Tuesday, May 31, 2016

Tunggakan Wang Penyelenggaraan Penghuni Keatas Bayu Villa Berjumlah RM596,745.90


Mengikut lapuran dan sistem maklumat yang sedia ada sehingga 31hb Mei 2016, tunggakan wang penyelenggaran penghuni keatas JMB Bayu Villa adalah berjumlah RM 596,745.90

Mengikut jangkaan akaun pendapatan dan perbelanjaan yang sedia ada, kewangan JMB Bayu Villa mungkin sedikit sebanyak akan menghadapi masalah kewangan dalam beberapa bulan ini jika proses mendapatkan tunggakan yang sedia ada tidak bertambah baik.

Proses pengagihan pembayaran kepada penghutang yang lama mungkin akan ditangguhkan selama sebulan dua jika keadaan tidak mengizinkan.

Monday, May 30, 2016

Salah Letak Petak Pakir. Angin Keempat Tayar Dilepaskan.


Semalam berlaku satu kejadian penghuni baru yang salah meletakan keretanya disebelah pakir kereta orang lain. Disebabkan oleh kejadian ini, tuan punya pakir tersebut dalam keadaan mabuk pada waktu malam 2.00 pagi telah melepaskan angin keempat empat tayar tersebut.


Bukan itu sahaja, perempuan itu dalam keadaan mabuk ingin memecahkan cermin kereta tersebut. Pengawal Keselamatan telah memberi amaran jangan berbuat begitu tetapi dalam keadaan mabuk beliau melepaskan angin keatas empat tayar tersebut.


Kedua dua buah kenderaan cuma letak bersebelahan sahaja dan adalah penghuni di Blok B. Penghuni baru tinggal di Blok B tingkat 6 dan seorang lagi tinggal di Blok B tingkat 3.


Inilah masalah mentaliti setengah penghuni yang tinggal di dalam Bayu Villa. Kereta itu cuma letak di salah petak sedangkan petak penghuni baru itu boleh digunakan tetapi pemabuk itu mati mati hendak merosakkan dan melepaskan angin keempat empat tayar tersebut.

Malahan selepas selesai melepaskan angin tersebut perempuan yang mabuk itu terus memarahi pengawal keselamatan di pos kawalan.

Saturday, May 28, 2016

Kereta Yang Tak Bergerak Masih Dibiarkan Begitu Sahaja.



Inilah yang dapat kita lihat sifat penghuni yang sengaja meletakkan kenderaan mereka ditempat pakir pengunjung sehingga ramai yang tidak dapat meletakkan kereta mereka masing masing.

Tempoh beberapa minggu yang lalu, sebanyak 3 kenderaan telah pun ditarik tetapi kali ini dan berkemungkinan besar pihak pengurusan akan menarik kereta ini dan diletak diluar sahaja.

Penghuni disini sengaja meletakan kereta mereka ditempat pakir pengunjung dan membiarkannya tidak bergerak langsung. Kita dapat lihat didalam gambar sebanyak 5 kenderaan yang telah diletak begitu lama dan tidak bergerak langsung.

Friday, May 27, 2016

Aliran Akaun JMB Bayu Villa Untuk 3 Bulan Pertama 2016.


Akaun untuk 3 bulan pertama 2016, akaun penerimaan dan perbelanjaan telah siap disediakan. Kepada sesiapa yang inginkan maklumat dengan lebih terperinci haruslah pergi ke pejabat JMB Bayu Villa untuk mendapatkan salinan.

Diharap dengan pemaparan akaun ini ianya akan membantu penghuni di dalam Bayu Villa mengetahui keadaan sebenar kewangan JMB Bayu Villa. Satu salinan akaun telah ditampal di papan notis JMB Bayu Villa.  

Harap maklum. 

Wednesday, May 25, 2016

Tunggakan Bayu Villa Kepada Syabas Sehingga Kini Hanya Tinggal RM166,971.66


Mengikut rekod semasa yang sedia ada, tunggakan Bayu Villa keatas Syabas hanya tinggal RM166,971.66

Jika dibandingkan dengan kedudukan asal tunggakan Bayu Villa semasa diambil alih oleh pengurusan baru jumlah tunggakan sebenarnya ialah RM392,216.58

Satu jumlah yang amat jauh bezanya jika hendak dibandingkan dengan jumlah sebenar. Sebanyak RM225,245.58 telah pun dibayar habis setakat ini.

Ungkapan Kisah Sebenar Hutang Bayu Villa kepada Syabas.

Monday, May 23, 2016

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Siasatan Telah Diberhentikan.



Berhubung dengan siasatan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 08.09.2015, pihak pengurusan ingin memaklumkan bahawa sisatan SPRM telah selesai dan segala fail fail yang dikutip oleh pihak SPRM telah dipulangkan kepada pihak pengurusan pada 04.02.2016.

Atas sebab sebab fail-fail yang telah diambil oleh SPRM dan dipulangkan lewat, pihak pengurusan tidak dapat menyediakan akaun semasa pada waktu yang ditetapkan memandangkan fail fail tersebut perlu disusun dan diatur semula dan dihantar kepada pengurusan akaun untuk mengemaskinikan susunan akaun tersebut.


Pihak SPRM telah memaklumkan kepada pihak pengurusan bahawa siasatan keatas Bayu Villa telah pun *DIBERHENTIKAN* tetapi kena tunggu panel penilaian untuk memberi keputusan keatas siasatan ini.

Untuk makluman sekalian, penyusunan akaun untuk tiga bulan pertama tahun 2016 telah siap dilakukan dan kini dipaparkan di papan tanda di dalam Bayu Villa.

Sedikit sebanyak berhubung apa yang berlaku di Bayu Villa pada tahun lepas. Sila rujuk dibawah:
http://bayuvillaapartment.blogspot.my/2015/09/suruhanjaya-pencegahan-rasuah-malaysia.html


Saturday, May 21, 2016

Pengurus Baru Perkhidmatan Lif Dari Canny Elevator (M) Sdn Bhd


Encik Wong Yu Ching ialah pengurus baru di Canny Elevator (M) Sdn Bhd. Dia akan bertanggung jawab keatas segala masalah lif yang berada di dalam Bayu Villa.


Jika ada masalah berkenaan dengan lif, perkhidmatan 24 Jam telah disediakan dengan panggilan talipon 1800-22-1700.



Thursday, May 19, 2016

Penyerahan Salinan Report Polis Dan Dokumen Yang Berkenaan


Minggu lepas pihak pengurusan Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa telah menerima sepucuk surat daripada pihak COB Klang berhubung dengan perkara penyelewengan wang penyelenggaraan yang berlaku pada tahun 2014.

Sehubungan dengan status yang terbaru, pihak pengurusan JMB Bayu Villa akan menyediakan segala bahan bahan dan bukti untuk dikemukakan kepada pihak COB Klang.

Berikut adalah senarai senarai paparan berita yang dipaparkan pada tahun lepas berhubung berita sensasi mengenai -

1) Sejumlah Besar Wang Penyelenggaraan Telah Dilesapkan. 
http://bayuvillaapartment.blogspot.my/2015/08/sejumlah-besar-tunggakan-wang.html



2) Lapuran Polis Kes Penyelewengan Memadamkan Rekod Tunggakan Wang Penyelenggaraan.
http://bayuvillaapartment.blogspot.my/2015/08/lapuran-polis-kes-penyelewengan.html



3) Senarai Nama Unit Resit Palsu Yang Dikeluarkan Bagi Memadamkan Segala Tunggakan Wang Penyelenggaraan. 
http://bayuvillaapartment.blogspot.my/2015/08/senarai-nama-unit-resit-palsu-yang.html



4) Penyata Kutipan Wang Penyelenggaraan Untuk Bulan Jun 2014. RM 32,605.87 Diterima Dalam Sehari????? 
http://bayuvillaapartment.blogspot.my/2015/08/penyata-kutipan-wang-penyelenggaraan.html


Tuesday, May 17, 2016

Suasana Yang Kecoh Berlaku Dihadapan Boom Gate.


Pakcik ini tidak mengunakan kad akses. Katanya disebabkan oleh kenaikan wang selenggara dia tidak mahu membayar wang penyelenggaraan.

Keluar pun tidak mempunyai kad akses atau tidak mahu menggunakannya.



Ini lah gambar gambar gambar yang diambil bulan lepas bagi penghuni penghuni yang tidak mempunyai kad akses. Dipanggilnya pergi ke pejabat, kata mereka akan pergi dan sudah beberapa kali tidak pergi ke pejabat.



Perkara yang sama juga terhadap penghuni ini yang juga tidak mempunyai kad akses.



Macam macam yang boleh berlaku di dalam Bayu Villa. Menyusahkan kerja pengawal keselamatan apabila mereka yang berhutang tidak mahu membayar tunggakan tetapi hendak menggunakan tempat pakir kereta.




Monday, May 16, 2016

Kecoh Sampai Kereta Diletak Ditengah Jalan Masuk Boom Gate





Pertelingkahan demi pertelingkahan berlaku di tempat masuk Boom Gate sehinggakan kereta ini diletakkan di tengah tengah kawasan masuk.

Kejadian ini berlaku pada minggu lepas. Sepatutnya hal sedemikian tidak seharusnya berlaku tetapi ianya tetap berlaku. 


Keadaan ini telah menyebabkan kereta tersebut telah menghalang kereta kereta yang lain tidak boleh masuk ke dalam Bayu Villa.


Pihak pengawal keselamatan telah berkali kali menyuruh tuan punya rumah ini menyelesaikan tunggakan atau menghadapi masalah masuk ke dalam Bayu Villa.


Perkara ini selalu sahaja terpaksa bertekak dan bukan sekali dua tetapi setiap kali sahaja memberi alasan sehinggakan tercetus perasaan tidak puas hati.

Lalu penghuni ini meletakkan  keretanya ditengah jalan masuk ke dalam Bayu Villa.


Anda sendirilah menilai tahap mentaliti setengah setengah penghuni di dalam Bayu Villa. Sudah tak jelaskan tunggakan wang penyelenggaraan, berhentikan kereta di tengah tengah dan tinggalkan kereta.

Sunday, May 15, 2016

Salah Meletakan Kenderaan Ditempat Yang Tak Dibenarkan.




Kesalahan meletakkan kenderaan masing masing ditempat yang tak dibenarkan merupakan satu masalah yang selalu berlaku di dalam Bayu Villa.



Kes kes sebegini selalu sahaja berlaku di dalam Bayu Villa dan setiap kali harus diberi amaran demi amaran.





Oleh kerana Clamping telah rosak, banyak kereta yang salah meletakkan kenderaan mereka sesuka hati tidak dapat di kunci tayar kenderaannya. 




















Kereta Pesona salah letak tempat petak kereta unit rumah orang lain. Kes ini selalu sahaja berlaku dan bukan sekali tetapi berkali kali.