Tuesday, September 30, 2014

Kontraktor Lori Sampah Terpaksa Digunakan.


Petang tadi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa terpaksa menyewa sebiji tong pembuangan sampah (10' X 6' X 4') yang besar bagi memunggah segala sampah yang sudah penuh di tempat pembuangan sampah berdekatan Blok C.



Penyewaan in dilakukan atas sebab kontraktor pembuangan sampah yang di lantik oleh Majlis Perbandaran Klang tidak akan memunggah segala sampah yang berbentuk rumput, dahan pokok, barangan perabut serta kayu kayu kecil yang di buang oleh penduduk.



Penyewaan sebiji tong pembuangan sampah ini adalah berharga RM 250.00 untuk sekali pembuangan. Jika di lihat serta di analisa di kawasan pembuangan sampah, kemungkinan JMB Bayu Villa terpaksa menggunakan khidmat agen pembuangan sampah sebanyak 3 kali pembuangan yang akan mengakibatkan kos sebanyak RM 750.00.



Untuk permulaan, pembayaran secara tunai cuma boleh di terima sebelum agen pembuangan sampah menurunkan tong pembuangan sampah. Oleh itu Bendahari JMB terpaksa mengeluarkan wang peribadinya bagi mempercepatkan proses pembuangan sampah ini.



Jika sampah yang bertindih ini tidak dibersihkan dengan secepat yang mungkin, di kuatiri kesihatan penduduk serta penghuni mungkin terjejas. Proses pembuangan sampah sarap ini haruslah dipercepatkan bagi memudahkan agen yang mengutip sampah di setiap blok di Bayu Villa mempunyai ruangan yang cukup untuk membuang sampah mereka.



Untuk pengetahuan awan, agen pembuangan sampah yang di lantik oleh Majlis Perbandaran Klang tidak akan mengutip sampah sampah yang berbentuk rumput, dahan pokok, perabut serta kayu kayu kecil yang di buang ke dalam tong sampah.  

Monday, September 29, 2014

Gotong Royong Anjuran Persatuan Penduduk Bayu Villa.

Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa ingin mengucapkan ribuan terima kepada semua penduduk dan penghuni yang keluar beramai ramai dalam menjalankan aktiviti bergotong royong membersihkan keseluruhan kawasan perkarangan Bayu Villa.






Sehubungan dengan aktiviti yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Bayu Villa, Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa telah menghantar sebuah lorry mengambil serta memunggahkan sampah tersebut ke tempat pembuangan sampah di dalam Bayu Villa.




Program pembersihan yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Bayu Villa ini di lihat sebagai langkah pertama yang prihatin dalam menjaga kebersihan di dalam Bayu Villa serta memastikan tiada pembiakan nyamuk aedes berlaku.




Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli jawantankuasa Persatuan Penduduk Bayu Villa kerana inisiatif mereka mengaturkan gotong royong ini.




Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan perkembangan dan aktiviti Persatuan Penduduk Bayu Villa. Layarilah laman web FACEBOOK anda untuk menjadi sebahagian daripada komuniti di dalam laman facebook Persatuan Penduduk Bayu Villa. 



Sunday, September 28, 2014

Penyata Pembayaran Semasa Krisis Pemotongan Air.

Berikut adalah senarai nama yang telah keluar membuat bayaran pada saat saat genting semasa krisis pemotongan bekalan air yang berlaku kepada Bayu Villa Apartment.

Kutipan pada 23.09.2014 - RM 15,325.19

Tujuan pemaparan penyata ini adalah semata mata untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang keluar serta membantu pihak pengurusan JMB Bayu Villa melepasi halangan dalam membuat pembayaran kepada pihak Syabas.  

Kutipan pada 24.09.2014 - RM 14,695.96

Disebabkan Badan Pergurusan Bersama (JMB) Bayu Villa menuju ke arah lebih terbuka dan telus (transparent), Pengerusi bersama dengan Ahli Jawatankuasanya membuat keputusan memaparkan penyata bayaran ini untuk membolehkan penghuni serta penduduk lebih memahami akan kedudukan kemana saluran wang itu digunakan. Bayaran yang dipaparkan ini merangkumi bayaran tunai dan cek.

Kutipan pada 25.09.2014 - RM 5,084.85

Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa bersama sama dengan Pengerusi dan ahli jawatankuasanya akan berusaha sedaya upaya memberi maklumat yang terperinci mengenai akaun semasa. Buat masa ini pengurusan JMB Bayu Villa berada dalam proses cuba mendapatkan khidmat syarikat pengurusan di mana mereka boleh membantu pihak pengurusan membuat akaun kira kira.  
 
Jumlah yang dinyatakan di atas belum 100 peratus dikemaskini lagi. Kemungkinan terdapat sedikit perubahan di mana terdapat dua resit yang bernombor 7637 dan 7652 tidak dapat ditemui dan bagi mereka yang membayar secara awalan (advance payment selama 12 bulan) wang penyelenggaran sehingga tahun depan berhak mendapat potongan diskaun sebanyak 10 peratus. Dipercayai terdapat masalah dengan sistem komputer yang ada sekarang. 
 
Dalam masa 3 (tiga) hari, Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa berupaya mengumpul sejumlah RM 35,106.00. Tetapi kita harus ingat pembayaran tunggakan kepada pihak Syabas sebagai syarat membuka air kepada Bayu Villa adalah sebanyak RM 45,000.00 yang telah di bayar dahulu oleh Encik Lee (sebahagian wang yang dikumpul + wang peribadi Encik Lee)
 
Kepada mereka yang sudah membuat bayaran, pengurusan JMB Bayu Villa berharap semua resit tersebut haruslah di simpan dengan baik kerana di masa yang terdekat pihak pengurusan berkemungkinan akan menukarkan sistem komputer lama kepada sistem yang lebih baru dan lebih efektif.
 
Sekali lagi Pengerusi bersama Ahli Jawatankuasa JMB Bayu Villa ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang prihatin sewaktu kejadian pemotongan air yang berlaku.

Saturday, September 27, 2014

Penyata Kewangan Bank JMB Bayu Villa Sehingga Tarikh 13hb September 2014.

Sebagai langkah permulaan menuju ke arah lebih terbuka dan telus (transparent). Ahli Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMC) akan memaparkan penyata kewangan JMB Bayu Villa kepada penghuni serta penduduk yang ingin mengetahui situasi kewangan di dalam Bayu Villa. 

Penyata kewangan yang berakhir 13-09-2014 merupakan penyata kewangan terbaru yang menunjukkan baki sehingga 13-09-2014 adalah RM 34,845.84.


Jika di lihat serta di analisa akan kedudukan jumlah yang tertera di dalam penyata, ianya sememangnya tidak cukup untuk Badan Pengurusan Bersama Bayu Villa bertindak membangunkan Bayu Villa.

Kita harus faham bahawa setiap bulan Badan Pengurusan Bersama (JMB)  mempunyai komitmen setiap bulan iaitu sebanyak RM10,000.00 (pembayaran ansuran kepada Syabas), RM 5,943.20 (pembayaran kepada Pejabat Tanah dan Galian - quit rent) dan jumlah itu haruslah sentiasa disediakan di dalam akaun bank JMB Bayu Villa setiap bulan. 

In adalah cuma sebahagian daripada jumlah komitmen yang tertera di atas. Masih banyak lagi hutang yang belum di ambil kira seperti pengawal keselamatan, kontraktor pembersihan dan sebagainya.

Di sini pihak JMB Bayu Villa ingin menekankan jika keadaan kewangan Bayu Villa tidak dapat dipulihkan, kita mungkin akan menghadapi satu lagi krisis kewangan yang mungkin boleh mengakibatkan kejatuhan Bayu Villa sama sekali.

Motosikal Honda EX5 No: BGY 6763 Hilang.


Tempoh hari yang lepas sebuah motosikal jenama Honda EX5 No: BGY 6763 telah hilang di dalam perkarangan dalaman Bayu Villa. Di harap semua penduduk dan penghuni yang mempunyai motosikal dan kereta supaya memastikan kenderaan mereka di kunci setiap masa.
Dalam keadaan tiada pengawal keselamatan, Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa berharap agar penduduk serta penghuni sentiasa berjaga jaga dan berhati hati apabila meletakan kenderaan mereka serta memastikan kenderaan di kunci dan bagi motosikal di harap ditambahkan kunci mangga pada roda tayar mereka.

Friday, September 26, 2014

Barisan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMC) Bayu Villa.

Untuk makluman kepada anda semua, blog ini tidak lagi menggunakan nama "Pro-Team Bayu Villa Apartment Klang" tetapi telah bertukar kepada "JMB Bayu Villa Apartment Klang". 
Penukaran nama ini berkuatkuasa pada hari Isnin yang lepas selepas beberapa ahli Pro-Team di lantik untuk menjadi Ahli Jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa.


Berikut adalah barisan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Bersama yang telah di lantik pada 21hb September 2014 . Berdiri dari kiri ke kanan.

1) Encik Ir. Arivananthan Sangalingam (AJK)
2) Encik Wong Choon Yee (AJK)
3) Cik Umah Devi Marimuthu (AJK)
4) Cik Noorshemah Shaik Dawood (Setiausaha)
5) Cik Sri Sharmini Seraithara (Pengerusi)
6) Encik Lee Boon Hoe (Bendahari)
7) Encik David Siew Chin Hin (AJK)
8) Encik Kevin Goh Kuong Yong (AJK)

Mengikut Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Akta 663) pemilihan Ahli Jawatankuasa tidak kurang daripada lima (5) dan tidak lebih daripada dua belas (12) pemilik yang sah dari segi undang undang yang tertera di dalam Akta 663. 

Ahli Jawatankuasa dengan sebulat suara tidak akan mengisi kekosongan di dalam 4 (empat) lagi ahli jawatankuasa yang belum di isi. Empat tempat kekosongan ahli jawatankuasa ini akan di isi oleh kaum Bumiputra yang layak mengikut peruntukan yang tertera di dalam Akta 663. Sesiapa yang layak dan ingin memohon menjadi ahli jawatankuasa dalam membangunkan Bayu Villa Apartment boleh terus membuat permohonan dengan Pengerusi Bayu Villa Apartment.

Sehubungan dengan keputusan jawatankuasa JMB Bayu Villa, Persatuan Penduduk Bayu Villa akan di jemput dan diberikan 2 (dua) tempat, Kawasan Rukun Tetangga Bayu Villa akan di jemput dan diberikan 1 (satu) tempat, Surau Al-Ikhwan Bayu Villa akan di jemput dan diberikan 1 (satu) tempat untuk duduk bersama di dalam jawatankuasa sebagai sub-committee membantu memberi idea dan cadangan serta bekerjasama dengan Badan Pengurusan Bersama (JMC) dalam membangunkan Bayu Villa Apartment

Sebuah Kereta Honda City Di Tarik Balik Oleh Penarik Kereta.


Semalam sebuah kereta Honda City yang di letak di dalam kawasan pakir pengunjung (visitor car park) di tarik oleh penarik kereta. Dipercayai kereta tersebut mempunyai tunggakan dengan pihak bank.


Penarik kereta tersebut ada menunjukkan dokumen bahawa mereka mendapat arahan daripada pihak bank untuk menarik kereta tersebut. 

Thursday, September 25, 2014

Pelan Pembayaran Bil Air Kepada Syabas.


Tengah hari tadi Bendahari Bayu Villa Encik Lee menghantar Pelan Pembayaran Bil Air kepada pihak Syabas sebagai syarat dan komitmen bahawa segala perbincangan dan persetujuan haruslah dikemukan dalam bentuk hitam putih.


Seperti yang sedia maklum, jika terdapat sekali lagi kegagalan membuat bayaran mengikut masa dan waktu yang ditetapkan di dalam bil semasa, pihak Syabas tidak akan lagi bertolak ansur dan memberi peluang kepada Bayu Villa Apartment melainkan menjelaskan tunggakan sepenuhnya.

Wednesday, September 24, 2014

Bekalan Air Ke Dalam Bayu Villa Telah Di Sambung.

Pagi tadi Bendahari Bayu Villa Encik Lee pergi berjumpa dengan pegawai Syabas Encik Ahmad Nita untuk menyerahkan pelan rancangan pembayaran tunggakan air. Seperti yang sedia maklum pelan rancangan pembayaran tunggakan ini disediakan mengikut kemampuan keadaan Bayu Villa yang sedia ada.


Cadangan Encik Lee kepada pihak Syabas ialah:

1) Hutang Tunggakan sehingga 22.09.2014 - RM 392,216.58

2) Membuat pembayaran terus pada hari ini sebanyak RM 31,500.00 (tunai RM 22,500.00 dan baki RM 9,000.00 dalam bentuk cek)

3) Memohan kepada pihak Syabas agar memberi ansuran bulanan sebanyak RM 10,000.00 untuk jumlah air yang tertunggak sebanyak RM 360,716.58.

4) Memberi komitmen kepada pihak Syabas akan membayar semua bil semasa serta memastikan cek ansuran setiap bulan sebanyak RM 10,000.00 berjalan dengan lancar.

5) Permohonan di tolak.


Cadangan Syabas kepada Encik Lee:-

1) Hutang Tunggakan sehingga 22.09.2014 - RM 392,216.58

2) Membuat pembayaran terus sebanyak RM 35,000.00 (tunai RM 22,500.00 dan baki RM 12,500.00 + RM 100.00 (kos penyambungan))

3) Memberi sekeping cek berjumlah sekurang kurangnya RM 20,000.00 bertarikh 2 minggu dari tarikh hari ini sebagai inisiatif dan niat untuk menyelesaikan masalah.

4) Skim pembayaran ansuran RM 10,000.00 tetap akan dilaksanakan dengan pertimbangan daripada Ketua Wilayah di Bangsar.

5) Memberi komitmen kepada pihak Syabas akan membayar semua bil semasa serta memastikan cek ansuran setiap bulan sebanyak RM 10,000.00 berjalan dengan lancar.

6) Jika terdapat sekali lagi kegagalan membuat bayaran bil semasa. Pihak Syabas memberi amaran bahawa pemotongan kali ini tidak akan di layan sama sekali melainkan menjelaskan keseluruhan tunggakan air.



Encik Lee dengan sebulat suara bersetuju dengan cadangan pihak Syabas tetapi memohon agar pihak Syabas memberi kelonggaran berkenaan cek yang berjumlah RM 20,000.00 yang harus di bayar 2 minggu dari tarikh hari ini.



Penjelasan juga diberikan kepada pihak Syabas bahawa tunai sebanyak RM 22,500.00 adalah hasil kerjasama di antara penghuni yang dapat dikutip semasa Mesyuarat Agung Luarbiasa yang diadakan, semasa krisis pemotongan air dan selebihnya cek yang dikeluarkan kepada pihak Syabas sebanyak RM 12,600.00 adalah wang peribadi Encik Lee.



Setelah mendengar penjelasan daripada Encik Lee, pihak Syabas bersetuju memberi kelonggaran dengan mengenakan kutipan  cek sebanyak RM 10,000.00 (tarikh 2 minggu dari sekarang). 



Oleh kerana persetujuan telah dicapai, Bendahari Bayu Villa menggunakan wang peribadinya membayar RM 12,600.00 serta mengemukan sekeping cek RM 10,000.00 yang akan diserahkan pada hari esok bersama sama dengan surat pelan pembayaran tunggakan untuk membuat bayaran kepada pihak Syabas.



Tepat jam 5.00 petang kontraktor Syabas bersama dengan pegawai mereka datang membuka saluran air ke dalam Bayu Villa.


Pengerusi Cik Sri Sharmini bersama sama dengan ahli jawatankuasanya menyeru agar mereka yang mempunyai tunggakan datang terus ke pejabat JMB untuk membuat bayaran tunggakan mereka kerana isu yang seterusnya adalah TNB.



Kami ingin mengumpul seberapa banyak wang yang boleh dan membuat temujanji dengan pihak TNB Klang sebelum TNB mengambil tindakan yang seterusnya.

Untuk makluman anda semua Encik Lee tidak mempunyai sebarang keistimewaan di dalam Bayu Villa. Tujuan beliau mengeluarkan wang peribadinya adalah semata mata untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang meluangkan masa keluar menyokong beliau semasa pelantikan ahli jawatankuasa serta prihatin akan kebajikan penduduk di Bayu Villa terutama orang orang tua dan kanak kanak yang perlu bersekolah.

"" The People Make The Place. The Place Never Make The People  ""

Kisah Sebenar Kenapa Hutang Kepada Syabas Mencapai RM 392,216.58

Petang semalam Bendahari JMB Bayu Villa Encik Lee telah pergi berjumpa dengan seorang pegawai Syabas dan bertanyakan status sebenar apakah yang sebenarnya yang berlaku di dalam tunggakan air Bayu Villa? Beliau juga meminta pihak Syabas supaya memberi salinan penyata kewangan bulanan jumlah tunggakan air yang dikenakan setiap bulan. 


Permintaan penyata tersebut ialah untuk memudahkan Bendahari membuat penilaian bagaimana hendak merancang serta membuat pelan pembayaran ansuran yang di minta oleh pihak Syabas dan kenapa tunggakan air boleh mencapai ke satu tahap yang amat mustahil dan begitu tinggi sekali. 


Pegawai Eksekutif yang bertugas Cik Nor Azimi Binti Ab Manaf menerangkan kepada Encik Lee akan janji janji pihak pengurusan yang lepas serta perkara yang berlaku dari masa ke semasa dan kenapa pihak Syabas boleh mempunyai tunggakan yang begitu tinggi.


Setelah selesai perbincangan dengan pegawai yang bertugas dan hasil siasatan yang terperinci yang dilakukan oleh Encik Lee selaku Bendahari Bayu Villa. Kesimpulannya tertera di bawah selepas di analisa oleh Encik Lee yang membuat rumusan apakah yang sebenarnya berlaku selama ini.


TUNGGAKAN BIL AIR

1) Semasa pengurusan lama di bawah jagaan syarikat pengurusan Bayu Villa Management Corporation Sdn Bhd dan Indera Management Sdn Bhd, hutang Bayu Villa kepada pihak Syabas sehingga 31.07.2013 adalah berjumlah RM 115,529.95 (mengikut rekod penyata Syabas)

2) Pada pertengahan bulan Julai 2013 juga terdapat sekumpulan penduduk menghantar notis kepada semua penduduk dan penghuni di dalam Bayu Villa supaya berhenti membayar wang penyelenggaran dan bil air kerana pihak pengurusan yang ada sekarang telah menyelewengkan wang penyelenggaraan penduduk.

3) Disebabkan pihak pengurusan tidak berupaya mengutip wang penyelenggaraan, pembayaran tidak dapat dilakukan. Tunggakan bil air bertambah dari sebulan ke sebulan mulai bulan Ogos 2013.

a) Tunggakan sehingga hujung Julai (30.07.2013 - RM 115,529.95)
b) Tunggakan bil - 13.08.2013 - RM 27,631.74
c) Tunggakan bil - 10.09.2013 - RM 23,059.80
d) Tunggakan bil - 09.10.2013 - RM 24,405.30
e) Tunggakan bil - 12.11.2013 - RM 29,331.90

Hutang tunggakan air melambung dari jumlah asal RM 115,529.95 + (4 tunggakan) RM 100,428.74 = RM 219,958.69

4) Bulan November - Pada waktu yang sama Mesyuarat Agung Pertama diadakan dan tertubuhnya Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa pada 28.11.2013 setelah berjaya menghalau keluar pihak pengurusan lama.



5) Bulan Disember - Pihak Syabas memberi notis akan memotong bekalan air. Pihak pengurusan JMB menyeru agar penduduk keluar dan membantu membayar wang penyelenggaraan. 

Di dalam notis yang di hantar kepada semua penduduk, pihak pengurusan JMB juga ada membuat lapuran polis mengatakan pihak pengurusan lama (Bayu Villa Management Corporation Sdn Bhd) tidak membayar tunggakan kepada Syabas dan TNB.  




f) Tunggakan bil - 09.12.2013 - RM 23,338.56

6) Pihak Syabas telah berkali kali memberi notis tetapi tidak diendahkan oleh pihak pengurusan JMB. Pihak pengurusan JMB mengatakan bil air yang lama harus di tanggung oleh pihak pengurusan lama (Encik Bernard Thong). 

Penduduk dan penghuni mulai keluar beramai ramai membayar berdasarkan kepada notis yang di terima bagi membantu menyelesaikan tunggakan Syabas. 

g) Tunggakan bil - 09.01.2014 - RM 25,048.38

7) Bulan Februari 2014 - Pihak Syabas datang memotong bekalan air pada 05.02.2014 dengan tunggakan bil terbaru sebanyak RM 21,787.44 + RM 150.00 (bayaran pemotongan)

h) Tunggakan bil - 05.02.2014 - RM 21,787.44 (semasa pemotongan)

Hutang tunggakan air melambung dari jumlah asal RM 219,958.69 + (3 tunggakan) RM 70,324.38 = RM 290,283.07

Pihak pengurusan JMB memotong dan membuka bekalan air tanpa izin daripada Syabas dan segera berjumpa dengan pihak Syabas.

8) Hasil perbincangan pihak Syabas dengan pihak pengurusan JMB Bayu Villa, pengunaan air dipersetujui dengan syarat. Bayaran pendahuluan sebanyak RM 20,000.00 dan tunggakan selebihnya RM 270,283.07 akan di bayar melalui bayaran ansuran sebanyak 27 kali (RM 10,000.00) dengan syarat harus diselesaikan bersama sama dengan bil semasa.

Bayaran pendahuluan sebanyak dua kali dilakukan pada (07.02.2014) - RM 10,000.00 dan (12.02.2014) - RM 10,000.00  




9) Pada waktu yang sama dipercayai Badan Pengurusan Bersama JMB Bayu Villa telah berupaya mengutip wang penyelenggaraan dalam sekitar RM 250,000.00.

i) Tunggakan bil - 12.03.2014 - RM 29,509.92
j) Tunggakan bil - 10.04.2014 - RM 24,766.86

Pada penghujung bulan April dianggarkan wang penyelenggaraan yang berjaya di kutip dalam sekitar RM 350,000.00

10) Bulan April 2014 - Bendahari serta Pengerusi JMB Bayu Villa meletakan jawatan. Akuan bank tidak dapat digunakan semenjak peletakan jawatan mereka sehingga hari ini.




k)  Tunggakan bil - 14.05.2014 - RM 29,819.04
l )  Tunggakan bil - 12.06.2014 - RM 25,102.20
m) Tunggakan bil - 16.06.2014 - RM   3,267.84

Walaupun perjanjian dan persetujuan telah di beri oleh Pengerusi Bayu Villa kepada pihak Syabas untuk membayar bil semasa namun ianya tidak dapat ditunaikan. Hutang tunggakan air naik kepada RM 112,465.86 (5 tunggakan). 

Pihak Syabas telah memberi peluang kepada Badan Pengurusan JMB dengan menyediakan bayaran ansuran untuk tunggakan lama sebanyak RM 270,283.07 yang di bayar secara ansuran sebanyak 27 kali namun bil semasa langsung tidak di BAYAR SESEN pun! 

11) Bulan Jun 2014 - Setiausaha Badan Pengurusan Bersama JMB Bayu Villa membuat lapuran polis mewakili penduduk Bayu Villa bahawa penduduk di Bayu Villa tidak mahu bertanggung jawab terhadap segala hutang daripada pihak pengurusan lama.




12) Bulan Julai 2014 - Pihak Syabas datang memotong air lagi. Waktu pemotongan air dijalankan ianya berlaku pada bulan Puasa. Selepas pihak Syabas memotong bekalan air, kontraktor Syabas dikunci dari dalam. 

Keadaan menjadi kucar kacir dengan kehadiran beberapa anggota Polis mengawal keamanan.


Pengurus Bangunan Bayu Villa pada masa itu Encik Azman Abdul Aziz berbincang dengan pegawai Syabas dan berjanji akan memberi surat akur janji membuat bayaran. Pihak Syabas bersetuju dan menyambung balik semula paip air.

Pada 03.07.2014, surat "Akur Janji" untuk membayar dua bulan tunggakan sebanyak RM 54,276.78 bermula 18.08.2014 di terima oleh pihak Syabas. 



13) Bulan Julai 2014 - Mesyuarat Agung Luarbiasa (EGM) yang pertama diadakan pada 06.07.2014. "Sijil Perakuan" Badan Pengurusan Bersama (JMB) tidak dapat dikeluarkan kerana terdapat masalah di antara ahli jawatankuasa yang di pilih.

Oleh kerana tiada "Sijil Perakuan" dapat dikeluarkan, pengunaan akaun bank masih dibekukan. Surat "Akur Janji" kepada Syabas tidak dapat dilaksanakan. 

Keadaan menjadi lebih buruk apabila ramai penghuni mulai tidak mahu membayar wang penyelenggaraan selepas pemilihan Mesyuarat Agung Luarbiasa dan juga terdapat perbalahan yang berlaku di antara pengurusan lama JMB dengan ahli jawatankuasa baru yang di pilih. 

o) Tunggakan bil - 13.08.2014 - RM 48,338.64 (2 bulan)



14) Bulan September 2014. Pihak Syabas menghantar notis akan memotong air. Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa (15.09.2014) membuat bayaran sebanyak RM 500.00 kepada Syabas dan masih tidak mempunyai akses ke atas akaun bank. 

p) Tunggakan bil - 11.09.2014 - RM 23,192.33

Hutang tunggakan air naik daripada jumlah asal RM 112,456.86 + RM 71,530.97 = RM 183,987.83 (7 tunggakan). 

15) Mesyuarat Agung Luarbiasa Kedua diadakan pada 21.09.2014 dan pelantikan ahli jawatankuasa berjaya dilaksanakan. 



16) Pihak Syabas datang memotong bekalan air pada 22.09.2014 jam 12.30 tengah hari.

q) Tunggakan bil - 22.09.2014 - RM 8,586.68 (di hari pemotongan)



Hutang tunggakan air naik kepada RM 192,074.51 (8 tunggakan). Program tunggakan bayaran ansuran (potongan setiap bulan) masih berhutang dalam sekitar RM 200,000.00

Sehingga pengiraan terakhir termasuk kos pemotongan, tunggakan air Bayu Villa kepada pihak Syabas sehingga 22.09.2014 ialah sebanyak ;-


RM 392,216.58