Friday, January 29, 2016

Taklimat Imigrasi Meter Bekalan Air Meter Pukal Ke Bekalan Air Meter Individu



Wednesday, January 27, 2016

Kejadian Mencuri Bekalan Air Berlaku Lagi. Kali Ini Di D-2-23A



Sebuah lagi unit rumah di D-2-23A mencuri bekalan air apabila Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa menghentikan perkhidmatan airnya.

Setelah diperiksa rumah tersebut mempunyai tunggakan yang agak tinggi iaitu sebanyak RM2,653.21.
 

Penghuni penghuni yang beginilah yang selalu menyebabkan pihak pengurusan susah menjalankan tugas dalam menyelenggara hal ehwal kewangan Bayu Villa.

Merekalah merupakan penyebab utama yang menyebabkan segala kemudahan di dalam Bayu Villa tidak dapat diperbaiki sepenuhnya.
  
Oleh kerana beliau mencuri bekalan air, satu notis akan diberikan bahawa pencurian air akan menyebabkan bayaran mencuri sebanyak RM300.00 setiap bulan akan dikenakan ke atas akaun penghuni tersebut.
 

Monday, January 25, 2016

Proses Pemeriksaan Penilaian Penukaran Meter Air Kepada Meter Individu.


Dua minggu yang lepas, beberapa orang pegawai daripada Syabas telah datang dan menbuat tinjauan keadaan pemasangan meter air di dalam Bayu Villa. 


Proses pemeriksaan ini adalah semata mata hendak menilai berapakah anggaran kos proses penukaran meter air dari pihak pengurusan kepada pihak individu yang tinggal di dalam Bayu Villa.


Segala kos perbelanjaan proses penukaran ini akan dikenakan pada anggaran lebih kurang RM500.00 sebiji rumah mengikut maklumat yang diterima daripada pihak Syabas dan ianya akan dikenakan terus  keatas setiap penghuni rumah tersebut.


Satu taklimat akan diadakan pada 28.02.2016 (Ahad) jam 10.00 pagi di dewan orang ramai oleh pihak Syabas berhubung dengan isu pemasangan meter baru.
Semua penghuni adalah digalakan menghadiri taklimat tersebut kerana ianya akan melibatkan sejumlah perbelanjaan yang besar yang mungkin akan ditanggung oleh setiap penghuni. 

Monday, January 18, 2016

Penyata Perbelanjaan Kewangan JMB Bayu Villa Untuk Bulan Disember 2015

Penyata perbelanjaan kewangan untuk bulan Disember 2015 telah dikemaskini. Untuk makluman anda semua, perbelanjaan pada bulan Disember 2015 ialah RM 144,311.45 berbanding dengan jumlah kutipan yang diterima berjumlah RM 92,939.08








Pada bulan Disember 2015 JMB Bayu Villa mengalami perbelanjaan defisit sebanyak RM - 51,372.37, oleh itu kewangan Badan Pengurusan (JMB) Bayu Villa bagi tahun 2016 berkemungkinan menghadapi masalah memandangkan perbelanjaan deficit yang cukup tinggi.
 
Ringkasan Penyata Bulan Disember 2015

Jumlah tunai diterima        :  RM   92,939.08
Jumlah perbelanjaan tunai :  RM 144,311.45
                                            --------------------
                                             RM - 51,372.37

For those who want to join our new Facebook *Bayu Villa Apartment Klang* click the link below.
 

Saturday, January 16, 2016

Mesyuarat Agung Tahunan JMB Bayu Villa Apartment 2015


Mesyuarat Agung Tahunan 2015 yang diadakan pada 10.01.2016 telah berlansung di dewan orang ramai Bayu Villa. Kehadiran adalah amat mengecewakan di mana purata penghuni yang menghadiri mesyuarat ini adalah lebih kurang 40 orang sahaja.


Mesyuarat yang sepatutnya bermula pada pukul 2.00 petang telah ditunda sehingga 2.30 petang dan tamat pada pukul 5.45 petang.


Mesyuarat bermula dengan Pengerusi mesyuarat Cik Sri Sharmini memulakan sesi mesyuarat. Selepas itu Bendahari JMB Bayu Villa Encik Lee memaparkan dan menceritakan sejauh manakah peningkatan dan pencapaian JMB Bayu Villa sebelum dan selepas mengambil alih. 

Banyak isu isu sampingan turut dipertikaikan dan diperbincangkan bagi memastikan segala masalah yang timbul dapat diselesaikan. 

Isu seperti meluluskan penarikan kereta buruk yang berada ditempat parkir pelawat dibawa keluar dari kawasan dalaman parkir pelawat dan sebagainya.


Pihak COB Klang juga datang membuat tinjauan dan menghadiri mesyuarat tersebut bagi melihat segala perbincangan di dalam mesyuarat dijalankan mengikut ketetapan yang dibenarkan.


Isu perbincangan yang paling hangat dipertikaikan adalah berkenaan isu kenaikan Wang Penyelenggaraan sebanyak 10 peratus iaitu RM10.00 semenjak tahun lepas pada bulan April 2015.

Walau bagaimana pun isu kenaikan ini tidak dapat dielakan memandangkan kos kenaikan harga barangan serta caj GST yang telah memberi kesan yang amat ketara ke atas segala urusan yang dijalankan di dalam Bayu Villa.
  

Demi mengekalkan kedudukan kewangan pengurusan JMB Bayu Villa supaya berada dalam kewangan yang sihat dan dapat menjalankan kewajipan memberi kebaikan kepada penduduk, Bendahari JMB Bayu Villa menekankan isu kenaikan ini adalah untuk kebaikan penghuni Bayu Villa dan bukanlah untuk JMB Bayu Villa.

Wang penyelenggaraan yang diterima akan dilaburkan balik ke atas Pengsapuri Bayu Villa untuk memastikan segala urusan menaikan taraf tempat ini dapat dijalankan.


Tetapi isu kenaikan pada tahun ini iaitu pada bulan April 2016 mungkin akan dibuat diperbincangkan semula sementara melantik sebuah syarikat penyelenggaran menilai apakah kadar caj wang penyelenggaran yang sepatutnya dikenakan ke atas Pengsapuri Bayu Villa.

Mesyuarat Ahli Jawatan Kuasa akan dijalankan serta merta bagi memutuskan adakah isu kenaikan ini harus dikekalkan atau ditangguhkan.


Di akhir mesyuarat perlantikan 3 ahli baru sebagai Ahli Jawatan Kuasa ke dalam Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa. Ini bermakna JMB Bayu Villa sekarang mempunyai sebanyak 11 orang Ahli Jawatan Kuasa.


Nama nama mereka akan dipaparkan selepas mendapat kelulusan daripada pihak COB Klang. 

Yang menghairankan pada mesyuarat kali ini ialah cuma 2 orang penghuni Melayu sahaja yang menghadirinya. Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa berasa hairan kenapa begitu ramai kaum Bumiputra yang tinggal di dalam Bayu Villa tidak mengambil inisiatif dalam menghadiri mesyuarat yang amat penting ini?  


Friday, January 15, 2016

JMB Bayu Villa Mendapat Kelulusan Membuat Bayaran Cukai Tanah Secara Ansuran


 
Cukai Tanah berjumlah RM 41,978.00 untuk tahun 2016 telah pun diterima. Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa telah membuat permohonan untuk membayar secara ansuran sebanyak 5 kali.
 
Kelulusan telah diberikan kepada badan pengurusan dan pembayaran ansuran yang pertama sebanyak RM 8,395.60 telah dilakukan pada 15.01.2016.
 

 
Untuk makluman semua penghuni, Badan Pengurusan (JMB) Bayu Villa tidak berupaya membuat bayaran sekali gus kerana kewangan yang sedia ada tidak membenarkan kami untuk berbuat demikian. 
 
 
Mengikut maklumat yang diterima, segala urusan berkenaan jual beli mahupun urusan pinjaman semula akan menghadapi sedikit sebanyak masalah kerana pihak Pejabat Tanah Galian di Shah Alam tidak membenarkan segala proses urusan dijalankan jika masih terdapat tunggakan yang sedia ada.


Wednesday, January 13, 2016

Anggaran Perbelanjaan Yang Diperlukan Setiap Bulan Untuk Tahun Kewangan 2016



Jika dilihat dan dikaji daripada angka yang sedia ada, ini adalah jumlah kedudukan anggaran perbelanjaan yang diperlukan pada setiap bulan.

Anggaran perbelanjaan ini adalah tepat mengikut keadaan semasa. Buat masa ini perbelanjaan untuk tahun kewangan 2016 akan diperketatkan lagi bagi memastikan kewangan pengurusan berada dalam keadaan stabil.

Monday, January 11, 2016

Lapuran Penerimaan Dan Perbelanjaan Untuk Tahun Kewangan 2015.



Lapuran penerimaan dan perbelanjaan untuk tahun kewangan 2015 telah disediakan. Untuk makluman anda semua Badan Pengurusan JMB Bayu Villa mengalami perbelanjaan defisit sebanyak 

RM - 108,869.71

Jika dikaji dengan secara mendalam, perbelanjaan defisit ini akan mengakibatkan keseluruhan kewangan pengurusan JMB Bayu Villa mengalami masalah. 

Pihak pengurusan telah dapat merasakan kemungkinan tahun kewangan 2016 akan menghadapi masalah disebabkan oleh : 

1) Kerja kerja pembaikian yang harus dijalankan seperti pembaikian lif, penukaran pam motor dan pam air serta panel bekalan elektrik yang telah rosak.

2) Pembayaran tunggakan berjumlah sebanyak RM579,884.59 yang harus diselesaikan pada setiap bulan. 

Jika keadaan ini tidak mengizinkan, kemungkinan pihak pengurusan akan menguruskannya secara peringkat minimal. Segala kerja pemulihan akan diberhentikan buat sementara waktu.

Semalam kesemua penghuni yang hadir di mesyuarat Agung Tahunan telah diberikan salinan lapuran bagi memaklumkan kepada mereka akan lapuran penerimaan dan perbelanjaan untuk tahun 2015 ini.


Saturday, January 9, 2016

Penyata Perbelanjaan Kewangan JMB Bayu Villa Untuk Bulan November 2015

Penyata perbelanjaan kewangan untuk bulan November 2015 telah dikemaskini. Untuk makluman anda semua, perbelanjaan pada bulan November 2015 ialah RM 142,430.47 berbanding dengan jumlah kutipan yang diterima berjumlah RM 139,779.00





Walaupun pada bulan November 2015 JMB Bayu Villa mengalami perbelanjaan defisit sebanyak RM -2,651.47, namum pengurusan kewangan JMB Bayu Villa masih lagi berada dalam keadaan yang teratur tetapi bukan yang terbaik.

Ringkasan Penyata Bulan November 2015

Jumlah tunai diterima        : RM 139,779.00

Jumlah perbelanjaan tunai : RM 142,430.47
                                             --------------------
                                             RM -  2,651.47


For those who want to join our new Facebook *Bayu Villa Apartment Klang* click the link below.

Friday, January 8, 2016

Jumlah Tunggakan Wang Penyelenggaraan Sehingga 31.12.2015 - RM 631,972.95


Jumlah tunggakan daripada penghuni Bayu Villa sehingga 31.12.2015 ke atas tunggakan wang penyelenggaraan berjumlah 

RM631,972.95 

Jumlah ini masih lagi jauh daripada tahap yang dikehendaki oleh pengurusan iaitu dalam sekitar RM500,000.00

Sehingga hari ini tahap kewangan JMB Bayu Villa tidaklah begitu memuaskan kerana banyak dana telah digunakan untuk kerja pembaikian di dalam Bayu Villa. 

Nampaknya mulai tahun ini (2016) kewangan JMB Bayu Villa akan menghadapi masalah kewangan kerana setiap bulan JMB Bayu Villa mengalami perbelanjaan defisit setiap bulan.

Thursday, January 7, 2016

Penyata Perbelanjaan Kewangan JMB Bayu Villa Untuk Bulan Oktober 2015

Penyata perbelanjaan kewangan untuk bulan Oktober 2015 telah dikemaskini. Untuk makluman anda semua, perbelanjaan pada bulan Oktober 2015 ialah RM 108,560.48 berbanding dengan jumlah kutipan yang diterima berjumlah RM 100,805.81




Walaupun pada bulan Oktober 2015 JMB Bayu Villa mengalami perbelanjaan defisit sebanyak -RM 7,754.67, namum pengurusan kewangan JMB Bayu Villa masih lagi berada dalam keadaan yang teratur tetapi bukan yang terbaik.

Ringkasan Penyata Bulan Oktober 2015

Jumlah tunai diterima        :  RM 100,805.81

Jumlah perbelanjaan tunai :  RM 108,560.48
                                            --------------------
                                             RM  - 7,754.67

For those who want to join our new Facebook *Bayu Villa Apartment Klang* click the link below.

Sunday, January 3, 2016

Salah Parking Kereta. Banyak Yang Kena Dikunci.