Thursday, March 31, 2016

Melakukan Perkara Yang Tidak Senonoh Ditepi Tangga.


Dua hari yang lepas terdapat seorang asing (tidak pasti) yang melakukan perkara yang tidak senonoh di bahagian tangga. Perbuatannya dapat ditangkap melalui kamera handphone.


Tidak tahu samada penghuni atau orang luar tetapi perbuatan menanggalkan seluar di bahagian tangga amat membimbangkan kepada isteri seorang penghuni yang tinggal di Blok E, tingkat 5.


Mujurlah tiada apa apa yang berlaku. Cubaan untuk menangkap orang itu melalui baju beliau yang berwarna jingga di kawasan keluar masuk pengawal tidak dapat dikesan.


Tuesday, March 29, 2016

Kalau Ada Kesempatan Disitulah Muncul Peluangnya.


Walaupun kolam renang ini tidak boleh guna dipakai lagi tetapi kesempatan mengunakannya untuk menjemur kain kain dilakukan tetapi jika dilihat dari jauh agak serupa macam flat rumah kos rendah.

Inilah Bayu Villa, dimana ada kesempatan disitulah muncul peluangnya.


Monday, March 28, 2016

Kerja Mengecat Semula Petak Parkir Bermula.


Bagi meneruskan program pemulihan di dalam Bayu Villa, kerja kerja mengecat petak parkir telah dimulakan. Ianya bermula di tempat pakir berdekatan bangunan Blok C.



Dijangka kerja kerja penyapuan cat ini akan mengambil masa selama berminggu untuk menyiapkan keseluruhan kawasan pakir di dalam Bayu Villa.



Proses ini lambat kerana pekerja pembersihan mengambil masa sehari dua jam untuk menyiapkan seberapa banyak yang mungkin.






Selepas di sapu dengan cat keadaan petak pakir nampak lebih jelas dan cantik setelah sekian lama dibiarkan begitu sahaja.



Di harap Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa dapat berusaha untuk cuba sedaya upaya menaikkan taraf yang sedia ada.



Sunday, March 27, 2016

Masih Lagi Kereta Diletak Secara Rambang. Tidak Mengikut Peraturan.






















Saturday, March 26, 2016

Penukaran Gear Palang Boom Gate Siap Dilakukan.


Gear Palang Boom Gate keluar telah diganti dengan yang baru. Penukaran ini perlu bagi memastikan ianya dapat berfungsi mengikut keadaannya.


Kerosakan ini telah menyebabkan Boom Gate ini tidak dapat berfungsi selama 3 minggu sehinggakan ada yang sudah mulai menyalahgunakan sistem ini. 

Sepatutnya ianya hanya untuk kereta keluar sahaja tetapi ada kereta mahupun motosikal menggunakannya untuk masuk.



Kos penukaran Gear Boom Gate ini telah menelan belanja lebih kurang RM 1,400.00 ke RM 1,600.00.


Friday, March 25, 2016

Pintu Kunci Bilik Meter Elektrik (Blok C) Dipecahkan.


Penghuni C-G-10 telah memecahkan kunci pintu bilik meter bagi membolehkan penyambungan bekalan elektrik dibuat. Beliau membuat penyambungan pada waktu malam dan membukanya pada waktu pagi.


Program menyiapkan keseluruhan pintu pintu yang rosak seperti penukaran kunci dan pintu di Bayu Villa baru siap dijalankan pada minggu ini tetapi pintu bilik meter di Blok C telah dipecahkan pada hari keesokannya.


Masih ingat lagi tak penghuni ini merupakan penghuni yang telah membuat penyambungan bekalan elektrik dan mencuri bekalan elektrik dari kawasan lalu lalang?

http://bayuvillaapartment.blogspot.my/2015/01/c-g-10-mencuri-bekalan-elektrik-surat.html (16.01.2016)

http://bayuvillaapartment.blogspot.my/2015/01/c-g-10-tak-habis-habis-mencuri-bekalan.html (30.01.2016)


Pada hari Rabu yang lepas, pintu bilik meter telah ditukar kepada kunci yang baru tetapi ianya telah dipecahkan pada hari keesokannya kerana penghuni mencuri bekalan elektrik.




Keadaan pintu yang telah siap diperbaiki tetapi pada hari keesokannya ianya telah dirosakkan sama sekali.


Ini adalah rumah penghuni yang telah diberikan amaran keras supaya membersihkan tempatnya sebelum 15hb April 2016 jika tidak pihak pengurusan akan mengambil tindakan selanjutnya.