Raya. Di samping itu pihak Syabas telah memaklumkan kepada pihak JMB Bayu Villa bahawa mereka akan memotong bekalan air pada pertengahan bulan Ogos.

Monday, July 21, 2014

Babak Video Perjumpaan Dengan Penduduk Di Dewan Bayu Villa

Ini adalah rakaman video perjumpaan pada 20hb Julai 2014 dengan penghuni yang tinggal di dalam Bayu Villa bersama dengan Pengerusi. Satu perkembangan yang amat baik dengan kehadiran begitu ramai penghuni yang menghadirinya untuk mengetahui keadaan sebenar yang berlaku di dalam pengurusan Bayu Villa yang lepas (JMB lama). 
 
Pengurusan JMB yang lama mengurus pengurusan Bayu Villa dari 10hb November 2013 sehingga 6hb Julai 2014 setelah mereka berjaya mengambil alih serta menendang keluar Bayu Villa Management Corporation Sdn Bhd.
 
Daripada maklumat yang diterima apabila pihak pengurusan JMB baru meminta berapakah jumlah simpanan (tunai di dalam simpanan tangan) yang masih lagi ada pada pengurusan JMB lama? Jawapannya ialah sudah kering dan tidak ada satu sen pun yang tinggal. Mereka juga  tidak berupaya untuk memberi atau mempunyai maklumat tentang akaun semasa? Hairan ?????? Kenapa boleh terjadi insiden sedemikian?????? Harus buat LAPURAN POLIS !!!!!

Sunday, July 20, 2014

Ketua Penyelenggaraan dan Pengurus Bangunan Bayu Villa Diberhentikan Kerja Serta Merta

Ketua Penyelenggaran Encik Jeffry Abu Hassan dan Pengurus Bangunan Encik Azman Abdul Aziz telah diberhentikan kerja oleh Pengerusi JMB Bayu Villa yang baru dan ianya berkuatkuasa serta merta. Pemecatan mereka berkuatkuasa pada 19hb Julai 2014.

Sehubungan dengan itu Pengerusi memohon agar semua penghuni serta pemilik bekerjasama membayar tunggakan wang penyelenggaran dengan secepat yang mungkin bagi membantu menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan kepada pihak TNB dan SYABAS. 

Saturday, July 19, 2014

Cermin Kereta Di Baling Batu Bata Sehari Selepas Hari Pengundian.

Ini merupakan gambar yang baru kami terima daripada salah seorang penghuni atau pemilik di Bayu Villa. Gambar ini di ambil pada 7hb Julai 2014 (waktu pagi) sehari selepas proses pengundian  yang dijalankan pada 06.07.2014 (Ahad) di Bayu Villa. 
Kejadian ini berlaku apabila seorang pakcik yang datang bersama dengan isterinya untuk mengundi (dalam keadaan sakit dan tidak sihat) pada hari tersebut. Sewaktu beliau hendak membuat pendaftaran bagi pihak isterinya, beliau di beritahu bahawa isteri beliau tidak layak mengundi kerana lambat menjelaskan tunggakan wang penyelenggaran (tunggakan wang penyelenggaran telah dijelaskan sehingga bulan Mei - bayaran di buat pada awal bulan Julai sebelum hari pengundiaan). 
Pakcik tersebut berasa tidak puas hati dengan tindak tanduk pihak pengurusan dan menuduh mereka menyalahgunakan kuasa, menaikkan suara beliau serta menghentam meja. Pakcik tersebut mempertikaikan kesahihan pihak pengurusan JMB lama dan memberitahu mereka telah menyalahgunakan kuasa mereka menghalang pemilik daripada hak mereka untuk mengundi. Selepas kejadian tersebut pakcik itu meminta maaf atas kesilapan yang berlaku tadi kepada pihak pengurusan pada hari tersebut. Tindakan pakcik tersebut mengambil tindakan sedemikian kerana beliau menginginkan supaya pengundian dapat dijalankan secara adil dan saksama. 
Disebabkan oleh kejadian itu berlaku terdapat segelintir yang merasa kurang puas hati apabila melihat kejadian ini di kawasan pengundian. Pada hari keesokannya cermin depan kereta pakcik tersebut di baling batu bata sehingga retak dan pecah. Dipercayai batu bata tersebut di baling sebanyak 3 kali.
 
Kos membaiki cermin kereta tersebut mencecah beribu ringgit untuk memperbaikinya. 

Mangga Kunci Pejabat Pengurusan Di Potong Setelah Seminggu Di Tutup.

 
Pejabat Pengurusan Bayu Villa yang telah di kunci oleh Ketua Penyelenggaran Encik Jeffry Abu Hassan selama seminggu akhirnya telah di buka setelah mangga kunci tersebut di potong oleh pihak JMB Bayu Villa yang baru di lantik.
 
Penguncian pejabat pengurusan pada minggu lepas di buat selepas terdapat elemen yang meragukan serta mencurigakan dan tiada persefahaman di antara pihak pengurusan JMB yang lama dengan pihak pengurusan JMB yang baru di lantik.
Pihak Pro-Team Bayu Villa menyokong penuh tindakan pemotongan mangga kunci ini dan kami amat mengalu-alukan pembukaan tersebut kerana ianya dapat membantu ramai penduduk yang hendak datang berurusan dengan pihak pengurusan dan pejabat pengurusan dapat beroperasi seperti biasa.

Perjumpaan Dengan Penduduk 20hb Julai 2014. Jam 2.30 Petang.

Memo ini telah di hantar oleh Pengerusi Baru JMB Bayu Villa kepada semua penduduk serta penghuni yang tinggal di Bayu Villa untuk menjemput mereka menghadiri perjumpaan serta  berbincang mengenai isu isu yang timbul di Bayu Villa.

Ini merupakan satu tindakan yang bijak yang di ambil oleh pengerusi dalam menangangi isu isu bersama dengan penduduk di Bayu Villa.

Kehadiran penduduk pada perjumpaan ini amatlah dihargai. Di harap semua penduduk dapat datang meluangkan masa bersama pengerusi serta ahli jawatankuasanya dalam memahami serta menyelesaikan masalah dan isu dalaman yang berlaku di dalam Bayu Villa.

Tarikh : 20hb Julai 2014
Jam: 2.30 petang.
Tempat : Dewan Bayu Villa.

Thursday, July 17, 2014

Sudah Seminggu Berlalu Pejabat Pengurusan Bayu Villa Masih Lagi Di Tutup

Pejabat Pengurusan Bayu Villa yang telah di tutup seminggu yang lepas masih lagi tidak di buka untuk beroperasi. Keadaan sedemikian tidak akan membawa sebarang kebaikan tetapi lebih kepada keburukan terhadap Bayu Villa. 

Dikuatiri selepas perayaan Hari Raya, jika tiada apa apa tindakan daripada pihak Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa yang baru, pihak TNB dan SYABAS akan mengambil tindakan memotong bekalan elektrik dan air di kawasan Bayu Villa.

Tindakan mengunci pejabat serta menunggu surat atau sijil pengesahan daripada Pihak Pesuruhjaya Bangunan (COB) Klang akan mengakibatkan keadaan menjadi lebih buruk jika sijil itu masih lagi di dalam pemprosesan dan mengambil masa yang lebih lama untuk di proses. Sepatutnya pihak pengurusan boleh menjalankan operasi dengan membuka pejabat mereka sehingga menunggu sijil pengesahan dikeluarkan.

Tuesday, July 15, 2014

Iklan Di Setiap Pintu Masuk Lif Bayu Villa.


Idea yang bernas dan bagus jika iklan ini dapat membantu menambah wang pendapatan ke dalam Tabung Bayu Villa. Malahan ianya dapat mencantikkan keadaan di sekitar ruangan masuk ke dalam lif.

Sunday, July 13, 2014

Kereta Terbakar Di Dalam Kawasan Perkarangan Bayu Villa


Kejadian dipercayai berlaku akibat lebih kurang 4 orang yang tidak dikenali masuk ke dalam Bayu Villa membaling beberapa botol gasolin buatan sendiri ke atas kereta tersebut. Kereta adalah milik seorang penghuni. 


Dipercayai penghuni mempunyai masalah peribadi dengan pihak luar. 

Thursday, July 10, 2014

Pejabat Pengurusan Bayu Villa Di Tutup Sementara Waktu.


Disebabkan terdapat percanggahan dan keraguan di antara pihak Pengurusan Lama (Ex-JMB) dengan pihak Ahli Jawatan Kuasa Baru (New-JMB), pejabat terpaksa di tutup sehingga sijil pengesahan perlantikan dikeluarkan oleh Pihak COB Klang.


Tuesday, July 8, 2014

Update On Action Plan 8/07/2014

8th July 2014

Dear Residents,

UPDATE ON ACTION PLAN

The following are the actions we have taken thus far from Sunday.

a) We had a meeting with the previous management and did a first round of handover (Sunday 6 July 2014). We have documents issues and payment issues to sort out. We have a long list of items to verify and to take over with a clean slate.
b) We have submitted documents to COB for the certification of our elected committee. COB will get back to us within 14 days. We have requested our application to be expedited. We are hoping for a speedy reply from COB.
c) We have contacted the lift management company. We have some overdue payments with them. They have inspected the lift and have list of repair and maintenance works to be done on the lift. We will meet with them next week and work out a plan to up the lifts. This will incur some costs and we will manage with whatever funds we have. 

We welcome the feedback and complaints from our residents. We take them in and sort them out one by one according to urgency and priorities. We request your patience and understanding. The issue cannot be resolved overnight but rest assured that it will be resolved in time.

Sincerely,

Sri Sharmini S  

Monday, July 7, 2014

Pembayaran Wang Tunggakan Penyenggaraan Pada Hari Mengundi.

Surat yang di balas oleh pihak COB Klang terhadap surat yang di hantar pada 2hb Julai 2014 berkenaan dengan bayaran menjelaskan segala tunggakan pada hari mengundi. Sila rujuk kepada link yang tertera untuk maklumat  yang terperinci dan lebih lanjut. (http://bayuvillaapartment.blogspot.com/2014/07/pembayaran-wang-tunggakan.html)

Pada hari mengundi pihak pengurusan JMB yang lama tidak membenarkan kami semua masuk mengundi walaupun kami telah menjelaskan segala tunggakan wang penyelenggaran sehingga akhir bulan Mei 2014. Jelas sekali pihak pengurusan JMB cuba menggunakan segala cara muslihat supaya kami yang telah menjelaskan segala tunggakan tidak dapat masuk untuk mengundi. 

Nasib menyebelahi kepada kami apabila pihak COB Klang mengatakan kami adalah pemilik yang sah yang telah menjalankan kewajipan menunaikan pembayaran wang penyelenggaran dan harus di beri tempat masuk untuk mengundi. 

Barisan Ahli Jawatan Kuasa Baru JMB Yang Di Pilih Pada 6hb Julai 2014

Pengerusi : Cik Sri Sharmini Seraithara
Setiausaha : Cik Noorshemah Shaik Dawood
Bendahari : Cik Nurul Sharyanti Abdul Razak
Ahli Jawatan Kuasa : Cik Umah Devi Marimuthu
Ahli Jawatan Kuasa : Encik Zainuddin Saiges

Tahniah kami ucapkan kepada pemilihan Ahli Jawatankuasa Baru Badan Pengurusan Bersama Bayu Villa Apartment. Semoga pemilihan mereka dapat membawa kemajuan kepada Bayu Villa Apartment. 

Sunday, July 6, 2014

Keputusan Undi Pada 06hb Julai 2014

Kerusi Pengerusi : Menang Tanpa Bertanding
Cik Sri Sharmini Seraithara

Kerusi Setiausaha : MenangTanpa Bertanding
Cik Noorshemah Shaik Dawood

Kerusi Bendahari : 
Cik Nurul Sharyanti Abdul Razak - 24 Undi
Encik Lee Boon Hoe - 20 Undi

Kerusi Ahli Jawatan Kuasa : 
Cik Umah Devi Marimuthu - 22 Undi
Encik Lee Boon Hoe - 20 Undi

Kerusi Ahli Jawatan Kuasa : Menang Tanpa Bertanding 
Encik Zainuddin Saiges

Mesyuarat Agung Luarbiasa Pemilihan Ahli Jawatan Kuasa Baru (JMB) Bayu Villa

Undi yang sepatutnya berjalan dengan lancar pada hari itu dicemari oleh pihak pengurusan JMB yang menahan kami daripada masuk untuk mengundi. Pihak JMB mengatakan bahawa jika Tunggakan Wang Penyelenggaraan yang di bayar selepas 31.05.2014, maka mereka tidak akan dibenarkan masuk mengundi.
 
Oleh itu kami terpaksa menunggu kehadiran pihak COB Klang untuk mengatasi masalah yang kami hadapi. Sejurus selepas kehadiran pegawai tertinggi dari COB Klang, Tuan Ari Adam kami dibenarkan masuk untuk mengundi setelah diperjelaskan di dalam Akta 663 di mana pemilik yang telah membayar segala tunggakan wang penyelenggaraan sehingga 31.05.2014 boleh dibenarkan masuk mengundi. 









Ucapan daripada Pengerusi baru JMB Bayu Villa Cik Sri Sharmini.

Ahli Jawatan Kuasa JMB Bayu Villa yang baru di pilih.

Thursday, July 3, 2014

Akta 663, Seksyen 8 (1) - Arahan dari COB Klang.

Surat yang di hantar kepada JMB Bayu Villa mengenai waktu mengadakan himpunan Mesyuarat Agung Luarbiasa pada 6hb Julai 2014. Nasihat telah diberikan kepada pihak JMB Bayu Villa supaya menukar masa dari pukul 8.00 pagi ke suatu masa yang sesuai untuk semua pemilik dapat menghadiri mesyuarat tersebut. 

Saranan daripada pihak COB Klang tidak diendahkan malahan pihak JMB Bayu Villa tetap dengan keputusan mereka. Sehubungan dengan keadaaan sedemikian pihak COB Klang tidak mempunyai cara lain selain menggunakan kuasa yang tertera di dalam Akta 663.

Menggunakan Akta 663, Seksyen 8 (1), pihak COB Klang mengarahkan pihak JMB Bayu Villa menukar masa daripada 8.00 pagi kepada 9.30 pagi.

Maklumat Yang Tidak Tepat Daripada Pihak Pengurusan JMB Mengenai Tunggakan Syabas


Dalam lapuran polis pada 26hb Jun 2014 oleh Setiausaha JMB Encik Titus Raj, pihak pengurusan ada mempertikaikan bahawa pihak pengurusan lama Bayu Villa Management Corporation Sdn. Bhd. ada mempunyai tunggakan ke atas Syabas sebanyak RM260,000.00 (sehingga 26.06.2014) tetapi jika lihat pada surat notis yang dikeluarkan oleh Syabas, jelas sekali tunggakan kepada Syabas sehingga 06hb Disember 2013 oleh pengurusan yang lama cuma RM219,958.69. 

Kenapa boleh terdapat tambahan RM40,000.00 ke atas pengurusan yang lama sedangkan notis hitam putih menjelaskan jumlah RM219,958.69 (http://bayuvillaapartment.blogspot.com/2013/12/notis-pemotongan-bekalan-air-ke-bayu.html)

Soalan kami sekali lagi KENAPA pihak SYABAS datang memotong bekalan air pada 2hb Julai 2014. Jelas sekali pihak JMB Bayu Villa tidak membuat bayaran yang sepatutnya sehinggakan pihak SYABAS terpaksa datang dan memotong bekalan air.

Wednesday, July 2, 2014

Pembayaran Wang Tunggakan Penyelenggaraan Pada Hari Mengundi.



Syabas Memotong Bekalan Air Ke Dalam Bayu Villa Apartment

Pintu di kunci supaya kontraktor tidak dapat keluar selepas memotong bekalan air.
Pihak polis tidak dapat berbuat apa apa selain memantau keadaan yang begitu genting pada waktu itu sehingga berlaku kekecohan di antara pihak Syabas dengan pihak pengurusan.

Dipercayai pihak pengurusan (JMB) yang sedia ada tidak membuat bayaran ke atas penggunaan air di kawasan Bayu Villa setelah mengambil alih selama 7 bulan.


Bekalan air di sambung semula setelah perbincangan di antara pihak pengurusan dengan pihak atasan Syabas atas dasar bulan Puasa.


Paip yang telah di potong dan telah di sambung kembali selepas perbincangan. Difahamkan caj  penyambungan semula paip akan dikenakan ke atas bil akaun Bayu Villa berjumlah RM1,000.00 ke atas.