Saturday, January 31, 2015

Penyata Perbelanjaan Kewangan JMB Bayu Villa Untuk Bulan November 2014

Penyata kewangan untuk bulan November 2014 telah kami kemaskini. Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa akan memaparkan penyata kewangan yang penuh setelah penyata akaun bank yang berakhir 13.11.2014 diterima.




Ahli Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMC) Bayu Villa telah memutuskan untuk memaparkan penyata kewangan setiap bulan. Penyata kewangan bulan September 2014 dan Oktober 2014 telah dipaparkan mengikut masa dan sekarang penyata kewangan bulan November 2014 juga dibentangkan.





Untuk makluman anda semua, Bendahari JMB Bayu Villa telah melantik seorang pengurus akaun untuk mengaudit kewangan semasa JMB Bayu Villa untuk 4 bulan bermula bulan September 2014, Oktober 2014, November 2014 dan Disember 2014.






Bendahari JMB Bayu Villa juga ingin menyatakan bahawa penggunaan akaun bank JMB Bayu Villa masih lagi dibekukan, Mengikut maklumat yang terbaru kemungkinan pengunaan akaun bank dapat digunakan sepenuhnya sebelum Perayaan Tahun Baru Cina.


Ringkasan Penyata Bulan November 2014

Jumlah tunai diterima        : RM 145,610.67

Jumlah perbelanjaan tunai : RM 167,804.80
                                             --------------------
                                             RM - 22,194.13

Jumlah tunai dari Oktober : RM   18,736.72
                                            ---------------------
                                             RM   - 3,457.41


Jumlah tunai yang terkurang dibawa ke hadapan (bulan Disember) : RM -3,457.41

Jumlah tunai di dalam Bank sehingga 01.11.2014 : RM 24,614.10

Jumlah cek diterima dari 01.11.2014 - 13.11.2014 : RM 18,581.91

Jumlah cek diterima dari 14.11.2014 - 30.11.2014 : RM 42,175.35

Jumlah perbelanjaan mengunakan cek atau dikredit 01.11.2014 - 30.11.2014 :

1) Credit Advice - RM 5.00

2) Syabas - RM 10,000.00

3) Pejabat Tanah - RM 5,943.20

4) Cek Tendang - RM 1,582.20

Jumlah keseluruhan Wang Tunai Yang Sedia Ada - RM 64,383.55

Friday, January 30, 2015

C-G-10. Tak Habis Habis Mencuri Bekalan Elektrik. Sudah Dipotong Dipasang Kembali.



Bekalan elektrik masih lagi dicuri oleh C-G-10. Setelah dipotong beberapa kali, beliau mencuri bekalan elektrik lagi. Kejadian mencuri ini telah menyebabkan kawasan luar legar tingkat bawah mengalami kegelapan.


Semalam JMB Bayu Villa telah menghantar sekeping notis caj bayaran RM300.00 untuk kesalahan mencuri bekalan elektrik kepunyaan Bayu Villa.



Kejadian mencuri bekalan elektrik dengan memasang litar elektrik secara persendirian telah menyebabkan bekalan elektrik mengalami gangguan serta menyebabkan terdapat pintasan elektrik yang berlaku.



Thursday, January 29, 2015

Mesyuarat Bersama TNB Negeri Berhubung Pelan Pembayaran Ansuran. Suasana Perbincangan Tegang.

Pada hari Isnin (26.01.2015) Bendahari JMB Bayu Villa Encik Lee bersama dengan Pengerusi Persatuan Penduduk Bayu Villa Encik Salim bin Alias telah pergi ke pejabat TNB Negeri di Taipan, USJ, Subang Jaya untuk membincangkan isu tunggakan pelan pembayaran ansuran yang telah beberapa kali terbengkalai di bahagian TNB Cawangan Klang.

Kes ini terpaksa dirujuk kepada pihak atasan yang lebih tinggi lagi iaitu TNB Negeri yang berpusat di Wisma TNB Subang Jaya. 


Maklumat terperinci di dalam perbincangan. 

Jam 11.45 pagi. Perbincangan bermula dengan pengenalan sesama sendiri. Kali ini perbincangan melibatkan Pengurus Besar TNB Negeri Selangor Encik Bahar, Setiausaha Puan Rozanna, Pegawai Pemungatan Hasil Encik Mohd Zul Faez.

Sesi bermula dengan penerangan oleh Bendahari JMB Bayu Villa Encik Lee berkenaan status sebenar apakah yang berlaku dan kenapa pihak TNB harus membantu Bayu Villa mengharungi kesusahan yang dialami oleh Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa.

Setelah mendengar segala penerangan, pihak TNB tidak bersetuju dengan cadangan JMB Bayu Villa bahawa pelan pembayaran ansuran sebanyak RM10,000.00 sebulan adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh pihak TNB Negeri kerana ianya terlalu jauh di bidang kuasa TNB Negeri.

Pengurus Negeri menerangkan bahawa cadangan TNB Negeri ialah memberi pelan pembayaran ansuran sebanyak 15 kali dan keputusan ini adalah yang terbaik jika dibandingkan dengan pelan pembayaran ansuran asal sebanyak 12 kali. 

Encik Lee menerangkan bahawa pelan pembayaran ansuran sebanyak 15 kali tidak dapat dilaksanakan memandangkan komitmen yang begitu besar yang harus dilalui oleh JMB Bayu Villa. 


Jika RM 407,000.00 / 15 kali = RM27,000.00 sebulan campur bil semasa dalam anggaran RM12,000.00 sebulan. Jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM39,000.00. Tidak mungkin JMB Bayu Villa dapat berjaya mengharungi halangan ini.

Encik Lee menegaskan walaupun diberi tawaran sebanyak 20 kali pun JMB Bayu Villa tidak mampu membuat bayaran. Setiap kali perbincangan pihak TNB nenekankan Encik Lee supaya menerima cadangan tersebut, Encik Lee menolak habis habisan cadangan tersebut. 

Encik Lee menerangkan komitmen seperti pembayaran kepada Syabas sebanyak RM35,000.00 harus di selesaikan setiap bulan dan jika pihak Syabas boleh bersetuju menerima pelan ansuran sebanyak RM10,000.00 sebulan dan kenapa pihak TNB tidak boleh berbuat demikian? Malahan Encki Lee menerangkan masih terdapat kos kos perbelanjaan yang harus ditanggung bagi memastikan JMB Bayu Villa dapat beroperasi.

Dengan lantas Encik Bahar menyatakan jika pihak JMB Bayu Villa boleh membuat pembayaran sebanyak RM 35,000.00 kepada pihak Syabas kenapa pula tidak boleh membuat bayaran kepada pihak TNB sebanyak RM35,000.00. Encik Lee menerangkan bahawa bil semasa Syabas ialah RM25,000.00 dicampur dengan pembayaran tunggakan sebanyak RM10,000.00 jadi angka itu meningkat kepada RM35,000.00. 

Pengerusi Persatuan Penduduk Encik Salim juga menyuarakan kesanggupan JMB Bayu Villa adalah terhad dan pihak Persatuan sedang berusaha untuk bekerjasama dengan pihak JMB dalam menangani masalah yang timbul.

Encik Lee juga menerangkan tunggakan penghuni keatas JMB Bayu Villa ialah dalam anggaran RM 780,000.00 dan pihak JMB Bayu Villa sedang berusaha mendapatkan tunggakan tersebut dengan menjalankan aktiviti pemotongan bekalan air.

Pegawai TNB yang hadir juga menyarankan supaya Encik Salim sebagai Pengerusi Persatuan haruslah memainkan peranan yang lebih penting dalam memastikan penghuni penghuni membayar tunggakan dan membantu JMB Bayu Villa. 

Boleh dikatakan sesi perbincangan ini melalui satu perbahasan yang amat panjang di mana pihak TNB Negeri menekan Bendahari JMB Bayu Villa berkali kali supaya menerima pelan pembayaran ansuran yang dikemukan oleh TNB Negeri. Encik Lee dengan ketetapannya menekankan jika pihak TNB masih ingin menekan pembayaran selama 15 bulan, maka JMB Bayu Villa tidak boleh berbuat apa apa.


Encik Lee juga berkali kali meminta kerjasama daripada pihak TNB Negeri agar memberi perlepasan kepada JMB Bayu Villa dan menekankan bahawa JMB Bayu Villa memang mempunyai niat hendak membuat bayaran dan bukan sekadar datang membawa tangan kosong. Semenjak mengambil alih, JMB Bayu Villa telah membayar TNB sebanyak RM70,000.00 dalam tunggakan dan bil semasa tiga bulan RM30,000.00 telah dijelaskan.  

Sewaktu perbincangan juga, Encik Lee juga bertanyakan kepada pihak TNB Negeri kenapa mengambil tindakan yang begitu drastik memotong bekalan elektrik setelah surat rayuan telah dikemukan kepada TNB Negeri? Setiausaha Puan Rozanna menjawab bahawa pihak TNB Negeri tidak menerima sebarang surat rayuan atau penjelasan daripada JMB Bayu Villa. Bagi mengukuhkan penghantaran surat itu memang ada dibuat, Encik Lee meminta Encik Mohd Zul Faez supaya memberi surat salinan berserta dengan cop penerimaan bahawa TNB Meru ada menerima salinan surat tersebut.

Di dalam perbincangan tersebut Encik Lee juga mengutarakan kenapa pihak TNB tidak mengambil tindakan yang sepatutnya apabila tunggakan melebihi ratusan ribu. Kenapa nak diberi kelonggaran yang begitu lama sehingga menyebabkan apa yang berlaku hari ini?

Setelah proses perbincangan mengalami jalan buntu, Encik Bahar meminta Encik Lee membuat tawaran baru supaya proses perbincangan mengenai pelan pembayaran ansuran dapat diselesaikan. Encik Lee memberi tawaran baru bahawa pembayaran balik kepada TNB daripada 40 kali dikurangkan kepada 30 kali tetapi cadangan tersebut ditolak habis habisan oleh TNB Negeri kerana Pengurus TNB Negeri menyatakan beliau tidak mempunyai mandat yang begitu tinggi.

Perbahasan berterusan dengan kedua dua pihak tidak mahu mengundurkan diri dan masing masing cuba memainkan peranan di mana satu pihak cuba mengutip tunggakan dengan secepat yang mungkin dan di satu pihak lagi cuba melambatkan proses pembayaran ansuran bagi menyelamatkan situasi dan keadaan di Bayu Villa.

Pihak TNB Negeri juga menekankan pembayaran harus dijelaskan mengikut ketetapan TNB Negeri dan meminta JMB Bayu Villa cuba mendapatkan segala dana yang ada daripada pihak kerajaan negeri jika ianya perlu melibatkan YB ataupun Adun supaya menolong JMB Bayu Villa menyelesaikan masalah ini. Mengikut informasi yang didapati daripada COB Klang, sememangnya pihak kerajaan negeri ada memperuntukan sebahagian dana untuk pemulihan pengsapuri.

Encik Lee tidak bersetuju dengan cadangan tersebut dan menekankan proses peruntukan ini cuma untuk pengsapuri yang berharga kos rendah iaitu nilai pengsapuri tersebut dibawah RM 80,000.00 dan peruntukan itu cuma untuk kerja memperbaiki segala kerosakan yang sedia ada seperti lif, tangki air ataupun litaran elektrik yang lama. Dalam peruntukan tersebut tidak termaktub pembayaran bil tunggakan seperti Cukai Tanah, bil Elektrik dan bil Syabas ada di beri peruntukan?

Pihak TNB Negeri tidak ingin mendengar penjelasan Encik Lee dan menekankan kalau tidak dicuba atau dipohon, kenapa JMB Bayu Villa mengatakan tidak boleh mendapatkan peruntukan? Pengurus Besar Negeri Encik Bahar menerangkan pihak TNB Negeri akan memberi satu jangkamasa yang secukupnya untuk JMB Bayu Villa mendapatkan peruntukan tetapi surat aku-janji harus ditanda tangani.


Memandangkan soalan ini tidak mempunyai jalan penyelesaian setelah ditekan beberapa kali, Encik Lee bersetuju dengan cadangan pihak TNB Negeri tetapi dengan syarat.

Dengan lantang Encik Lee menyuarakan persetujuannya dengan pembayaran balik sebanyak 15 kali dengan surat aku-janji sekali tetapi bertanya kepada pihak TNB jika proses mendapatkan peruntukan daripada mana mana pihak menemui jalan buntu, apakah TNB Negeri akan lakukan dan bagaimana TNB Negeri boleh membantu JMB Bayu Villa dalam keadaan situasi sebegini jika tiada peruntukan? 

Kesemua lima lima pegawai termasuk Pengurus Negeri yang tertinggi duduk diam seketika dan tidak dapat memberi jawapan ke atas soalan yang dikemukan. 

"Bukan tidak boleh ditanda tangani surat aku-janji tetapi jika dana peruntukan tidak boleh diperolehi daripada mana mana pihak, maka TNB Negeri pun tidak boleh berbantu apa apa, akhirnya JMB Bayu Villa yang akan menghadapi kesengsaraan."

Memandangkan cadangan ini tidak boleh diguna pakai, Encik Lee membuat tawaran yang baru RM15,000.00 sebulan untuk menjelaskan tunggakan tersebut. Cadangan tersebut ditolak lagi oleh Pengurus Negeri. Encik Lee menerangkan bahawa ini merupakan tawaran yang penghabisan dan tawaran ini tidak akan berganjak lagi kerana tawaran ini adalah di luar jangkaan JMB Bayu Villa. 

Setelah bertekak dan berbincang dengan begitu lama, jalan penyelesaian tetap tidak dapat dicapai. Pihak TNB Negeri memberi kata putus memandangkan tiada persetujuan dicapai bahawa pemotongan bekalan elektrik akan dilakukan. Encik Lee menegaskan terpulanglah kepada TNB apakah yang harus dilakukan kerana keupayaan JMB Bayu Villa adalah terhad tetapi ingat "Jangan melibatkan bekalan elektrik penghuni".

Pengurus Negeri meminta agar JMB membuat sedikit lagi tambahan kepada angka RM15,000.00 supaya kata putus boleh dipersetujui. Setelah diminta beberapa kali akhirnya Encik Lee menambahkan jumlah pembayaran ansuran sebanyak RM16,000.00 sebulan, tambahan seribu ringgit. "Ada tambah jangan kata tak tambah"

Pengurus Negeri menyarankan bahawa jumlah itu terlalu kecil jika boleh tambah lagi. Encik Lee menyatakan tidak mungkin JMB akan menaikan jumlah itu lagi. Selepas itu pihak TNB Negeri memberi cadangan supaya tunggakan itu diselesaikan sebanyak 24 kali di bawah kuasa mandat yang ada pada Pengurus Negeri.

Memandangkan perbezaan pembayaran RM16,000.00 sebulan yang mengambil masa selama 25 bulan lebih dijadikan kepada 24 kali bayaran maka Encik Lee bersetuju dengan syarat bahawa selepas surat aku-janji ditanda tangani segala caj penalti yang baru untuk tunggukan yang lama haruslah diberhentikan.

Pihak TNB tidak bersetuju bahawa caj penalti tidak boleh dikecualikan kerana ianya termaktub di dalam akta TNB. Encik Lee menyatakan jika caj penalti juga dikenakan selepas surat aku-janji ditanda tangani maka penjanjian ini tidak akan dipersetujui. 

Encik Lee dengan rasa tidak puas hati mengatakan TNB sama sahaja seperti "AH LONG", sudah dipersetujui pelan pembayaran ansuran, akaun TNB Bayu Villa masih lagi hendak dikenakan caj penalti ke atas tunggakan lama. Ini adalah tidak adil sama sekali. 

Pengurus Negeri dengan suara yang tidak puas hati meminta Encik Lee supaya berhati hati apabila menggunakan perkataan "AH LONG" sebab TNB bukan "AH LONG". Oleh kerana isu ini telah sampai kesuatu tahap perbincangan yang amat tegang, Encik Lee meminta maaf atas kata katanya dan menarik balik perkataan tersebut. 



Encik Lee menegaskan jika pihak TNB Negeri tidak berupaya memansuhkan caj penalti selepas surat aku-janji ditanda tangani maka JMB Bayu Villa tidak akan membuat sebarang pembayaran lagi.

Akhirnya pihak TNB Negeri terpaksa akur dengan kehendak permintaan Encik Lee dan meminta Encik Lee menulis sepucuk surat rayuan yang akan dihantar kepada TNB Negara di Bangsar bagi mendapatkan kebenaran mengecualikan bayaran caj penalti baru keatas tunggakan yang lama. Tetapi proses permohonan ini perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak atasan.

Perbincangan Bagaimana Meningkatkan Mutu Kerja Pembersihan.


Mesyuarat diadakan bagi membincangkan isu bagaimana mempertingkatkan mutu kerja pembersihan. Walaupun kerja pembersihan berjalan dengan lancar tetapi masih terdapat banyak kes bahawa kerja pembersihan yang dilakukan oleh Syarikat Wani Bro Enterprise tidak menampakan sistem penggunaan SOP (Standard Operation Procedure) yang teratur di mana masih banyak lagi aduan mengenai kerja pembersihan lantai yang tidak cukup bersih.

Isu isu lain juga diperbincangkan bagi menaikkan taraf operasi di dalam bahagian pengurusan terutama dengan perlantikan baru pengurus bangunan dan cara cara bagaimana hendak menguruskan  Bayu Villa.   

Wednesday, January 28, 2015

Enforcement Of Strata Management Act To Be Announced Soon

PUTRAJAYA: The enforcement of the Strata Management Act 2013 (Act 757), which replaces the Building and Common Property (Maintenance and Management) Act 2007, is to be announced soon.





This was decided at the 69th meeting of the National Council for Local Government chaired by Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin here today.


Urban Well-being, Housing and Local Government Minister Datuk Abdul Rahman Dahlan and Deputy Minister Datuk Halimah Sadique also attended the meeting.



According to a ministry statement, the enforcement of Act 757 would have a positive impact and significance for millions of residents living in strata-title buildings who make up 30% of the country's population.

"To ensure their comfort and well-being, the management of the building must attain the high standard set, including through Act 757," said the statement, which was issued after the meeting.


With the enforcement of Act 757, a Strata Management Tribunal would be set up to help resolve problems or disputes among residents and interested parties simply, quickly and cheaply.

The statement said setting up the tribunal needed the approval of the state legislative assembly for the appointment of the chairman, deputy chairman, members and staff.

The meeting also agreed that the enforcement of the Strata Management (Maintenance and Management) Regulations would be done at the same time as the enforcement of Act 757.

The meeting today also unanimously agreed on applying the Malaysian Private Entities Reporting Standards (MPERS) as a foundation for the financial preparations of the Strata Building Management authorities in peninsular Malaysia and the Federal Territory of Labuan.

The meeting also agreed on the Island and Marine Park Physical Development Planning Guidelines, which are a review of the Island Physical Development Planning Guidelines published by the Town and Country Planning Department in 1996.


The guidelines, among others, assist the state governments, local authorities and developers manage, control and develop island areas in the aspects of placement and density as well as permitted and prohibited activities. – Bernama


.....................................................................................................

The new Act will replace the Building and Joint Property (Management and Maintenance) 2007 (Act 663)

Kerja Penyemburan Ubat Nyamuk Secara Besar Besaran. Wabak Deman Denggi Berleluasa.


Kes deman denggi dikatakan telah sampai ke peringkat yang merbahaya. Mengikut sumber yang didapati daripada pihak hospital Klang, jumlah pesakit yang mengalami deman denggi meningkat dengan begitu mendadak sekali.





Perkara ini berlaku setelah musim hujan yang melanda pada bulan lepas dan kini telah menyebabkan pembiakan nyamuk yang begitu berleluasa. 


 

Rata rata boleh dikatakan terdapat beberapa orang penghuni menghadapi deman denggi dan kawasan kediaman Bayu Villa dan Taman Bayu Perdana telah diwartakan sebagai kes deman denggi yang tinggi.




Untuk mengurangkan keadaan kejadian kes deman denggi yang tinggi di dalam kawasan Bayu Villa, Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa telah menjalankan proses pemyemburan secara besar besaran yang melibatkan keseluruhan Bayu Villa.




Porses penyemburan ini dijalankan oleh kontraktor yang dilantik di mana proses penyemburan bermula dari pukul 6.30 petang dan berakhir sehingga lebih kurang pukul 10 malam.




Penyemburan kali ini berlainan dengan penyemburan yang dibekalkan oleh pihak Majlis Perbandaran Klang di mana pemyemburan ubat nyamuk kali ini dilakukan di setiap penjuru dan di setiap tingkat bangunan A,B,C,D dan E.




Kebiasaan kerja penyemburan yang dilakukan oleh pihak Majlis Perbandaran Klang lebih kepada keseluruhan kawasan bawah rumah sahaja dan tidak sampai kepada keseluruhan setiap tingkat.




Memandangkan kes deman denggi yang begitu tinggi, perlaksanaan ini amatlah perlu bagi membendung kejadian kes deman denggi daripada berulang. 




Penghuni di dalam Bayu Villa diminta supaya sentiasa menjaga kebersihan kawasan Bayu Villa dan memastikan rumah mereka sentiasa di sembur dengan ubat nyamuk bagi menghindari berlakunya kejadian deman denggi. 




Untuk kerja penyemburan ini yang berjalan lebih kurang selama 3 jam setengah, kos perbelanjaan membuat semburan dari setiap tingkat ke setiap tingkat di kesemua 5 blok bangunan menelan perbelanjaan sebanyak RM 500.00. 



Tuesday, January 27, 2015

Kereta Diconteng Dengan Teruk Sekali. Berhati Hati Penghuni Yang Mempunyai Kenderaan.


Kejadian ini sudah melampaui batas. Kerja kerja menconteng kenderaan sekarang sudah tidak bermoral lagi. Semalam terdapat kejadian menconteng keseluruhan kenderaan tuan punya kereta ini.


Dipercayai kejadian ini dilakukan pada waktu malam. Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa berasa hairan kenapa kenderaan yang diletak di dalam kawasn letak kereta penghuni masih lagi ada orang yang berupaya menconteng kereta tersebut.


Penghuni yang tinggal di dalam diminta berwaspada akan kenderaan masing masing memandangkan kerja menconteng ini bukan hanya pada kenderaan ini sahaja tetapi berlaku pada kereta yang lain juga.