Saturday, February 28, 2015

Pembaikian Jubin Lantai Siap Diperbaiki Di Blok A.




Lantai jubin yang pecah telah diperbaiki setelah mendapat aduan daripada salah seorang penghuni di Blok A. Tempat tersebut merupakan laluan utama yang dipakai guna oleh penghuni setiap hari.



Kerja pembaikian ini terpaksa dilakukan dengan segera bagi memastikan tiada penghuni yang mengunakannya terjatuh, cedera atau tertendang akan jubin yang pecah itu. 



Friday, February 27, 2015

Pembayaran Ansuran Pertama Kepada TNB Bermula. Tunggakan Kepada TNB Masih Lagi RM390,450.30


Proses pembayaran ansuran yang pertama (1st installment) berjumlah RM16,978.99 telah dilaksanakan. Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa masih lagi bertungkus lumus dan cuba sedaya upaya dalam mengharungi rintangan ini. 


Jika dikaji daripada jumlah penerimaan wang penyelenggaraan sehingga kini, ianya masih lagi tidak dapat mencerminkan bahawa JMB Bayu Villa dapat melepasi halangan ini dengan begitu mudah sekali. 

Diharap proses pembayaran ansuran kali ini akan dapat berjalan dengan lancar pada setiap bulan. 

Tunggakan Lama Pelan Ansuran RM407,429.29 - Ansuran Pertama (1) RM16,978.99 = RM390,450.30 


Thursday, February 26, 2015

Pengalihan Kereta Lama Telah Siap Dilaksanakan.



Kerja pengalihan kereta lama di dalam Bayu Villa telah siap dilaksanakan. Sebanyak 3 buah kenderaan yang terlibat dalam proses pengalihan ini.



Salah sebuah kereta yang telah di letak begitu lama di dalam sebuah petak kepunyaan tuan punya rumah yang baru di beli atas lelongan awam oleh pihak mahkamah.

Beliau membuat aduan bahawa tempat pakirnya tidak dapat digunakan. JMB Bayu Villa bertindak secepat yang mungkin untuk mengatasi masalah ini.



Kos pengalihan kereta lama ini memerlukan kos perbelanjaan sebanyak RM210.00 (RM70.00 sebuah). Pihak pengurusan akan menguruskan kerja kerja pengalihan kereta di masa akan datang jika terdapat lagi kereta yang tidak sepatutnya berada di dalam kawasan dalaman Bayu Villa.

Kerja Penyemburan Nyamuk Selesai Akhirnya Di 5 Blok Bangunan.


Kerja penyemburan ubat nyamuk bagi membendung pembiakan nyamuk aedes telah berakhir semalam. 



Kerja penyemburan ini akan dilakukan pada setiap bulan jika perlu bagi menjaga keselamatan penghuni di Bayu Villa. Kerja penyemburan ini dilakukan pada setiap tingkat dan memerlukan sekurang kurang 4 jam untuk menyiapkan keseluruhan lima bangunan yang sedia ada.

 

Keseluruhan kos perbelanjaan pemyemburan ialah RM500.00 untuk 5 blok bangunan termasuk kawasan luaran, tempat pakir serta taman bunga.
 


Tuesday, February 24, 2015

Dengue Fever Deaths Up To 54 In Malaysia As At Today


The number of dengue fever related fatalities in Malaysia has increased by 10 since our last report one week ago, bringing the total deaths to 54 since the beginning of the year.



Aedes aegypti 

Malaysia health officials put the country’s dengue tally at 22,464 through Feb. 23. Selangor continues to report the most cases in the country with more than half the total.

In 2014, Malaysia saw a big increase in dengue, in fact a three-fold increase from the 2013 numbers.

The World Health Organization says dengue is transmitted by the bite of a mosquito infected with one of the four dengue virus serotypes. It is a febrile illness that affects infants, young children and adults with symptoms appearing 3-14 days after the infective bite.

Dengue is not transmitted directly from person-to-person and symptoms range from mild fever, to incapacitating high fever, with severe headache, pain behind the eyes, muscle and joint pain, and rash. There is no vaccine or any specific medicine to treat dengue. People who have dengue fever should rest, drink plenty of fluids and reduce the fever using paracetamol or see a doctor.

Severe dengue (also known as dengue hemorrhagic fever) is characterized by fever, abdominal pain, persistent vomiting, bleeding and breathing difficulty and is a potentially lethal complication, affecting mainly children. Early clinical diagnosis and careful clinical management by trained physicians and nurses increase survival of patients.
............................................................................................................

Even though the weather in Malaysia is experiencing a hot weather still the number of dengue cases have risen to a level never seen.




In light of this situation, JMB Bayu Villa have decided to engage another round of fogging that is already taken place in Bayu Villa today and tomorrow another round of fogging will be done at Blok A. 










Monday, February 23, 2015

Kerja Pemotongan Dahan Pokok Telah Berakhir Keseluruhannya.

 
Kerja pemotongan dahan pokok di keseluruhan Bayu Villa telah berakhir di mana kerja pemotongan yang terakhir dijalankan di Blok C.



Keadaan permandangan keseluruhan Bayu Villa nampaknya lebih bersih dan teratur dengan kebanyakan dahan dahan pokok telah dipotong mengikut kesesuaianya.


 
 
Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa berharap penghuni yang tinggal di dalam dapat menikmati keindahan keseluruhan dalaman Bayu Villa.




 
 



Saturday, February 21, 2015

COB Klang Tidak Cukup Cekap Apabila Menguruskan Masalah Pengurusan Bangunan.

Surat Pengesahan JMB Bayu Villa Yang Lama

Seperti yang sedia maklum, JMB Bayu Villa menghadapi masalah penggunaan akaun bank kerana terdapat kekeliruan di antara pihak Hong Leong Bank Berhad dengan pihak COB Klang.

Berminggu minggu JMB Bayu Villa mengejar kedua dua pihak untuk mempercepatkan proses kebenaran mengunakan akaun bank yang sedia ada tetapi kedua dua pihak mengatakan mereka telah melakukan serta telah mengeluarkan dokumen yang sepatutnya.


Pihak Hong Leong Bank Berhad memerlukan surat pengesahan maka pihak COB Klang pula mengatakan surat pengesahan yang dikeluarkan dahulu boleh diguna pakai. 

Oleh kerana tidak tahan dengan tindak tanduk kedua dua pihak, JMB Bayu Villa secara sendirinya mengejar kedua pihak setiap hari dan apabila dokumen pengesahan dapat dikeluarkan, pihak COB Klang melakukan kecuaian dengan mengeluarkan sepucuk surat pengesahan Ahli Jawatankuasa JMB Bayu Villa yang lama.

Senarai Pengesahan JMB Bayu Villa Yang Baru

Bagaimana pihak COB Klang dapat mengendalikan keseluruhan pengsapuri di keseluruhan Klang? Sepucuk surat pengesahan yang dikejar setiap hari pun boleh disalahkan keluarkan dengan senarai nama pihak JMB Bayu Villa yang lama. 

Bagaimana dengan orang atasan mereka di COB Klang? Senarai nama ahli jawatankuasa tidak diperiksa dengan betul sebelum mengeluarkannya. Kerja pihak COB Klang tidak cukup cekap dalam menangangi isu ini yang telah ditarik dari bulan Oktober 2014 sehingga bulan Februari 2015.

Pada hari Isnin (16.02.2015) yang lepas surat pengesahan yang baru diterima dan telah diserahkan kepada pihak Hong Leong Bank Berhad untuk diproses dan diaktifkan penggunaan akaunnya.

Friday, February 20, 2015

Bil Semasa TNB Sebanyak RM 9,425.01 Telah Dijelaskan.


Bil semasa TNB sebanyak RM9,425.01 telah dijelaskan bagi mengemaskini supaya proses pembayaran tunggakan untuk pelan ansuran tidak terjejas dan mengikut jumlah kelulusan ansuran pembayaran 24 kali mengikut surat akujanji yang diminta oleh TNB.

Kelulusan pembayaran ansuran RM407,429.29 sebanyak 24 kali akan melibatkan pembayaran ansuran sebanyak RM16,976.22 setiap bulan bermula bulan Februari 2015.

Seperti yang anda sedia maklum, pemotongan bekalan air di Blok D akan dijalankan pada minggu hadapan.

Thursday, February 19, 2015

Penyata Perbelanjaan Kewangan JMB Bayu Villa Untuk Bulan Disember 2014


Penyata kewangan untuk bulan Disember 2014 telah kami kemaskini. Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa tidak dapat memaparkan penyata kewangan yang penuh setelah penyata akaun bank yang berakhir 13.01.2015 tidak diterima sehingga hari ini. 



Penyata kewangan bulan September 2014, Oktober 2014 dan November 2014 telah dipaparkan mengikut masa dan sekarang penyata kewangan bulan Disember 2014 juga dibentangkan.



Untuk makluman anda semua, keempat empat penyata kewangan untuk bulan September 2014 sehingga bulan Disember 2014 telah dihantar kepada seorang jurukira untuk dikemaskini dan disediakan supaya dapat dipaparkan dengan segera.